Kurang Minum Air Ketika Diet Berisiko Hidap Penyakit Bahaya, Ini Penjelasan Coach Diet
Dehidrasi boleh menyebabkan seseorang yang sedang berdiet berisiko mengalami kekejangan otot, metabolisme rendah, suhu badan sukar dikawal dan lain-lain.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mendapatkan berat badan ideal itu bukanlah sesuatu proses mudah yang perlu dilalui.
Buat mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, pasti anda telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkannya tetapi tidak semua usaha dilakukan membuahkan hasil.
Antara kaedah yang sering diperkatakan oleh orang ramai adalah dengan pengambilan air dalam jumlah banyak. Namun, ada juga kes di mana orang yang sedang berdiet tidak gemar untuk minum air.
Coach Diet Kongsi Risiko Kurang Minum Air Ketika Sedang Diet
Menerusi ciapan di laman X (Twitter @dillanur_), seorang coach diet telah menjelaskan beberapa kesan buruk yang boleh dialami oleh seseorang jika kurang minum air ketika sedang dalam proses menurunkan berat badan.
Buat mereka yang sedang diet take note okay? Antaranya ialah:
#1. Penurunan Prestasi Fizikal Badan.
Dehidrasi boleh mengakibatkan penurunan prestasi fizikal badan dan stamina seseorang. Disebabkan itu, melakukan aktiviti senaman untuk membakar kalori yang terkandung dalam badan akan menjadi lebih mencabar.

#2. Metabolisme Menjadi Rendah
Apabila mengalami dehidrasi, keupayaan tubuh badan anda untuk membakar kalori dengan cekap boleh terjejas. Disebabkan faktor tersebut, kadar penurunan berat badan individu akan menjadi lebih perlahan.

#3. Sukar Mengawal Suhu Badan (Termoregulasi)
Kekurangan pengambilan air akan mengakibatkan seseorang yang diet mempunyai masalah untuk mengawal suhu tubuh badan. Hal itu boleh menyebabkan badan mereka menjadi ‘overheat’ seterusnya meningkatkan risiko mengalami penyakit bahaya seperti strok haba.

#4. Ganggu Proses Pemecahan Lemak
Umum sedia maklum, bagi mengurangkan berat badan, adalah penting bagi memastikan lemak dalam badan pecah dan kalori dikurangkan.
Jika dehidrasi berlaku, ia boleh menganggu proses berkenaan dan menjadikan pembakaran lemak menjadi lebih sukar.

#5. Disregulasi Selera Makan
Disregulasi selera makan berlaku apabila seseorang itu telah salah anggap bahawa dirinya sebenarnya dahaga dan bukan lapar. Hal ini berlaku sekiranya anda kurang minum air dalam rutin harian.
Ini akan menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bakal menganggu usaha penurunan berat badan.

#6. Tekanan Pada Buah Pinggang
Kekurangan minum air semasa diet berisiko memberikan tekanan tambahan pada organ buah pinggang yang berfungsi untuk mengeluarkan sisa buangan daripada badan.
Jika dibiarkan berpanjangan, anda berkemungkinan boleh mengalami penyakit masalah buah pinggang pada masa akan datang.

#7. Ketidakseimbangan Elektrolit
Elektrolit adalah komponen-komponen yang boleh larut dalam badan manusia seperti kalsium, kalium dan natrium. Sekiranya dehidrasi berlaku, ketidakseimbangan elektrolit akan terjadi sehingga menyebabkan kekejangan otot, keletihan dan komplikasi kepada badan.

#8. Sakit Kepala
Tidak terhenti di situ sahaja, kekurangan air dalam badan seseorang yang berdiet juga berisiko mengalami sakit kepala serta keletihan sehingga menyebabkan susah untuk memberi tumpuan.

3 Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat
Buat anda yang sedang mencari kaedah cepat untuk turunkan berat badan, di sini kami kongsikan tiga cara mudah disarankan oleh doktor.
- Mengelakkan kandungan gula dan kanji dalam pemakanan.
- Bersenam dengan mengangkat berat sebanyak tiga kali seminggu.
- Lebihkan makanan tinggi protein dan sayur-sayuran rendah karbohidrat seperti brokoli, bayam serta daun salad.

Baca Artikel Berkaitan: Vitamin C Boleh Jadi Punca Batu Karang? Ini Penjelasan Doktor Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Fakta Atau Auta? Ini Penjelasan Doktor
Baca Artikel Berkaitan: Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram