Now Reading
Doktor Perjelas Kenapa Wanita Lagi Cepat ‘Naik Badan’ Dari Lelaki. Ini Sebabnya!

Doktor Perjelas Kenapa Wanita Lagi Cepat ‘Naik Badan’ Dari Lelaki. Ini Sebabnya!

Kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang berbeza menyebabkan wanita membakar jumlah kalori yang lebih rendah berbanding lelaki dalam kehidupan seharian.

kenapa wanita lebih cepatgemuk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah berat badan adalah suatu perkara yang sering menjadi perhatian orang ramai dan akan dijadikan sebagai sumber azam tahun baharu mereka untuk menjadi lebih ramping dan sihat.

Zaman sekarang ini kalau nak kurus, semuanya di hujung jari. Di media sosial pun ramai yang berkongsi tips mudah untuk menurunkan berat badan.

Kalau nak bersenam sendiri di rumah pun boleh. Buka sahaja laman YouTube, mesti akan ada banyak video yang boleh membantu anda.


Betul Ke Wanita Lebih Senang Gemuk Berbanding Lelaki?

Tetapi anda perasan tak, kebiasaannya golongan wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah untuk mengurangkan berat badan berbanding lelaki. Kenapa ya?

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @DoktorSamhan), terdapat satu kajian dijalankan oleh University of New South Wales (UNSW) yang mendedahkan bahawa kaum hawa lebih mudah untuk naik berat badan daripada golongan lelaki.

Ini kerana wanita mempunyai Kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang lebih rendah berbanding lelaki.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Jelasnya doktor ini lagi, wanita hanya membakar jumlah kalori yang sedikit untuk mengekalkan fungsi asas kehidupan mereka seperti proses pernafasan, penghadaman, dan penyingkiran bahan buangan.

Wanita berbadan kecil mungkin memerlukan hanya 1,000 kalori sehari untuk mengekalkan fungsi badan yang normal, manakala wanita berbadan besar mungkin memerlukan kira-kira 1,600 kalori sehari. Sebaliknya, lelaki memerlukan antara 1,400 dan 2,000 kalori sehari untuk menjalankan fungsi badan yang normal.

Doktor Ahmad Samhan.

Oleh kerana wanita membakar kalori yang lebih rendah berbanding lelaki, jumlah penurunan berat badan juga menjadi perlahan.

Walaupun mengamalkan diet biasa dan tidak mengambil makanan yang boleh menambahkan berat badan, wanita tetap akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi daripada lelaki.

Jadi disebabkan itulah wanita perlu mempunyai diet yang baik untuk menurunkan berat badan secara konsisten.


Tips Untuk Turunkan Berat Badan

Proses untuk menurunkan berat badan itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana terdapat ramai individu yang sudah berjaya melakukannya.

Jadi jom kami kongsikan beberapa tips kepada anda yang berazam untuk menurunkan berat badan pada tahun ini. Antaranya:

  • Bersenam setiap hari
    • Anda boleh lakukan apa jua senaman sekurang-kurangnya 45 sehingga 90 minit dalam sehari. Yang penting dapat keluarkan peluh.
  • Elakkan makan makanan manis dan fast food
    • Amalkan makanan yang lebih sihat seperti salad dan elakkan pengambilan makanan yang manis serta fast food.
    • Antara menu yang boleh diamalkan adalah bersarapan dengan salad dan dua biji telur rebus, nasi bersama ayam bakar black pepper sebagai juadah tengah hari dan roti untuk makan malam.
  • Perbanyakkan minum air kosong
    • Minum sekurang-kurangnya tiga liter air kosong dalam sehari.

Waktu awal-awal memang susah sikit nak mulakan, tapi jangan putus asa okay? You got this!

Sumber: Giphy

Kalau rasa tak mampu nak amalkan setiap hari, ada cheat day sekali sekali pun takpe. Yang penting kena konsisten!


Boleh Juga Amalkan Intermittent Fasting (IF)

Apa itu Intermittent Fasting?

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Sebagai info, IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara masa makan dan waktu untuk anda berpuasa.

Antara nisbah pilihan waktu yang boleh dipraktiskan jika anda ingin mencuba kaedah IF adalah seperti berikut:

  • 16 jam puasa : 8 jam makan
  • 20 jam puasa : 4 jam makan
  • 23 jam puasa : 1 jam makan

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Hilang 20KG” – Perjalanan Rutin Diet Khairul Aming Jadi Inspirasi Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat. Berat Dari 89 KG Turun Kepada 57 KG!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd