Now Reading
Pengguna Kini Boleh Nilai Status Kesihatan Mental Guna Ciri MyMinda Di MySejahtera – KKM

Pengguna Kini Boleh Nilai Status Kesihatan Mental Guna Ciri MyMinda Di MySejahtera – KKM

Pengguna kini boleh mengakses soalan tersedia pada bahagian ciri MyMinda untuk mengenal pasti status kesihatan mental dan tahap stres masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu kesihatan mental dalam negara dilihat semakin membimbangkan bukan sahaja dalam golongan dewasa malah dalam kalangan orang muda juga.

Namun, ada di kalangan mereka yang mempunyai simptom kesihatan mental memilih untuk tidak pergi ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan daripada pakar bagi menangani isu tersebut.

Hal ini berkemungkinan disebabkan pesakit tidak mahu dinilai oleh orang lain atau tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu keluarga terdekat tentang perkara tersebut.


KKM Perkenal Ciri MyMinda Dalam MySejahtera Untuk Periksa Status Kesihatan Mental

Semalam (22 Oktober), KKM telah memperkenalkan satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera iaitu MyMinda bagi membolehkan pengguna membuat penilaian kendiri tentang status kesihatan mental masing-masing.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pengguna kini boleh mengakses soalan tersedia pada bahagian ciri tersebut untuk mengenal pasti status kesihatan mental dan tahap stres.

Tambah beliau, pengenalan ciri baru MyMinda dalam MySejahtera itu adalah sebahagian daripada komitmen KKM dalam meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan mental melalui digitalisasi selari dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini.

“MyMinda sebagai satu komponen baharu dalam aplikasi MySejahtera terdiri daripada saringan minda sihat, sumber psikologi pendidikan dan akses kepada talian bantuan psikososial.

“Kita harap orang ramai dapat menilai status kesihatan mental masing-masing dengan menjawab soalan disediakan dalam MyMinda,” katanya ketika sidang media Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan.

Sumber: Pexels/Nur Hazwani TRP

KKM Kumpul Statistik & Buat Analisis Kesihatan Mental

Menerusi hasil dapatan info pengguna daripada MyMinda, KKM bakal mengumpul statistik dan membuat analisis terhadap kesihatan mental orang ramai.

“Sebenarnya dari situ kita boleh memperoleh statistik status kesihatan mental orang ramai dan keduanya, kita dapat melakukan analisis berdasarkan simptom,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata inisiatif untuk menangani isu kesihatan mental turut dilakukan menerusi intervensi awal melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

“Paling penting masalah berkaitan kesihatan mental, mereka ini diberikan intervensi awal yang mana ada tempat kepada mereka untuk mendapatkan sokongan bagi apa saja jenis masalah sedang mereka hadapi,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: ‘The Art of Healing’: Pengunjung Fahami Isu Kesihatan Mental & Sertai Terapi Melalui Seni

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Kesihatan Mental Adalah Isu Masyarakat Urban?

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd