Now Reading
Dua Beranak Terpaksa Hidup Dalam Rumah Penuh Sampah & Najis Selama 7 Tahun

Dua Beranak Terpaksa Hidup Dalam Rumah Penuh Sampah & Najis Selama 7 Tahun

Difahamkan Erwan Dahari yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibunya yang uzur juga mempunyai masalah kesihatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan bukanlah semua di kalangan masyarakat yang hidup dalam keadaan serba-serbi.

Seperti yang dilalui oleh dua beranak ini, mereka terpaksa tinggal dalam sebuah kediaman kotor dipenuhi sampah sarap hampir 10 tahun. Rumah mereka juga dikelilingi takungan najis yang bertahun lamanya.

Erwan Dahari, 46, sebelum ini terpaksa berhenti kerja bagi menjaga ibu tercinta, Miram Kadir, 77, yang sedang uzur.

Namun kondisi Erwan juga tidak begitu memuaskan malah pernah menerima rawatan untuk stres atau tekanan jiwa yang boleh dikategori sebagai orang kurang upaya (OKU) mental.


Bantuan Baitulmal Tak Mencukupi

Jelas Erwan, mereka masih mengharapkan bantuan sehingga sekarang iaitu sebanyak RM300 setiap bulan yang disalurkan oleh institusi kewangan, Baitulmal.

Namun begitu, bantuan tersebut dikatakan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan mereka kerana perlu membayar sejumlah RM250 untuk sewa rumah.

“Kami berdua sudah menetap di sini selama tujuh tahun, sebelum ini saya ada kerja di kilang berdekatan tetapi terpaksa berhenti sebab mak sakit tua dan sekarang sudah agak nyanyuk.

“Memang ada juga kakak dan adik perempuan bantu, tetapi mereka pun bukan orang senang. Kakak di Klang dan adik di Ipoh. Mereka ada datang dan bersihkan rumah ini sekali sekala.

“Selain Baitulmal dan jiran berdekatan yang selalu hantar makanan, memang tiada dapat bantuan apa-apa, terus terang cakap kalau ikutkan hati saya memang tidak mampu untuk teruskan hidup,” ujar Erwan, lapor Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

Rumah Sudah Uzur, Tandas Tersumbat Hingga Air Melimpah

Kediaman di Flat Taman Silibin, Ipoh itu sememangnya kelihatan sangat daif dan membahayakan kesihatan anak beranak ini apatah lagi mereka khususnya si ibu yang merupakan warga emas terpaksa tidur di lantai sejuk tanpa beralaskan tilam, bantal serta selimut semasa cuaca sejuk.

Bukan itu sahaja, tempias daripada hujan juga selalu memasuki kawasan dalam rumah melalui tingkap dan pintu yang turut uzur.

“Bantuan Baitulmal RM300 itu tidak cukup sebab nak bayar sewa, elektrik dan air, kadang-kadang hendak beli makan memang tiada, jiran yang bantu bagi makanan.

“Rumah ini memang sudah sangat teruk, tandasnya sudah tersumbat, air pun sudah sampai melimpah dalam rumah,” jelas anak kedua itu.

Tambah Erwan, dia ada membersihkan sampah sarap yang merata di rumah namun tidak dapat mengekalkan momentumnya kerana keadaan yang sakit akibat tekanan selain perlu menjaga kebajikan si ibu.

Dalam kesempitan hidup dilalui, Erwan hanya berharap untuk mendapatkan sebuah rumah atau tempat berteduh yang lebih selesa buat mereka berdua.

“Kalau boleh saya memang mahukan tempat yang lebih baik, untuk keselesaan mak juga.

“Saya memang ada fikir cari rumah lain, tetapi dengan keadaan saya sakit dan tidak bekerja macam mana hendak menyewa, memang terpaksa juga duduk sini,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Peraktastic

Sikap Baik Dua Beranak Disenangi Jiran Setempat

Menurut salah seorang jiran, dua beranak itu disenangi penduduk setempat kerana mereka difahamkan tidak pernah melakukan sebarang masalah.

“Mereka berdua memang selalu tegur dan baik. Saya dapat tahu dari salah seorang jiran di sini juga tentang keadaan mereka.

“Sebak juga bila dapat masuk hari ini dan lihat sendiri keadaan rumah yang begitu daif, harap ada bantuan untuk opah dan anaknya,” kata jiran berkenaan.


Pihak Berkuasa Cakna Tentang Keadaan Erwan & Ibu

Cakna dengan aduan diterima daripada jiran, Pengerusi Pertubuhan Puteri Kebajikan Negeri Perak, Wan Noorashikin Noran telah berkunjung ke rumah itu bagi menghulurkan bantuan kepada Erwan dan ibunya.

Jelas Wan Noorashikin, dia mendapatkan info berhubung perkara itu melalui seorang penduduk di kawasan sama.

“Bila saya lihat gambar rumah yang dihantar itu nampak sangat daif, bagaimanapun ketika datang sendiri hari ini memang sangat terkejut lihat keadaan dalam rumahnya sampai tiada tempat untuk duduk dan tidur.

“Kita cuba gerakkan usaha awal untuk beri makanan dan pakaian untuk opah, selain itu saya akan cuba mohon bantuan berkaitan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini,” katanya.

Buat anda yang mahu menyalurkan bantuan kepada untuk dua beranak tersebut, anda boleh hubungi Wan Noorashikin di talian 012-5092557.

Sumber: Facebook Peraktastic

Baca Artikel Berkaitan: 20 Tahun Hidup Dalam Rumah Penuh ‘Sampah’, Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Menangis Tak Mahu Barang Dibuang

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Di Ipoh Kumpul Sampah Dalam Rumah Lebih 3 Tan, MBI Terpaksa Buat Operasi Bersih & Buang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd