Now Reading
[Eksklusif] Wanita Ini Kongsi Kisah Hobi Bela Ikan Jadi Terapi Kesihatan Mental

[Eksklusif] Wanita Ini Kongsi Kisah Hobi Bela Ikan Jadi Terapi Kesihatan Mental

Semuanya bermula apabila Sabrina memasuki sebuah premis yang menjual ikan peliharaan dan terlihat ikan laga di dalam sebuah botol kecil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penjagaan kesihatan mental adalah hal yang penting untuk dititikberatkan kerana ia boleh mempengaruhi aktiviti seharian seseorang.

Apabila minda berada dalam keadaan tidak sihat, secara automatik badan anda tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk bersikap produktif bagi melakukan apa-apa kerja. Masalah yang berlaku ini sebenarnya boleh diatasi dengan pelbagai cara mengikut keserasian minat anda.


Wanita Ini Atasi Masalah Depresi Dengan Hobi Membela Ikan

Baru-baru ini, team TRP telah berkesempatan untuk menemu bual seorang wanita bernama Yang Sabrina Binti Mior Azli yang mempunyai sejarah melibatkan masalah kesihatan mental dan berjaya mengatasinya dengan hobi penjagaan haiwan belaannya iaitu ikan.

Mesti ada yang terfikir, bagaimana hobi tersebut membantu dirinya mengatasi masalah depresi yang melanda diri semasa zaman belajar dalam bidang perubatan?

Semuanya bermula apabila Sabrina memasuki sebuah premis yang menjual ikan peliharaan dan terlihat ikan laga di dalam sebuah botol kecil sebelum mengambil keputusan untuk membeli seekor haiwan berkenaan.

Sejak itu, Sabrina mula menyediakan akuarium untuk ikannya dan haiwan tersebut menunjukkan perkembangan yang semakin aktif dan sihat.

Sumber: Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Aktiviti ini secara tidak langsung membantu saya untuk menguruskan pengajian perubatan serta tekanan lain dengan lebih baik. Sebelum ini juga saya pernah bekerja di kedai aquascape sebelum membuka perniagaan sendiri yang diberi nama BeFishy.

Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Perniagaan BeFishy ini juga dijual secara atas talian di Amerika Syarikat dan menawarkan pelbagai jenis barangan untuk penjagaan ikan peliharaan termasuklah makanan, penapis, pencuci akuarium dah sebagainya.


Perniagaan BeFishy Jadi Pemangkin Untuk Bantu Masyarakat

Menurut Sabrina lagi, matlamat utama penubuhan perniagaan BeFishy yang diasaskan bersama partner bernama Dylan adalah untuk menekankan kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan haiwan peliharaan serta kebaikan hidupan laut yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia.

Salah satu kenangan melibatkan perniagaan BeFishy ini adalah apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun dibawa oleh ibu bapanya ke kedai fizikal mereka.

Sumber: Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Difahamkan, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut mahu membantu anak mereka yang mengalami depresi.

Ayah kepada kanak-kanak berkenaan bercadang untuk memilih hidupan akuarium sebagai aktiviti untuk membantu anaknya kerana dia juga dikatakan mempunyai akuarium di rumah.

Terbuka untuk membantu individu berusia 14 tahun itu, wanita ini menggunakan pengetahuannya dari pengajian perubatan serta pengalaman peribadi ketika mengatasi masalah depresi bagi membantu kanak-kanak itu.

Waktu mula-mula dia ke kedai saya, saya cuma bercakap tentang akuarium dan mengajarnya cara untuk menyediakan akuarium yang baik serta kepentingan untuk memberikan penjagaan yang rapi.

Yang Sabrina Binti Mior Azli.
Sumber: Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Siapa sangka selepas dua bulan membela ikan peliharaan, kanak-kanak lelaki itu dilihat sudah mula berkomunikasi dengan kerap dan menunjukkan minat terhadap perkara di sekelilingnya.

Ibu kepada kanak-kanak itu memberitahu saya bahawa anaknya sampai merayu untuk membawanya semula ke kedai saya untuk dia belajar tentang akuarium di samping membuat kawan baru.

Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Kenapa Sabrina Pilih Ikan Buntal Sebagai Haiwan Peliharaan?

Ketika membuat kajian tentang hobi melibatkan akuarium, Sabrina dan Dylan telah melakukan beberapa kajian dan terjumpa sebuah video menunjukkan ikan buntal.

Sumber: Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Pada awalnya, wanita ini menyangka ikan buntal tidak boleh dibela. Selepas membuat carian, rupa-rupanya terdapat 300 jenis ikan buntal yang berasal daripada air payau, air tawar dan air masin.

Sambil saya buat kajian tentang ikan buntal, saya pun ada beli satu. Ikan buntal pertama yang saya bela bernilai lapan angka. Tidak dinafikan ia agak stres untuk menjaga ikan buntal jenis air tawar kerana sebelum ini saya hanya bela jenis freshwater sahaja.

Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Selepas beberapa tempoh, Sabrina sudah mula mendalami kemahiran dalam menyediakan akuarium bagi ikan buntal jenis air tawar dan mempunyai pengetahuan untuk memberikan panduan kepada individu lain juga.

Apabila ditanya mengapa ikan buntal menjadi pilihan, Sabrina berkata kerana haiwan terbabit bijak dan comel.

Sumber: Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Walaupun jawapan yang diberikan agak ringkas tetapi ia telah menjadi pemangkin kepada Sabrina untuk menuju ke Pahang dan bersosial dengan masyarakat orang asli di sana.

Saya sanggup berenang di dalam sungai untuk mencari spesies tempatan ikan buntal yang dipanggil sebagai dragon pufferfish.

Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga tidak patah semangat untuk ke Selangor walaupun dalam keadaan hujan lebat demi mencari jenis ikan yang diingini.

Sumber: Yang Sabrina Binti Mior Azli.

Mendengar kisah perkongsian Sabrina ini membuatkan kami juga teruja melihat koleksi ikan-ikan peliharaannya di dalam akuarium. Comel sungguh semuanya!

Siapa sangka dengan hanya bermula sebagai hobi, ia secara tidak langsung boleh dijadikan terapi untuk seseorang mengatasi masalah depresi yang dihadapi sebelum ini dan meraih pendapatan.

Kami berharap agar perkongsian ini juga dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada para pembaca sekalian.


Tips Untuk Menstabilkan Kesihatan Mental

Dr Fadzilah turut menasihati orang ramai agar tidak membiarkan masalah kesihatan mental melarat dalam diri sehingga terlalu lama.

Selain membela haiwan peliharaan, terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu anda untuk menstabilkan semula kesihatan minda, iaitu dengan cara:

  • Merehatkan diri dari media sosial.
  • Mencari hobi baharu.
  • Kerap bersenam dan bersukan.
  • Membina rutin harian yang positif.
  • Menjaga pemakanan.
  • Beribadah.

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Kesihatan Mental Adalah Isu Masyarakat Urban?

Baca Artikel Berkaitan: Terapis Kongsi Cara Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan Mental Dengan 5 Langkah Ini

Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd