Now Reading
Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan

Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan

Antara tips yang diamalkan oleh Amirul ketika hendak menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan intermittent fasting (IF).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat sesetengah individu, menurunkan berat badan merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi dengan jumlah makanan viral manis dan sedap pada ketika ini.

Namun dengan kesungguhan berpanjangan, ramai yang berjaya mendapatkan berat badan yang ingin dikecapi. Seperti sebelum ini, Khairul Aming telah berkongsi berita gembira apabila dia berjaya menghilangkan 20kg sepanjang tahun 2023.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Hilang 20KG” – Perjalanan Rutin Diet Khairul Aming Jadi Inspirasi Orang Ramai


Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan

Baru-baru ini, tular satu bebenang di laman X (Twitter), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Amirul (@aslamisme) berkongsi pengalaman dilalui sepanjang enam bulan bagi mendapatkan berat badan ideal.

Amirul yang pada asalnya memiliki berat badan sebanyak 87kg kini susut kepada 71kg. Jelasnya, dia perlu menurunkan berat sebanyak 7kg sahaja lagi bagi memastikan dia mencapai berat normal mengikut BMI (Body Mass Index).

Katanya, perjalanan menurunkan berat badan itu bukanlah mudah, namun dia telah menerapkan tiga elemen yang membuatkannya berjaya. Berikut adalah sedikit sebanyak tips yang dikongsikan oleh Amirul. Antaranya:

#1. Motivasi

Jelas Amirul, musuh utama ketika dia berbadan besar adalah nafsu terhadap makanan. Oleh disebabkan itu, dia sering kali mencari sebab agar dia dapat makan.

“Sedih? Makan. Happy? Makan. Penat? Makan. Tak penat? Makan,” ujarnya.

Tidak dapat dinafikan, memang agak sukar untuk menghilangkan tabiat tersebut. Namun begitu, dia berjaya menukar tabiat tidak sihat itu secara perlahan-lahan selepas membaca Atomic Habits iaitu buku berkonsepkan pembangunan diri.

Sejak membaca buku itu, Amirul berkata dia menetapkan satu matlamat yang dikatakan mungkin sedikit ‘extreme’ bagi sesetengah individu.

Dia berkata pada diri sendiri, “Aku kena cuba 100 hari je. Kalau dalam 100 hari ni aku tak turun 10KG, then that’s it. Aku tak akan diet sampai bila-bila.”

Gambar sekadar hiasa. Sumber: Freepik
#2. Diet

Tips kedua yang diterapkan oleh Amirul adalah diet. Jelas lelaki itu, dia telah mencuba beberapa jenis diet pada permulaannya seperti suku-suku-separuh, tidak makan garam dan gula, diet ketogenik serta intermittent fasting (IF).

Meskipun semuanya dilihat berkesan, namun Amirul mahu meneruskan diet yang dikatakan boleh diguna pakai dalam jangka masa panjang iaitu IF.

Untuk info, IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual, digilirkan antara masa makan dan waktu untuk anda berpuasa. Antara nisbah pilihan yang ada untuk mereka yang ingin mencuba kaedah IF ialah:

  • 16 jam puasa : 8 jam makan
  • 20 jam puasa : 4 jam makan
  • 23 jam puasa : 1 jam makan

Amirul berkata dia bermula dengan 16:8 dan diakhiri dengan 23:1 selepas sudah lebih stabil dan selesa dengan diet berkenaan.

Meskipun sudah terbiasa mengamalkan sistem berpuasa itu, Amirul mengakui ada masanya dia terlalai sehingga menyebabkan dia tidak mengikut kaedah IF dengan betul.

Oleh itu, dia telah cuba untuk mencampurkan kaedah IF dan diet ketogenik dalam satu masa. Diet ketogenik adalah apabila seseorang mengambil makanan rendah karbohidrat dalam pemakanan.

Menurutnya, dia masih mengambil karbohidrat tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja iaitu 50-60g sehari.

Sumber: Unsplash
#3. Fitness (Kecergasan)

Sebagai seseorang yang tidak berapa pandai bersukan, Amirul berkata inisiatif yang boleh dilakukan bagi memastikan badan sentiasa cergas adalah dengan larian.

Namun bagi mereka yang tidak biasa melakukan rutin tersebut, anda harus bermula secara perlahan-lahan iaitu dengan berjalan dahulu di taman atau main basikal di gym. Apabila sudah menghilangkan berat melebihi 10kg, barulah Amirul mengambil keputusan untuk berjoging.

Perkara pertama anda perlu ingat adalah, kelajuan bukanlah aspek utama yang harus dititik beratkan. Sebaliknya, perkara paling penting dalam perjalanan menurunkan berat badan adalah dengan bergerak sekerap mungkin agar kalori dapat dibakar pada setiap hari.

Bukan sahaja larian, dia juga kadangkala pergi ke gym untuk melakukan latihan mengangkat berat.

Sumber: Pexels

Buat mereka yang sedang ‘struggle’ menurunkan berat badan, apa kata anda cuba kaedah yang dilakukan oleh Amirul pula. Mana tahu kali ini akan berkesan.

Perkara yang paling penting adalah jangan mudah mengalah dan berusalah bersungguh-sungguh. Good luck semua!


Risiko Tak Kerap Minum Air Semasa Diet

Semasa melakukan diet, anda harus memastikan pengambilan makanan dan minuman diambil adalah seimbang. Bagaimanapun, ada juga kes di mana individu berdiet tidak gemar untuk minum air dalam rutin harian mereka.

Sebelum ini, seorang coach diet telah menjelaskan beberapa kesan buruk yang boleh dialami oleh seseorang jika kurang minum air ketika sedang dalam proses menurunkan berat badan. Antaranya:

  • Menurunkan prestasi fizikal badan.
  • Metabolisme menjadi rendah.
  • Sukar mengawal suhu badan hingga menyebabkan strok haba.
  • Mengganggu proses pemecahan lemak.
  • Memberikan tekanan pada buah pinggang
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Kurang Minum Air Ketika Diet Berisiko Hidap Penyakit Bahaya, Ini Penjelasan Coach Diet

Baca Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd