Now Reading
OldTown White Coffee Perkenalkan Menu ‘Selera Raya’ & Produk Mi Segera Baharu

OldTown White Coffee Perkenalkan Menu ‘Selera Raya’ & Produk Mi Segera Baharu

Dua produk mi segera baharu yang dikeluarkan adalah berasaskan hidangan terkenal di Pulau Pinang iaitu mi kari putih dan mi udang Hokkien.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


OldTown White Coffee merupakan sebuah cawangan restoran terkenal yang menyediakan hidangan sinonim dengan pekan Ipoh, Perak.

Semalam (26 Mac) cawangan itu telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa yang menampilkan menu baharu ‘Selera Raya’ sempena bulan Ramadan dan Raya Aidilfitri tahun ini.

Turut hadir di sesi tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Halal, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, dan pihak pengurusan OldTown White Coffee.


‘Selera Raya’ Tampilkan Hidangan ‘Limited Eid-ition’

Menu ‘Selera Raya’ yang diperkenalkan sejak 4 Mac terhad sehingga 15 Mei sahaja.

Ia merangkumi beberapa hidangan ‘Limited Eid-ition’ seperti White Curry Cheese Ramen, Asam Laksa with Telur Sarang dan OldTown Curry Chicken Chop, dengan harga bermula serendah RM13.

Anda juga boleh mendapatkan set Limited Eid-ition Bundle yang merangkumi satu hidangan utama, minuman, hidangan sampingan dan kurma pada harga RM29.

Bagi mereka yang datang berdua, bolehlah dapatkan set Sama-Sama Bundle pada harga RM57.

White Curry Cheese Ramen disediakan menggunakan produk mi segera keluaran OldTown White Coffee. (Sumber gambar: Sharifah)

OldTown Keluarkan Produk Mi Segera ‘Penang’ Baharu

Selain itu, OldTown White Coffee telah mengeluarkan produk baharu dalam bentuk mi segera.

Terdapat dua perisa yang diperkenalkan iaitu Mee Kari Putih Penang dan Mee Udang Hokkien Penang.

Kami telah mencuba Mee Kari Putih Penang ketika majlis semalam dan berpendapat ia rasa sedap seperti mi yang dimasak sendiri. Cukup pedas, cukup kick!

Kedua-dua produk baharu ini boleh didapatkan di cawangan OldTown White Coffee seluruh Malaysia dengan harga RM9.90.

Sumber gambar: Sharifah

‘Ipoh Heritage – Oldtown Heritage Centre’ Bakal Dibuka

OldTown White Coffee juga bakal membuka cawangan khas yang digelar ‘Ipoh Heritage-Oldtown Heritage Centre’ di Concubine Lane, Ipoh. Ia dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada 30 Mac ini.

Cawangan tersebut akan memperkenalkan menu yang lain daripada yang lain, di samping turut mengekalkan beberapa hidangan ‘signature’ seperti Kaya & Butter Toast.

Menu baharu yang akan disediakan di cawangan ‘Ipoh Heritage’ itu adalah hidangan ‘fusion’ seperti Fusion Lei Cha Rice, Matcha Tau Fu Fa dan Curry Spaghetti Soup.

Malah, lebih banyak pilihan minuman akan ditampilkan yang disediakan khas oleh ‘in-house barista’ mereka.

Antara hidangan baharu yang akan diperkenalkan di Oldtown Ipoh Heritage. (Sumber gambar: Sharifah)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd