Now Reading
Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar

Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar

Anxiety merupakan suatu perasaan cemas dan keresahan yang berlaku terlalu kerap terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan ia menjadi satu gangguan yang tidak normal kepada diri sendiri.

Dr Fadzilah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain penjagaan organ dalaman badan, kesihatan mental juga perlu diberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan kehidupan kita lebih positif.

Perkara ini turut menjadi perhatian seluruh dunia apabila Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap tahun pada 10 Oktober bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan minda yang sihat.

Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity Dr Lim Wai Jenn berkata, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan atau juga disebut sebagai Anxiety.

Anxiety merupakan suatu perasaan cemas dan keresahan yang berlaku terlalu kerap terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan ia menjadi satu gangguan yang tidak normal kepada diri sendiri.

Jika masalah tersebut berlarutan, ia boleh mengakibatkan seseorang mengalami gejala fizikal seperti sesak nafas, menggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-debar, menggeletar, berpeluh atau hampir pengsan.

Dr Fadzilah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Suara Sarawak)

7 Petanda Seseorang Menghidap Anxiety Tanpa Disedari

Baru-baru ini, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi di laman Twitter miliknya (@fadzilahkamsah_) beberapa tanda jika seseorang itu menghidap Anxiety tanpa disedari.

Antaranya:

  1. Membiarkan pesanan mesej dari WhatsApp tidak dibaca sepanjang hari.
  2. Sering menyalahkan diri terhadap perkara yang berlaku di luar kawalan.
  3. Kerap kali menyemak sesuatu perkara.
  4. Tidak sedar bahawa anda sudah mengelamun melebihi 15 minit.
  5. Hilang selera makan.
  6. Membenci seseorang tanpa sebab.
  7. Malas untuk solat dan beribadah.
Dr Fadzilah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Astro Awani)

Di akhir ciapan beliau, Dr Fadzilah menasihati orang ramai agar tidak membiarkan penyakit tersebut melarat dalam diri anda.

Anda perlu mengubah gaya hidup dari segi persekitaran, cara pemakanandan tempoh rehat dan tidur yang mencukupi.

Bina kehidupan baharu yang lebih sihat dan gemilang. Lalui dengan senyuman. Kamu kuat, nak!

Pakar motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Tips Untuk Memastikan Kesihatan Mental Sentiasa Stabil

Untuk memastikan kesihatan mental sentiasa terjaga dan stabil pada waktu yang mencabar sememangnya memerlukan seseorang itu kekal kuat.

Sebelum ini, netizen pernah membincangkan hal ini di media sosial dan saling bertukar pandangan tentang cara-cara bagi memastikan kesihatan mental kekal stabil.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

  • Rehatkan diri daripada media sosial.
  • Cari hobi baharu seperti memasak, membaca buku, berbasikal dan sebagainya.
  • Perbanyakkan bersenam dan bersukan.
  • Perbanyakkan solat, berzikir dan membuat ibadah.
  • Bina rutin harian yang positif.
  • Membela haiwan peliharaan mengikut keselesaan anda seperti kucing, ikan, arnab dan lain-lain.

BACA JUGA: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil

.Dr-Fadzilah-Dedah-7-Tanda-Seseorang-Hidap-Anxiety-Tanpa-Sedar-2

Aktiviti Untuk Menguatkan Kesihatan Mental

Terdapat beberapa jenis aktiviti yang boleh dilakukan bagi memperbaiki kesihatan mental seseorang agar kekal aktif walaupun sudah berusia.

Antaranya:

  • Menari
    • Mengikut kajian, pergerakan tarian sebenarnya boleh mengurangkan tekanan, memperbaiki mood dan juga meningkatkan keyakinan diri. Apabila badan seseorang berasa bebas, ia akan mengeluarkan hormon dopamin yang membawa perasaan gembira.
  • Mendengar Lagu
    • Dalam satu kajian daripada Global Council on Brain Health (GCBH), penyelidik telah membuktikan bahawa mendengar muzik dapat menghasilkan lebih banyak hormon ‘bahagia’ seperti dopamin dan juga oksitosin. Malah, ada juga penyelidik yang mendapati bahawa muzik dapat mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan stres.
  • Menggunakan Laluan Jalan Yang Berbeza
    • Dengan cara ini secara tidak langsung dapat melatih otak untuk berfungsi dengan lebih baik dan memperbaiki tahap ingatan anda.
  • Mempelajari Bahasa Baharu
    • Berdasarkan kajian dari Universiti Edinburgh, aktiviti ini bukan sahaja dapat memperbaiki fungsi kognitif otak kita, malah ia boleh membantu seseorang pulih dari kecederaan otak seperti strok.
  • Bermain Permainan Kad
    • Sambil berseronok dengan rakan-rakan atau ahli keluarga dengan bermain kad, dapat juga kita mengasah kemahiran berfikir. Nak menang mestilah kena ada strategi kan?

BACA JUGA: ‘The Lepak Game’ & 4 Lagi Kad Permainan Versi Malaysia Yang Sesuai Main Waktu Santai


Talian Bantuan Untuk Menangani Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd