Now Reading
Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’

Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’

Teknik diet General Motor (GM) dilakukan selama tujuh hari dan boleh menurunkan berat badan seseorang sehingga lapan kilogram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila cakap nak diet, mesti ramai yang terfikir kena berlapar dan tak boleh makan makanan berat seperti nasi. Sebenarnya tak perlu pun ‘seksa’ diri anda.

Zaman sekarang ini ada macam-macam teknik mudah dan senang untuk diikuti bagi menurunkan berat badan dalam tempoh waktu tertentu.

Kalau segan nak keluarkan peluh di taman atau ke gimnasium, ada banyak video senaman yang anda boleh cari di YouTube.

BACA JUGA: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Apa Itu Diet ‘General Motor’?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Mied Majid), wanita ini berkongsi kisah di mana dia berjaya menurunkan berat badan sehingga enam kilogram dengan mengamalkan teknik diet ‘General Motor’.

Difahamkan teknik General Motor (GM) ini merupakan langkah eksperimen yang dilakukan oleh dirinya sendiri sebelum berjaya membuahkan hasil memberangsangkan.

Sumber: Times of India

Kepada anda yang pertama kali mendengar teknik diet GM ini, ia merupakan teknik menurunkan berat badan yang dikhususkan kepada para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.

Diet ini merupakan program selama tujuh hari yang diuji sendiri oleh John Hopkins Research Center.

Teknik untuk kurus ini sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa berasa lapar kerana ia bersifat detoksifikasi dan mampu memperbaiki pola pemakanan seseorang.

Macam Mana Nak Amalkan Diet ‘General Motos’ Ini?

Program diet ini boleh dilakukan dengan menetapkan menu anda selama satu minggu tanpa melibatkan minuman manis dan makanan bergula.

Sepanjang tujuh hari itu juga anda perlu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air masak dalam sehari.

Antara cadangan menu yang boleh dilakukan selama tujuh hari untuk anda yang ingin mengamalkan diet GM ini adalah:

Hari Pertama:

  • Buah-buahan kecuali pisang

Pada hari pertama diet, anda hanya boleh makan buah-buahan sahaja kecuali pisang. Malah, anda juga digalakkan untuk memperbanyakkan pengambilan buah tembikai.

Hari Kedua:

  • Sayur-sayuran

Pada hari kedua, anda hanya dibenarkan untuk memakan sayur-sayuran sahaja. Tak kisahlah anda nak masak sayuran tersebut dalam bentuk tumis, sup atau rebus, boleh je.

Cumanya, hadkan pengambilan kekacang dan digalakkan untuk memakan kentang rebus sebagai sarapan.

Hari Ketiga:

  • Sayuran-sayuran kecuali kentang
  • Buah-buahan kecuali pisang

Masuk hari ketiga, anda boleh mencampurkan buah-buahan dan sayuran ke dalam menu makanan anda.

Hari Keempat:

  • Pisang
  • Susu rendah lemak

Untuk hari keempat pula, anda perlu memakan lapan biji pisang dan tiga hingga empat gelas susu rendah lemak. Kalau boleh, jangan makan makanan lain ya.

Tetapi kalau anda ada masalah ‘lactose intolerance’ melibatkan susu lembu, boleh gantikan dengan susu rendah lemak dan susu kacang soya.

Dan kalau anda tak berapa suka dengan buah pisang, boleh gantikan dengan jambu batu, buah kiwi atau tembikai.

Hari Kelima:

  • Makanan berprotein
  • Enam biji tomato

Hari kelima pula anda digalakkan untuk mengambil 560 gram sumber protein seperti daging lembu, ikan atau ayam tanpa kulit. Tetapi bagi vegetarian, anda boleh menggantikan daging dengan tempe.

Tomato pun boleh digantikan dengan belimbing.

Hari Keenam:

  • Makanan berprotein
  • Sayur-sayuran

Di hari keenam pula anda boleh menggabungkan hidangan daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran.

Hari Ketujuh:

  • Nasi beras perang
  • Jus buah
  • Sayur-sayuran

Pada hari terakhir diet GM ini, anda akan mengamalkan pola makanan seperti biasa dengan mencampurkan sumber karbohidrat yang dimakan bersama sayur dan jus buah.


Teknik diet General Motor ini boleh dilakukan lebih dari sekali sebulan juga kerana ia tidak menjejaskan pemakanan anda.

Tetapi selesai sahaja tujuh hari program diet ini, anda boleh cuba beberapa teknik lain bagi mengekalkan berat badan seperti:

  • Suku suku spearuh
  • Atkins fasa 4
  • Eat clean
  • Puasa beberpaa jam

Good luck dan selamat mencuba!

BACA JUGA: Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat. Berat Dari 89 KG Turun Kepada 57 KG!

BACA JUGA: Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd