Now Reading
[Video] Duduk Dalam Bilik Panas Boleh Kurangkan Stres, Pakar Kongsi Sebabnya

[Video] Duduk Dalam Bilik Panas Boleh Kurangkan Stres, Pakar Kongsi Sebabnya

Penceramah kesihatan mental dikenali sebagai Amirul Ramli berkata selain stres, individu yang berdepan depresi juga boleh duduk di dalam bilik panas seperti sauna untuk mengurangkan masalah tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang masalah yang dialami, mungkin ramai di kalangan masyarakat kini sedang berdepan dengan stres akibat perkara dilalui dalam kehidupan seharian.

Pun begitu, mungkin masih ramai di luar sana masih belum mengetahui langkah-langkah efektif untuk menyelesaikan atau mengurangkan stres tersebut.

Kalau anda nak tahu, stres melampau boleh mendorong kepada kesihatan mental yang lebih serius sekiranya dibiarkan begitu sahaja.


Pakar Perjelas Bilik Panas Bagus Untuk Individu Sedang Alami Stres

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang penceramah kesihatan mental dikenali sebagai Amirul Ramli berkongsi ilmu mengenai individu yang mengalami stres.

Untuk info Amirul Ramli juga menduduki carta ke-10, Mental Health Advocate, World Health Organization (WHO).

Seperti yang dilihat menerusi video perkongsian, Amirul sedang duduk di hadapan tingkap bilik yang dikatakan bahang serta panas disebabkan pancaran cahaya matahari.

Sumber: TikTok (@amirul.ramli)

Jelasnya, duduk dalam satu bilik yang panas atau sauna adalah bagus untuk kesihatan mental seseorang individu.


Mekanisme Penjejukan Individu Alami Stres Adalah Rendah

Menurut Amirul, stres yang kronik atau melampau bukan sahaja boleh mendorong kepada masalah kemurungan malah ia boleh membawa kepada termoregulasi, disregulasi dan Hypothalamic Pituitary, Adrenal Axis (HPA-axis) yang berkait rapat dengan hormon stres.

Seseorang yang mengalami stres sekaligus menyebabkan suhu badan meningkat. Kata Amirul, satu kajian mendapati individu yang mempunyai depresi kurang mengeluarkan peluh dari badan.

Keadaan itu juga dipanggil sebagai mekanisma penyejukan yang tidak berapa baik.

Seorang pakar dari UCSF Osher Center for Integrative Health, San Francisco, California dikenali sebagai Mason menerusi satu kajian turut mendedahkan kaedah yang sama untuk mengurangkan tahap stres atau kemurungan yang dialami oleh seseorang.

Baca Artikel Berkaitan: Komen Negatif Undang Depresi, Pakar Nasihat Netizen Fikir Dahulu Sebelum Jadi ‘Hakim’ Di Media Sosial


Bilik Panas Mampu Keluarkan Peluh

Memetik UC San Diego Today, menggunakan tab mandi panas atau sauna boleh mengurangkan tahap kemurungan dengan cara menyejukkan badan melalui pengeluaran peluh.

Sumber: Unsplash

Selain duduk dalam bilik yang panas, anda juga boleh melakukan apa-apa kerja yang lain di mana ia mampu mengeluarkan peluh badan anda secara kerap. Dengan cara ini, stres yang bermain dalam fikiran dapat dikurangkan.

@amirul.ramli Stress & Kemurungan #penceramahkesihatanmental #amirulramli ♬ original sound – Amirul Ramli | Mental Health

Cara Kurangkan Stres

Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang anda boleh cuba bagi mengurangkan tahap stres dialami. Sebagai contoh:

Sumber: Pexels
  • Senyum dengan lebih kerap
  • Meluangkan masa bermain dengan haiwan peliharaan
  • Berenang atau berendam dalam air yang hangat
  • Lukis apa-apa sahaja di atas kertas (doodling)
  • Minum jus yang tinggi dengan vitamin C
  • Mengunyah gula-gula getah
  • Tarik nafas dalam-dalam

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Tanda Badan Anda Miliki Hormon Kortisol Yang Tinggi

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Makan Banyak Gara-gara Stres Digelar ‘Emotional Eaters’. Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd