Now Reading
Betul Ke Joging & Berlari Dapat Bantu Kurangkan Masalah Mental?

Betul Ke Joging & Berlari Dapat Bantu Kurangkan Masalah Mental?

Selain daripada membantu mengawal kemurungan, aktiviti tersebut turut dikatakan dapat mengurangkan tekanan dan keresahan serta membantu seseorang agar lebih mudah tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah kesihatan mental bukan lagi merupakan suatu isu yang asing dalam masyarakat. Menurut New Straits Times, satu daripada tiga orang dewasa mengalami masalah kesihatan mental, menjadikan ia masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia setelah penyakit jantung.

Malah, masalah ini turut dihadapi golongan remaja. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendapati satu dalam empat remaja pernah mengalami kemurungan.

Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri dalam mengatasi isu kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan dan keresahan.

Antara kaedah yang boleh dijalankan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, tidur mencukupi, kekal positif serta melakukan senaman secara berkala.


Jogging & Berlari Bantu Kurangkan Kemurungan

Satu akaun di laman X (@twtjogging) telah mengemukakan persoalan sama ada berlari atau berjogging membantu dalam mengurangkan masalah kemurungan yang teruk.

Rata-rata orang ramai bersetuju bahawa melakukan aktiviti tersebut sememangnya membantu mereka dari segi kemurungan serta tekanan.

Sumber: X

Malah, berlari atau berjogging turut dikatakan dapat mengurangkan tekanan dan membantu seseorang agar senang tidur.

Sumber: X

Seorang individu berkongsi bahawa dia telah didiagnosis dengan kemurungan dan keresahan, tetapi tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan setelah mengamalkan jogging atau larian.

Sumber: X

Di samping itu, seorang wanita berkata aktiviti berkenaan turut membantunya dalam mengatasi kesedihan.

Sumber: X

Hanya Lakukan ‘Brisk Walk’

Selain daripada berlari atau berjogging, sesetengah individu berkongsi bahawa mereka melakukan aktiviti berjalan pantas atau ‘brisk walking’.

Seorang pengguna laman X (@__nilia__) berkata dia mengalami tekanan sewaktu pandemik COVID-19 sehingga tidak boleh tidur pada waktu malam. Namun melakukan ‘brisk walk’ setiap pagi membantu menyegarkan badan dan minda serta mengurangkan tekanannya.

Sumber: X

Seorang individu menganggap bahawa berjalan menyebabkan lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan meningkatkan mood seseorang.

Sumber: X

Seorang lagi pengguna laman X berkata dia merasa berjalan adalah lebih bagus bagi dirinya kerana ia tidak meningkatkan tahap kortisol, iaitu hormon stres.

Dia juga berkata bahawa seseorang memerlukan vitamin D, yang boleh diterima daripada cahaya matahari, bagi membantu penghasilan hormon serotonin yang penting bagi mengawal mood.

Sumber: X
Pastikan anda menggunakan kasut yang sesuai untuk berlari agar kaki tidak cedera. (Sumber: Unsplash)

Alam Sekitar Beri Lebih Ketenangan

Di samping aktiviti senaman itu sendiri, beberapa individu mengingatkan bahawa alam sekitar turut memainkan peranan penting dalam memberikan ketenangan.

Seorang individu berkata melihat alam ciptaan Allah SWT dapat mengubah fikiran kepada akhirat berbanding dunia yang hanya sementara.

Sumber: X

Selain daripada menikmati alam sekitar menerusi penglihatan, bunyi-bunyian dari hutan juga dapat memberi ketenangan.

Sumber: X
Sumber: Unsplash

Kebaikan Berlari Ke Atas Kesihatan Mental

Menurut WebMD, berlari sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan kepada kesihatan mental. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dan memberi mood baik, tetapi turut menghasilkan tidur lebih berkualiti dan meningkatkan kecerdasan otak.

Selain daripada berjogging dan berlari, beberapa senaman lain turut membantu dalam mengubati masalah kemurungan. Analisis oleh British Medical Journal (BMJ) mendapati bahawa berjalan atau jogging, yoga dan latihan kekuatan adalah lebih efektif bagi merawat kemurungan.

Sumber: theBMJ

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Macam Mana Nak Tahu Mental Sudah Penat

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Kesihatan Mental Adalah Isu Masyarakat Urban?

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Wanita Ini Kongsi Kisah Hobi Bela Ikan Jadi Terapi Kesihatan Mental


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd