Now Reading
Suria KLCC Tampil Dengan Replika Naga 3D Sempena Tahun Baru Cina Tahun Ini

Suria KLCC Tampil Dengan Replika Naga 3D Sempena Tahun Baru Cina Tahun Ini

Replika naga di ruang Esplanade KLCC dibina berbentuk tiga dimensi setinggi 60 kaki sempena sambutan Tahun Baru Cina di Suria KLCC.

tahun baru cina suria klcc

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menyambut sebarang perayaan di Malaysia, kebanyakan pusat membeli-belah akan membuat dekorasi bagi meraikan festival tersebut.

Antara perayaan lazim yang kebiasaannya dihiasi dengan pelbagai replika dan sebagainya adalah seperti Krismas, Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina.

Pusat membeli-belah Suria KLCC adalah salah satu lokasi tumpuan ramai untuk melihat replika unik yang bersaiz besar di hadapan kawasan air pancut apabila menjelang perayaan istimewa di Malaysia.


Suria KLCC Perkenalkan Dekorasi ‘Old Shanghai’ Sempena Tahun Baru Cina

Untuk tahun ini, Suria KLCC tidak ketinggalan untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan pelbagai interaktif unik buat para pengunjung.

Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi replika naga berbentuk tiga dimensi setinggi 60 kaki.

Simbolik dengan kehadiran Tahun Naga, replika yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’ ini menjanjikan pemandangan yang memukau dan mengagumkan kepada para pengunjung.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Andy Kho

Selain itu, sambutan tersebut turut dilengkapi dengan pameran zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ yang berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024.

Untuk sambutan kali ini, Suria KLCC membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai ‘Paris of the Orient’.

Sumber: Andy Kho
Sumber: Andy Kho

Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC akan mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dihiasi dengan kedai dua tingkat tradisional termasuk kedai pakaian yang mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan.

Sumber: Andy Kho

Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan kereta retro sebagai prop untuk bergambar selain projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik.


Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2024 Di Suria KLCC

Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5:00 petang di Esplanade KLCC dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2:00 petang sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Sumber: Andy Kho

Para pengunjung boleh merakam detik indah bertemakan ‘Old China’ ini di ‘Festive Photobooth’ dengan memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had bersama dengan salinan elektronik.

Selain itu, terdapat pelbagai ‘spot’ yang sangat Instagramable sempena sambutan ini iaitu di sekitar ‘Centre Court’, Esplanade KLCC, Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall.

Sumber: Andy Kho

Para pelanggan juga boleh membeli ‘Suria Ribbon Pin’ berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental dan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah.

Pada hujung minggu, para pelanggan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.

“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’.

“Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan
yang kaya dengan warisan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan.

Sumber: Andy Kho

Suria KLCC Beri E-Baucar RM100

Suria KLCC menyemarakkan lagi pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan memberikan e-Baucar RM100 bersama satu set sampul merah kepada para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit.

Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100.

Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

Sumber: Andy Kho

Pusat Beli-Belah Alamanda

Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina turut mewarnai Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024.

Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan seni Cheongsam dan sebuah restoran yang menyajikan replika hidangan makan malam tradisional.

Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin.

Sumber: Facebook Alamanda Shopping Centre

Pelanggan yang membeli-belah di Alamanda Putrajaya dengan jumlah RM600 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang berbelanja dengan nilai RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih, mereka akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80.

Ahli VIKids juga berpeluang unutuk menyertai aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sumber: Facebook Alamanda Shopping Centre

Pusat Beli-Belah Mesra

Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu juga menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024 dengan menampilkan dekorasi bertemakan ‘Old Shanghai’.

Antara tarikan utama kempen ini termasuklah persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dimana para penari akan mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung simbolik dengan kepercayaan membawa tuah.

Ahli keluarga yang berkunjung ke Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari.

‘The Shoppers Rewards Programme’ turut menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh kunjungi laman web pusat beli-belah terlibat iaitu Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall.

Kepada mereka yang bakal menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini, Gong Xi Fa Cai!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd