Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental
Dengan cara mendengar lagu juga dapat membebaskan hormon ‘bahagia’ yang dipanggil sebagai dopamin bagi menstabilkan kesihatan minda seseorang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selain penjagaan organ dalaman badan, kesihatan mental juga perlu diberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan kehidupan kita lebih positif.
Perkara ini turut menjadi perhatian seluruh dunia apabila Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap tahun pada 10 Oktober bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan minda yang sihat.
Sebenarnya ada pelbagai cara untuk memastikan kesihatan mental anda lebih stabil. Antaranya dengan melakukan hobi yang disukai serta merehatkan diri dari menggunakan media sosial.
BACA JUGA: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil
Lima Jenis Aktiviti Untuk Perbaiki Kesihatan Minda
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@Axfyna), terdapat beberapa jenis aktiviti yang boleh dilakukan bagi memperbaiki kesihatan mental seseorang agar kekal aktif walaupun sudah berusia.
Antaranya:
1. Menari
Ada banyak jenis tarian yang anda boleh cuba seperti zumba, salsa, aerobik atau gaya bebas. Kalau menari di rumah pun best juga. Boleh pasang lagu kegemaran dengan kuat dan lakukan gerakan mengikut rentak anda.
Mengikut kajian, pergerakan tarian sebenarnya boleh mengurangkan tekanan, memperbaiki mood dan juga meningkatkan keyakinan diri.
Apabila badan seseorang berasa bebas, ia akan mengeluarkan hormon dopamin yang membawa perasaan gembira.
2. Mendengar Lagu
Sambil mengemas rumah atau sedang melakukan kerja, cuba pasang lagu-lagu yang boleh membuatkan anda rasa lebih gembira kerana secara tidak langsung ia dapat menjadikan anda lebih kreatif.
Boleh juga belajar bermain peralatan muzik seperti dram, gitar, piano dan sebagainya.
Dalam satu kajian daripada Global Council on Brain Health (GCBH), penyelidik telah membuktikan bahawa mendengar muzik dapat menghasilkan lebih banyak hormon ‘bahagia’ seperti dopamin dan juga oksitosin.
Malah, ada juga penyelidik yang mendapati bahawa muzik dapat mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan stres.
3. Guna Laluan Jalan Yang Berbeza
Kepada anda yang perlu bergerak ke pejabat setiap hari, apa kata anda cuba untuk menggunakan laluan jalan yang berbeza. Mungkin pergi boleh guna jalan lain dan balik dari kerja pula jalan lain.
Dengan cara ini secara tidak langsung dapat melatih otak untuk berfungsi dengan lebih baik dan memperbaiki tahap ingatan anda.
Pada masa sama, kita pun dapat ‘enjoy’ pemandangan yang berbeza. Mana tahu boleh jumpa tempat lepak yang best untuk bersantai dengan rakan-rakan pada hujung minggu.
4. Belajar Bahasa Baharu
Mempelajari bahasa baharu juga bukan sahaja membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih ramai orang, malah ia juga dapat memperbaiki fungsi kognitif otak kita.
Menurut sumber Language Network USA, kemahiran mempelajari bahasa baharu juga boleh mengurangkan risiko penyakit Demensia yang juga boleh menjadi faktor kepada penyakit Alzheimer.
Berdasarkan kajian dari Universiti Edinburgh pula, kemahiran ini dapat membantu seseorang pulih dari kecederaan otak seperti strok. Tetapi ia hanya berkesan sekiranya anda mula mempelajari bahasa baharu itu sebelum mengalami kecederaan.
5. Bermain Permainan Kad
Sekarang ini ada pelbagai jenis kad permainan yang kita boleh main dengan kawan-kawan pada waktu lapang.
Kalau anda sukakan permainan melibatkan hartanah, boleh main Monopoly. Kalau sukakan permainan melibatkan rakyat Malaysia, boleh main The Malaysian Dream.
BACA JUGA: ‘The Lepak Game’ & 4 Lagi Kad Permainan Versi Malaysia Yang Sesuai Main Waktu Santai
Sambil berseronok dengan rakan-rakan atau ahli keluarga dengan bermain kad, dapat juga kita mengasah kemahiran berfikir. Nak menang mestilah kena ada strategi yang baik, betul tak?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.