Now Reading
20 Tahun Hidup Dalam Rumah Penuh ‘Sampah’, Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Menangis Tak Mahu Barang Dibuang

20 Tahun Hidup Dalam Rumah Penuh ‘Sampah’, Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Menangis Tak Mahu Barang Dibuang

Antara barangan yang disimpan oleh wanita mengalami masalah ‘Hoarding Disorder’ ini adalah seperti kulit limau kering, makanan tamat tempoh dan kekabu bantal.

Hidup 20 Tahun Dalam Rumah Flat Penuh Barang, Wanita Hidap 'Hoarding Disorder' Menangis Bila Ada Mah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pernah tak waktu anda tengah mengemas rumah dan perlu membuang beberapa barangan yang sudah tidak digunakan, tiba-tiba rasa macam sayang nak buang?

Lebih-lebih lagi jika seseorang yang berjiwa ‘sentimental’. Kalau boleh plastik gula-gula getah yang teman lelaki bagi waktu pertama kali pergi ‘dating’ pun nak simpan.

Tetapi kalau anda mempunyai tabiat menyimpan barang yang terlampau teruk, ia sebenarnya boleh membawa kepada satu masalah yang dipanggil sebagai ‘Hoarding Disorder’.


Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Hidup 20 Tahun Dalam Rumah Flat Penuh Barangan

Bercakap tentang ‘Hoarding Disorder’, Ahli DUN Skudai Marina Ibrahim baru-baru ini membongkar tabiat suka mengumpul barang yang dialami oleh seorang wanita di sebuah rumah flat di Johor.

Menerusi bebenang yang dimuat naik oleh Marina di laman Twitter miliknya (@Marina_Ibrahims), beliau menunjukkan keadaan rumah wanita tersebut yang penuh dengan barangan dan berada dalam keadaan bersepah.

Keadaan bersepah itu ‘melarat’ sehingga ke luar bahagian rumah dan hampir sepanjang tingkat flat berkenaan.

Sumber: Twitter @Marina_Ibrahims

Difahamkan Puang Hong telah mengumpul barang-barang berkenaan sehingga 20 tahun!

Ketika Marina dan pasukannya ingin menawarkan diri untuk mengemaskan kesemua barangan tersebut, wanita dikenali sebagai Puan Hong itu menangis kerana tidak memberikan keizinan untuk melakukannya.

Anak-anaknya juga menjerit untuk menyuruh mereka berhenti mengemas rumah tersebut.

Dia memang tak ada niat nak buang barang dia. Ada kulit limau kering, makanan expired, kekabu bantal rosak pun dia simpan. Sampah kertas dlm beg plastik pun simpan.

Ahli DUN Skudai, Marina Ibrahim.
Sumber: Twitter @Marina_Ibrahims

Lebih mengejutkan lagi, dua orang anaknya lelaki dan perempuan yang tidak bersekolah turut menginap dalam satu bilik sama yang penuh plasik dan berkongsi katil.

Ruangan nak masuk ke dalam rumah pun agak sempit.


Pihak Berkuasa Berjaya Berbincang Dan Capai Kata Sepakat Untuk Membantu Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’

Hari ini (6 Jun), Marina bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah kembali semula ke rumah tersebut untuk mengambil perincian maklumat berkaitan isi rumah.

JKM memaklumkan pihak mereka akan memberikan tempoh masa kepada wanita berkenaan untuk membersihkan barangannya dan akan membuat pemantauan.

Sementara itu, pihak Pejabat Adun juga berjaya memujuk Puan Hong untuk membantunya menjual barangan yang sudah lusuh secara mingguan.

Hasil perbincangan mendapati wanita itu agak gembira dengan tawaran tersebut.


Apa itu ‘Hoarding Disorder?

Hoarding Disorder‘ merujuk kepada tingkah laku suka menyimpan barang, terlalu tinggi kenilaian terhadap sesuatu barangan dan sukar untuk membuangnya walaupun sudah rosak atau berusia bertahun-tahun.

Tabiat ini juga boleh menjadi petanda bahawa seseorang mengalami masalah mental.

“Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna”. Biasa dengar ayat ini kan?

Boleh dikatakan ‘skrip’ tersebut akan sering diulang-ulang oleh individu yang mengalami masalah ‘Hoarding Disorder’ ini.

Sumber: Twitter @Marina_Ibrahims

Punca Individu Mengalami Masalah ‘Hoarding Disorder’

Rata-rata individu yang mengalami masalah ‘Hoarding Disorder’ ini berpunca daripada beberapa sebab. Antaranya:

  • Percaya bahawa barang-barang tersebut akan diperlukan pada masa akan datang.
  • Menganggap setiap barangan mempunyai nilai sentimental yang sangat bermakna.
  • Berasa lebih selamat apabila dikelilingi oleh barangan yang disimpan.
  • Tidak mahu membazir.
  • Peristiwa kehidupan yang menimbulkan stres melampau.

Tanda-tanda Jika Seseorang Mengalami Masalah ‘Hoarding Disorder’

Seseorang yang mengalami masalah ini akan mengalami beberapa petanda seperti berikut:

  • Mengambil barangan berlebihan yang tidak diperlukan.
  • Kerap mengalami rasa sukar untuk membuang dengan barangan tanpa mengira nilainya.
  • Berasa perlu untuk menyimpan semua barangan dan akan kecewa jika terpaksa membuangnya.
  • Sukar untuk membuat keputusan.
  • Suka bertangguh.

Masalah ini mungkin boleh diatasi dengan cara mengubah gaya hidup anda atau merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan.

BACA JUGA: Tindakan Wanita Jadikan Taman Permainan Sebagai Tempat Tinggal Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

BACA JUGA: Bakal Penghuni PPR Perlu Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Ambil Kunci Rumah

BACA JUGA: Penduduk Tegur Individu Bawa Anjing Main Gelongsor Di Taman Permainan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd