Now Reading
Bacaan Tekanan Darah Jadi Tinggi Lepas Jumpa Doktor, Ini Penjelasan Pakar

Bacaan Tekanan Darah Jadi Tinggi Lepas Jumpa Doktor, Ini Penjelasan Pakar

Jelas Dr Fauzan, keadaan White Coat Hypertension berlaku apabila bacaan tekanan darah naik mendadak disebabkan perasaan gemuruh berjumpa dengan doktor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui kesihatan merupakan aspek penjagaan yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu. Ini termasuklah memastikan bacaan tekanan darah tidak melebihi paras bahaya.

Buat mereka yang sering memeriksa tekanan darah sendiri di rumah, adakah anda pernah berdepan dengan situasi bacaan tinggi sejurus bertemu dengan doktor di hospital?


Apa Itu White Coat Hypertension?

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@drsyedaliffauzan), seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Fauzan berkata masalah itu dipanggil sebagai White Coat Hypertension (hipertensi kot putih).

Jelasnya, situasi tekanan darah yang meningkat tinggi itu adalah disebabkan perasaan gemuruh yang dialami oleh seseorang sewaktu berjumpa dengan doktor.

Memetik Hello Doktor, ‘white coat’ mewakili doktor yang memakai kot putih sebagai pakaian rasmi di hospital. Apabila sebut sahaja hipertensi kot putih, ia membawa maksud bacaan tekanan darah tinggi melebihi 140/90 mmHg.

Sumber: Pexels

Bagaimanapun, situasi itu difahamkan satu fenomena yang kerap berlaku. Melalui satu kajian, 15% hingga 30% daripada mereka yang mengalami bacaan tinggi di klinik atau hospital mempunyai hipertensi kot putih.

Perasaan gemuruh para pesakit membuatkan tekanan darah boleh ‘mencanak’ naik sehingga 30 mmHg tekanan sistolik. Keadaan itu menyebabkan doktor sukar mendapat bacaan tekanan darah pesakit yang tepat.


Kepentingan Mengenal Pasti Anda Ada Tekanan Darah Tinggi Jenis Apa

Kata Dr Fauzan, adalah penting untuk mengenal pasti anda sedang mengalami hipeternsi (tekanan darah tinggi) yang normal atau hipertensi kot putih. Hal ini kerana ia dapat membantu doktor dalam menentukan jenis ubat apa yang perlu diberi.

Mungkin ada pesakit yang dah kena hypertension tetapi tekanan darah tinggi itu adalah stabil dengan ubat dimakan. Namun bila dia jumpa dengan doktor, rupa-rupanya tekanan dia jadi tinggi. Doktor ingatkan ubat tekanan tinggi yang dia bagi tidak cukup sedangkan bacaan di rumah normal sahaja.

Dr Fauzan.

Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, doktor akan meminta pesakit untuk catat bacaan tekanan darah sewaktu berada di rumah agar boleh dijadikan sebagai rujukan.


Tips Hilangkan Rasa Gementar Bila Jumpa Doktor

Bagi pesakit yang sudah mengalami masalah tekanan darah tidak stabil, Dr Fauzan memberi peringatan agar tidak merokok, minum kopi atau bersenam setengah jam sebelum temu janji bersama doktor. Hal ini kerana ia mampu mengubah bacaan tekanan darah anda.

Tips lain yang dikongsi adalah untuk hadir ke hospital atau klinik lebih awal bagi bantu mengurangkan rasa gelisah sebelum berjumpa dengan pakar.

Malah, anda juga dinasihatkan untuk mencatat sebarang soalan terlebih dahulu agar tidak gemuruh jika anda terlupa nanti.

Sumber: Unsplash

“Janganlah nervous sangat jumpa dengan doktor, mereka bukan makan orang pun,” ujarnya di akhir perkongsian.

https://www.tiktok.com/@drsyedaliffauzan/video/7331675975555517703

Netizen Setuju Rasa Gelisah Bila Jumpa Doktor

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman ketika mempunyai masalah White Coat Hypertension di hospital.

“Saya pernah kena macam itu. Sampai saya punya bacaan 186/110. Terus pening saya. Bacaan normal saya 120/90,” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@drsyedaliffauzan)

Hah lepas ini kalau nak jumpa doktor jangan lupa kawal diri anda dulu ya. Bak kata Dr Fauzan, doktor tak makan orang pun. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi Cara Periksa Tekanan Darah Dengan Betul


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd