Doktor Ini Kongsi Cara Periksa Tekanan Darah Dengan Betul
Bacaan tekanan darah yang normal adalah kurang daripada 130mmHg.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Percaya atau tidak, seseorang itu boleh dijangkit penyakit kronik dan berbahaya seperti sakit jantung dan kanser tanpa mengenal usia dan berat badan sekiranya tidak menjaga kesihatan dengan betul.
Banyak kes dilaporkan apabila pesakit yang disahkan penghidap masalah kronik adalah dari golongan muda.
Boleh jadi seseorang itu mendapat penyakit tersebut disebabkan faktor genetik atau gaya hidup mereka.
BACA JUGA: Awas! Penyakit Kawasaki Lebih Risiko Jangkiti Kanak-kanak Lelaki & Boleh Ragut Nyawa
Cara periksa tekanan darah dengan cara dan alat yang betul
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman Twitter miliknya (@fiezanizmohamed), wanita ini agak terkejut selepas menerima berita tentang kematian rakannya yang meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat tekanan darah tinggi tidak terkawal.
Menurutnya, penyakit tekanan darah tinggi boleh membunuh tanpa menunjukkan sebarang petanda. Bahaya ya!
Berikutan itu, wanita tersebut yang dikenali sebagai Dr. Hafizah memberi tips untuk membuat pemeriksaan tekanan darah dengan betul di rumah.
Antara tips yang dikongsikan adalah:
1. Gunakan alat tekanan darah yang betul.
Terdapat dua jenis alat tekanan darah yang boleh digunakan iaitu manual menggunakan merkuri serta mesin automatik.
Kalau nak bacaan yang lebih tepat, alat manual adalah lebih tepat.
1) ada beberapa alat tekanan darah yang boleh digunakan, tp yg biasa adalah manual (menggunakan merkuri) dan automated (mesin auto).
— Dr.HafizahMH (@fiezanizmohamed) September 28, 2022
Paling tepat adalah manual tapi jika mesin auto di ‘calibrate’ berkala, biasanya bacaan hampir tepat. Banyak brand dijual, pilih yg terbaik.
2. Pemilihan saiz cuff yang bersesuaian mengikut saiz tangan masing-masing
Bukan itu sahaja, pemilihan saiz cuff seperti lebar dan panjang ‘bladder’ perlulah betul untuk mendapatkan bacaan tepat.
Saiz yang betul adalah seperti berikut:
- Panjang: 80% dari ukur lilit lengan
- Lebar: 40% dari ukur lilit tangan
2) pemilihan saiz cuff jugak penting kerana lebar dan panjang ‘bladder’ yang betul berikan bacaan yg tepat.
— Dr.HafizahMH (@fiezanizmohamed) September 28, 2022
Panjang: 80% dari ukur lilit lengan
Lebar: 40% dari ukur lilit lengan
Size normal dewasa 13cm x 24cm
Jika saiz terkecil, BP boleh jadi tinggi dari yg sebenar pic.twitter.com/j5gHfsfXKw
3. Perlu sekurang-kurangnya rehat seminit sebelum membuat pemeriksaan tekanan darah
Sebelum pemeriksaan tekanan darah dilakukan, perlulah sekurang-kurangnya rehat selama satu minit.
Tetapi jika terdapat perbezaan tekanan darah pada kedua-dua lengan, lebih baik segera berjumpa dengan doktor!
Bila masa terbaik utk check BP?
— Dr.HafizahMH (@fiezanizmohamed) September 28, 2022
Mestilah at least 1 minit berehat dalam keadaan paling selesa,biasanya duduk – bacaan tekanan darah diambil di kedua belah lengan&bacaan tertinggi diambil utk rekod.
Jika bacaan darah di kedua lengan berbeza dlm julat 20/10,perlu periksa doktor!
Sebelum anda membuat pemeriksaan, kena ambil tahu juga berapa tekanan normal untuk memastikan tahap kesihatan anda.
Dan setiap kali ulang check, perlu at least 1-2min beza baru boleh check semula.
— Dr.HafizahMH (@fiezanizmohamed) September 28, 2022
So lepas check, kena tahu berapa tekanan normal dan apa next step kan? Jom tgk bawah ni👇🏻
Ini klasifikasi tahap darah tinggi. pic.twitter.com/IZu714sk1g
— Dr.HafizahMH (@fiezanizmohamed) September 29, 2022
Untuk pengetahuan anda, bacaan sistolik (bahagian atas) yang normal adalah 120-129mmHgmanakala bacaan diastolik (bahagian bawah) pula adalah kurang dari 80mmHg.
Nasihat kami, buatlah pemeriksaan kesihatan dalam tempoh berkala, sekurang-kurangnya dua kali setahun. Risau sekiranya ada penyakit yang menyerang dan boleh ‘membunuh’ secara diam.
BACA JUGA: Jalan 10,000 Langkah Setiap Hari Dapat Kurangkan Risiko Demensia, Kanser & Kematian – Kajian
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.