Now Reading
Doktor Dedah 4 Punca Pembuluh Darah Boleh Pecah

Doktor Dedah 4 Punca Pembuluh Darah Boleh Pecah

Pesakit kencing manis dan tekanan darah boleh mendapat risiko yang tinggi untuk berdepan masalah salur darah pecah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gaya hidup seseorang boleh menentukan tahap kesihatan individu tanpa mengira sama ada tua atau muda.

Jika kesihatan tubuh badan tidak dijaga dengan baik, pelbagai penyakit kronik dan berbahaya seperti sakit jantung dan kanser boleh dihidapi dan lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan risiko kematian tanpa dijangka.


Doktor Dedah Punca Pembuluh Darah Boleh Pecah

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @DoktorSamhan), doktor kesihatan dikenali sebagai Doktor Ahmad Samhan berkata ramai pihak yang menganggap stres belajar telah menjadi penyebab pembuluh darah dalam kalangan pelajar boleh pecah.

Doktor ini mendedahkan perkara tersebut tidak menjadi punca sebenar kerana terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan pembuluh darah seseorang pecah selain stres.

Antaranya:

“Andai kata puncanya adalah darah tinggi, tekanan darah yang terlalu tinggi akan menyebabkan salur darah pecah,” jelas Dr Samhan.

Gambar sekadar hiasan.

Doktor ini memberitahu bahawa penghidap kencing manis boleh berdepan risiko pembuluh darah pecah kerana salur darah mengembang sehingga membentuk benjolan seolah-olah belon yang ditiup.

Namun doktor ini berkata pembuluh darah yang pecah akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi jarang berlaku kepada golongan muda.

Sementara itu, pembuluh darah juga berkemungkinan pecah disebabkan oleh aneurisme yang berlaku di dinding arteri darah pada bahagian otak.

Sumber: Pexels

Mengapa aneurisme ini bahaya? Kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Walau bagaimanapun, doktor ini menjelaskan tekanan akibat pembelajaran tidak akan menyebabkan pembuluh darah pecah.


Bagaimana Aneurisme Boleh Berlaku?

Memetik sumber dari Gleneagles, punca sebenar aneurisme masih belum diketahui. Namun ia mungkin dikaitkan dengan faktor umur yang semakin meningkat dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, ia juga dikaitkan dengan penyakit saluran darah aterosklerosis yang menyebabkan arteri mengeras akibat pengumpulan lemak (mendapan) pada sebelah dalam dinding arteri.

Punca lain termasuklah penyakit peredaran seperti:

  • Malformasi arteriovena
  • Penyalahgunaan alkohol dan ubat
  • Trauma kepala
  • Tumor
Sumber: Johns Hompkins Medicine

Jenis-jenis Aneurisme

Masalah kesihatan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti:

Gejala Yang Boleh Berlaku

Terdapat beberapa petanda selepas berlakunya aneurisme, iaitu:

  • Penglihatan kabur dan pertuturan terganggu
  • Tiba-tiba hilang kesedaran atau pitam sekejap
  • Loya dan muntah
  • Sakit leher
  • Tiba-tiba lumpuh atau lemah pada sebelah bahagian badan
  • Sawan
  • Sakit kepala teruk

Sekiranya anda mengesan simptom-simptom tersebut, lebih baik segera berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan masalah menjadi semakin parah.

Sumber: Medical News Today

Netizen Kongsi Pengalaman Sama Turut Berlaku Kepada Kenalan Mereka

Sesetengah netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama berlaku kepada kenalan mereka selepas disahkan mengalami masalah pecah pada saluran darah badan.

Seorang netizen menceritakan arwah bapanya dikatakan meninggal dunia akibat terlalu stres dan menyebabkan pembuluh darahnya pecah.

Sumber: X (Twitter)

Netizen yang lain juga menceritakan perkara serupa berlaku kepada ahli keluarganya kerana terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi selain menghidap tekanan darah tinggi.

Sumber: X (Twitter)

Ada juga netizen mendakwa perkara terbabit turut berlaku kerana cuaca yang terlalu panas ketika sedang menoreh di kelapa sawit.

Sumber: X (Twitter)

Kes Pelajar Tajaan Petronas Terlantar Akibar Saluran Darah Pecah

Penjelasan yang diberikan oleh Dr Samhan ini adalah susulan berita tular tentang seorang pelajar cemerlang tajaan Petronas yang terlantar sakit selepas dikatakan saluran darahnya ke bahagian otaknya telah pecah.

Memetik Berita Harian, lelaki dikenali sebagai Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, disahkan mengalami saluran darah pecah selepas pengsan pada 18 Disember lalu sebelum dibawa ke Hospital Cyberjaya dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sumber: Berita Harian

Imbasan pihak hospital mendapati bahawa saluran darah ke otak pelajar berkenaan telah pecah sehingga mengakibatkan bahagian kanan badannya bertukar lumpuh.

Pelajar itu sepatutnya dijadualkan menamatkan pengajian A-level di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur pada bulan Mac ini sebelum terbang ke ke United Kingdom (UK) pada Jun bagi menyambung pengajian.

Baca Artikel Berkaitan: Bacaan Tekanan Darah Jadi Tinggi Lepas Jumpa Doktor, Ini Penjelasan Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi Cara Periksa Tekanan Darah Dengan Betul


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd