Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat. Berat Dari 89 KG Turun Kepada 57 KG!
Ada banyak tips mudah kalau anda di luar sana nak capai berat badan ideal seperti gadis ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila sebut diet, mesti seseorang itu mempunyai niat untuk tampil lebih kurus dan bergaya dalam penampilan mereka.
Zaman sekarang ini kalau nak kurus, semuanya di hujung jari. Di media sosial pun ramai yang berkongsi tips mudah untuk menurunkan berat badan.

Kalau nak bersenam sendiri di rumah pun boleh, buka je YouTube mesti akan ada banyak video yang boleh membantu anda.
BACA JUGA: Dari 89KG Ke 57KG. Gadis Ini Kongsi Tips Turun Berat. Inspiring!
Tips diet tanpa suplemen
Baru-baru ini, perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Azirah Zulkifli) mendapat perhatian ramai selepas dia mendedahkan tips dirinya mampu menurunkan berat badan daripada 89 kg kepada 57 kg.
Dari kecik tak pernah merasa bmi normal. So this is the most expensive achievement i guess? 😅
— ✧✧ (@azirahzulkifli) March 19, 2022
2018. 2022. pic.twitter.com/69xbixzhMA
Antara tips yang diamalkan oleh gadis dikenali sebagai Azi ini bagi mendapatkan berat badan yang dimiliki sekarang adalah dengan cara berikut:
1. Bersenam setiap hari
Hello guys, utk yang bertanya mcm mana azi lost weight, I just do calorie deficit & exercise 90mins everyday. 45min siang, 45min mlm. Kalau tk larat, sehari buat 45min je asal ada keluar peluh on that day. Jenis exercise pun azi tak buat yang intense punya tau, sebab mengah 😩
— ✧✧ (@azirahzulkifli) March 20, 2022
Senaman itu tidak semestinya yang berat-berat, buat yang senang seperti berjalan setempat pun dah okay.
My everyday exercise brisk walk dpan laptop je, follow youtuber leslie sansone heheheh. Tengok dia buat nmpk mcm senang je, tapi bila dah follow betul2 step dia, peluh lencun ya! Tapi tak kisah pun exercise apa yang korang buat, janji ikut kemampuan diri ya. Slowly but surely.
— ✧✧ (@azirahzulkifli) March 20, 2022
2. Elakkan makan makanan manis dan fast food
Kalau nak diet, amalkan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat seperti salad.
For food intake, azi mmg cut manis & all fast food. I love salad! Hehe azi selalu bfast salad & telur rebus dua biji. Lunch pula azi slalu makan ayam bakar blackpepper bersama segenggam nasi/dua keping roti wholemeal. Dinner selalu roti wholemeal & peanut butter skippy je.
— ✧✧ (@azirahzulkifli) March 20, 2022
3. Minum air banyak
Minum air mineral yang banyak okay, no air manis!
3L plain water issa must!! Hehehe. So my cheat day selalunya dua minggu sekali kot. Tp tu lah klau cheat day pun azi control juga sebenarnya tk minum manis. Klau mkn kfc ke, azi mkn satu ayam dada je, the rest bagi org lain. Harus ku korbankan kulit ayam fav ku! Lol hahahahah
— ✧✧ (@azirahzulkifli) March 20, 2022
Fighting!
Waktu awal-awal memang susah sikit nak mulakan, tapi jangan putus asa okay? You got this!
Kalau rasa tak mampu nak amalkan setiap hari, ada cheat day sekali sekali pun takpe. Yang penting kena konsisten!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.