Now Reading
Ini 5 Aktiviti Hujung Minggu Sekitar Lembah Klang Sempena Tahun Baru Cina

Ini 5 Aktiviti Hujung Minggu Sekitar Lembah Klang Sempena Tahun Baru Cina

Antara lokasi di sekitar Lembah Klang yang mengadakan acara bersempena dengan Tahun Baru Cina adalah Pasar Seni dan Hotel Armada Petaling Jaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahun Baru Cina akan tiba hujung minggu ini. Jadi, mesti ramai rakan-rakan anda yang berbangsa Cina akan pulang ke kampung untuk menyambut perayaan ini.

Sementara ada yang sibuk berkunjung ke rumah terbuka, pasti ada yang masih belum mempunyai apa-apa rancangan untuk hujung minggu ini.

Kepada anda yang tak tahu nak buat apa weekend ini, jom kami kongsikan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh sertai.

Antaranya:

#1. Bufet Tahun Baru Cina

Pada 9 hingga 11 Februari, Hotel Armada Petaling Jaya menjemput anda untuk menikmati makan malam bersama ahli keluarga sempena Tahun Baru Cina dengan pakej Bufet Makan Malam Armada dan pakej Bufet Hi-Tea.

Dengan harga sekitar RM59 untuk kanak-kanak dan RM148, hujung minggu anda pasti akan lebih meriah dengan membuat tempahan di lokasi ini.

  • Tarikh: 9 hingga 11 Februari 2024
  • Masa: 6:30PM – 10PM, 12PM – 4PM
  • Lokasi: Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya 
  • Harga: RM59 – RM148

#2. 99 Wonderland Park

Hotel Armada bukanlah satu-satunya lokasi yang menyambut Tahun Baru Cina kerana 99 Wonderland Park juga turut serta dalam sambutan ini.

Dari 10 Februari hingga 12 Februari, 99 Wonderland Park akan menyambut Tahun Naga dengan menganjurkan pelbagai aktiviti menggembirakan seperti Tarian Singa, pertunjukan bunga api dan persembahan interaktif haiwan.

  • Tarikh: 10 Februari – 12 Februari 
  • Masa: 9AM – 1PM
  • Lokasi: Jalan 9/3a, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Caves, Selangor.
  • Harga: RM20 – RM 36 

#3. KL Collectors Market – Edisi Tahun Baru Cina

Nak cari aktiviti yang lebih relaks? Jom pergi KL Gateway Mall kerana mereka menganjurkan program KL Collectors Market – Edisi Tahun Baru Cina. Di sini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai koleksi yang menarik seperti permainan, ahli muzik dan sebagainya.

  • Tarikh: 10 Februari – 11 Februari 
  • Masa: 10 AM – 9PM
  • Lokasi: KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, Kampung Kerinchi 59200 Kuala Lumpur 

#4. Pesta Jiwa CNY

Kepada anda yang mahu bersantai dengan muzik, persembahan, jualan makanan dan mahu membeli barangan terpakai, Pesta Jiwa CNY adalah lokasi yang sesuai.

Terdapat lebih 80 vendor yang akan membuka perniagaan mereka di acara ini. Antara penggiat seni yang akan membuat persembahan adalah DJ Lingkup dan DJ Fadz.

  • Tarikh: 9 Februari – 12 Februari 2024
  • Lokasi: Jalan Benteng, Pasar Seni

#5. CNY Vibes

Sambutan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih meriah dengan adanya acara CNY Vibes selama empat hari dengan pelbagai persembahan dan jualan vendor yang menanti anda.

Selain tarian singa dan tarian tradisional, terdapat juga persembahan dari Francis Jofeel Gohh dan Litterbox.

  • Tarikh: 9 Februari – 12 Februari 2024
  • Masa: 10 AM – 10 PM
  • Lokasi: Atrium & Artlane, Pasar Seni

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd