Now Reading
Adakah Kesihatan Mental Adalah Isu Masyarakat Urban?

Adakah Kesihatan Mental Adalah Isu Masyarakat Urban?

Masalah penyakit mental dikategorikan sebagai masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah pihak, kesihatan mental dianggap sebagai perkara yang tidak begitu serius dan hanya mengambil ringan tentang perkara itu.

Sebenarnya, penjagaan kesihatan mental adalah sama penting seperti kita menjaga organ dalaman badan yang lain.

Kenapa kita kena ambil berat tentang penjagaa kesihatan mental? Ini kerana ia juga akan mempengaruhi aktiviti harian kita.

Apabila minda berada dalam keadaan tidak sihat, secara automatik badan kurang bertenaga untuk bersikap produktif melakukan apa-apa kerja.

Lebih membimbangkan lagi, masalah kesihatan mental ini boleh mengakibatkan seseorang bertindak di luar kawalan sehingga mencederakan diri mereka.


Kesihatan Mental Adalah Bersifat Spektrum

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bersifat spektrum itu macam mana?

Anda bayangkan satu garis panjang yang mempunyai dua penghujung dan kedua-dua penghujung adalah berlawanan sifat. Senang kata makin ke kanan, sifatnya akan semakin buruk.

Dari segi kesihatan mental, spektrum ini membawa maksud seseorang itu tidak statik pada satu keadaan sahaja. Boleh jadi sejam lepas minda mereka masih okey, tiba-tiba bertukar stres akibat masalah yang berlaku secara mengejut.

Ia juga bermaksud seseorang itu tidak akan selamanya berada dalam keadaan tertekan dan tidak juga sentiasa gembira.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Punca Kesihatan Mental Terganggu

Memetik sumber Sinar Harian, masalah penyakit mental dikategorikan sebagai masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia.

Lebih membimbangkan, bilangan kes remaja dalam lingkungan 13 sehingga 17 tahun yang mahu membunuh diri telah meningkat kepada 13.1% pada tahun 2022 berbanding 10% pada lima tahun sebelumnya.

Antara punca yang menyebabkan seseorang berdepan dengan masalah kesihatan mental adalah seperti:

  • Masalah keluarga
  • Masalah di tempat kerja
  • Penggunaan media sosial yang berlebihan
  • Masalah kewangan
  • Tertekan dengan akademik

Tanda-tanda Anda Berdepan Dengan Masalah Kesihatan Mental

Segelintir individu mungkin tidak menyedari mereka mempunyai masalah kesihatan mental seperti depression dan anxiety.

Menurut pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, beliau berkongsi beberapa petanda jika seseorang menghidap anxiety. Antaranya:

  • Membiarkan pesanan mesej di WhatsApp tidak dibaca sepanjang hari.
  • Sering menyalahkan diri sendiri terhadap perkara yang berlaku di luar kawalan.
  • Hilang selera makan.
  • Tidak sedar bahawa anda sudah mengelamun melebihi 15 minit.
  • Membenci seseorang tanpa sebab.
  • Malas untuk solat dan beribadah.
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Tips Untuk Menstabilkan Kesihatan Mental

Dr Fadzilah turut menasihati orang ramai agar tidak membiarkan penyakit ini melarat dalam diri sehingga terlalu lama.

Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh membantu anda untuk menstabilkan semula kesihatan minda, iaitu dengan cara:

  • Merehatkan diri dari media sosial.
  • Mencari hobi baharu.
  • Kerap bersenam dan bersukan.
  • Membina rutin harian yang positif.
  • Menjaga pemakanan.
  • Membela haiwan peliharaan mengikut keselesaan.
  • Beribadah.

Suria KLCC Menjadi Pusat Membeli-belah Pertama Di Malaysia Yang Menekankan Tentang Kesihatan Mental

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober, pusat membeli-belah Suria KLCC menganjurkan kempen kesihatan mental selama 10 hari bermula dari 6 sehingga 15 Oktober.

Kempen kesihatan mental ini bertemakan penjagaan diri atau ‘self care’ dengan slogan ‘Your Mind, Your Journey’ yang menitikberatkan tentang penjagaan emosi, fizikal dan mental secara keseluruhan.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Dalam kempen ini yang dilakukan di Centre Court Suria KLCC, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuklah urutan tangan secara percuma oleh pihak The Body Shop.

Lebih menarik lagi, kempen ini menyediakan ruangan yang dipanggil ‘Safe Space’ meliputi tiga zon berlainan dengan warna yang ‘vibrant’ iaitu:

  • Fizikal dan Kerohanian
  • Emosi dan Mental
  • Sosial dan Santai
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Jadi kepada anda yang mahu mendalami tentang kesihatan mental dengan cara yang ‘fun’, boleh ajak ahli keluarga dan rakan-rakan ke Suria KLCC sempena kempen ini.

Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar

Artikel Berkaitan: Terapis Kongsi Cara Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan Mental Dengan 5 Langkah Ini

Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd