Now Reading
Prudential Perkenal Perlindungan Baharu Bantu Masyarakat Atasi Peningkatan Kos Perubatan

Prudential Perkenal Perlindungan Baharu Bantu Masyarakat Atasi Peningkatan Kos Perubatan

Had perlindungan tahunan sehingga RM15 juta disediakan bertujuan untuk memberi ketenangan tentang kewangan kepada masyarakat.

prudential

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkenalkan tanggungan perubatan yang menawarkan perlindungan lebih baik bagi menguruskan kos perubatan yang semakin meningkat – dengan jaminan perlindungan tahunan dan penginapan kemasukan di hospital tanpa had.

Tidak dapat dinafikan bahawa inovasi dalam teknologi, ubat-ubatan dan rawatan yang semakin meluas telah meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan, tetapi ianya juga menjadi salah satu faktor utama di sebalik peningkatan kos. 

Selain daripada kemajuan perubatan, rawatan yang kerap, dilakukan dalam jangka panjang bagi meningkatkan tempoh hayat lebih lama dan peningkatan penyakit tidak berjangkit turut menyumbang kepada inflasi perubatan.

Dengan anggaran 12% kadar inflasi perubatan di Malaysia pada tahun ini, enam kali lebih tinggi daripada kadar inflasi am tahunan dan kedua tertinggi di Asia Tenggara, peningkatan kos perubatan sememangnya membimbangkan rakyat Malaysia.

Prudential naikkan kadar perlindungan dengan tanggungan baharu

Tanggungan perubatan terbaharu Prudential iaitu ‘PRUValue Med Booster’ dan ‘PRUMillion Med Booster’ menawarkan jaminan peningkatan perlindungan sebanyak RM100,000 hingga RM150,000 setiap tahun dan boleh mencapai ke tahap maksimum sehingga RM15 juta.

Ini membolehkan pelanggan menikmati peningkatan dalam perlindungan secara automatik dari semasa ke semasa tanpa kos tambahan.

Sumber: Prudential

Tanggungan perubatan ini turut memberikan perlindungan kemasukan ke hospital tanpa had bilik dan ICU serta jumlah perlindungan pra-hospital dalam tempoh 90 hari. Rawatan seperti fisioterapi bagi pesakit kecederaan serius juga ditanggung sehingga 365 hari selepas keluar dari hospital.

Prudential juga meningkatkan kesedaran tentang penjagaan pencegahan dengan memberikan ganjaran kepada pelanggannya untuk kekal sihat dengan faedah tanpa tuntutan sehingga RM1,000.

Ianya boleh digunakan untuk tujuan vaksinasi, ujian diagnostik, pemeriksaan kesihatan dan program langganan di Pulse by Prudential, sebuah aplikasi kesihatan menggunakan teknologi AI. Program langganan ini menyediakan akses kepada kandungan kesihatan eksklusif, konsultasi bersama pakar diet dan banyak lagi.

Sumber: Prince Court Medical Centre

Rakyat Malaysia hari ini secara amnya lebih mementingkan kesihatan tetapi keperluan untuk memberi kesedaran tentang pelan perubatan dan perlindungan jangka panjang bagi mengatasi kenaikan kos rawatan masih perlu dilakukan.

Jawatankuasa Pemandu Akaun Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan telah menjelaskan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan lebih daripada RM23 bilion menggunakan wang peribadi pada tahun 2020 untuk tujuan perubatan. Ini menunjukkan betapa pentingnya perancangan kewangan untuk memastikan perlindungan yang mencukupi bagi keperluan perubatan seseorang.

Ramai rakyat Malaysia yang semakin risau tentang kenaikan kos sara hidup berada dan dijangka kos perubatan serta rawatan juga akan berterusan. Semoga nasib rakyat Malaysia menjadi lebih baik dengan adanya tanggungan perubatan baharu yang diperkenalkan oleh kami ini.

Ketua Pegawai, Produk dan Perkhidmatan Aktuari Prudential Assurance Malaysia Berhad Ankur Bassi.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tanggungan perubatan ini, boleh klik [DI SINI] atau berhubung terus dengan mana-mana konsultan Prudential.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd