Now Reading
Ini 9 Tanda Badan Anda Miliki Hormon Kortisol Yang Tinggi

Ini 9 Tanda Badan Anda Miliki Hormon Kortisol Yang Tinggi

Antara petanda seseorang memiliki hormon stres yang tinggi adalah kerap menyemak e-mel dalam telefon bimbit dan rasa bersalah jika mempunyai waktu terluang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang pasti akan mengalami masalah stres dalam kehidupan masing-masing, antara puncanya adalah seperti masalah kewangan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

Bahaya ya kalau kita terlampau stres kerana bimbang ia boleh memberikan kesan buruk kepada tahap kesihatan sehingga berisiko untuk membawa maut.

Tetapi mungkin disebabkan sudah terlalu biasa dengan persekitaran yang stres dialami setiap hari menyebabkan tubuh anda sudah sebati dengannya.


Tanda-tanda Badan Miliki Hormon Stres Berlebihan

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@chunyanofficial), lelaki ini telah berkongsi beberapa petanda jika tubuh badan seseorang memiliki hormon kortisol yang tinggi.

Kortisol merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal untuk meningkatkan fungsi respon tubuh terhadap suatu situasi tertentu. Sebagai contoh, semakin tinggi tahap stres, semakin tinggi hormon kortisol akan dikeluarkan.

Kalau nak tahu sama ada hormon kortisol tinggi anda tinggi atau tidak, berikut adalah beberapa petanda.

Antaranya:

#1. Gemar Menggunakan Media Sosial Ketika Sedang Bekerja
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Kalau anda perasan, perkara ini sering berlaku hampir dalam semua kalangan pekerja termasuklah penulis sendiri.

Bahaya ya kalau terleka tengok media sosial sehingga boleh menyebabkan kerja-kerja yang menimbun tidak dapat disiapkan mengikut waktunya.

#2. Kerap Guna Telefon Untuk Semak Mesej Dan E-mel
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Selain menggunakan telefon bimbit untuk menggunakan media sosial, mereka yang mempunyai tinggi hormon kortisol ini akan kerap menyemak mesej dan e-mel melibatkan kerja dalam telefon mereka.

Mungkin golongan seperti ini bimbang jika mereka ada terlepas pandang pada mana-mana emel kerja yang tidak dibalas.

#3. Rasa Resah Bila Ada Masa Terluang
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Golongan seperti ini akan rasa bersalah dan tidak senang duduk apabila mereka mempunyai masa terluang serta tidak mempunyai apa-apa perancangan pada hari berkenaan.

Jadi sebab itulah anda akan perasan sesetengah individu yang tiba-tiba rajin mengemas barangan yang sudah berhabuk atau membersihkan laman rumah.

Selagi boleh buat kerja, memang mereka tidak akan ‘duduk diam’.

#4. Rasa Bersalah Kalau Tidak Jadi Produktif
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Akan ada hari di mana badan kita berasa penat dan mahu berehat dengan cara tidur dalam tempoh lama dan baring bermain telefon selama berjam-jam.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai hormon stres yang tinggi, aktiviti ini akan menimbulkan rasa bersalah kerana tidak menjadi produktif seperti hari-hari lain.

Sekali-sekala kita bermalasan apa salahnya kan?

#5. Rasa Penat Pada Waktu Siang
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Oleh kerana terlalu produktif, golongan ini juga berkemungkinan untuk berasa penat dan lesu pada siang hari kerana terlalu memaksa badan untuk terus bekerja tanpa henti.

Keadaan ini boleh menyebabkan mental semakin stres dan juga kurang bermaya untuk meneruskan aktiviti yang lain. Badan pun perlu rehat juga untuk menjamin kesihatan mental.

#6. Sentiasa Membandingkan Diri Dengan Orang Lain
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Pengaruh media sosial juga boleh menyebabkan seseorang akan membandingkan kehidupannya dengan orang lain.

Perkara ini dianggap sebagai satu cara yang agak toksik kerana ia akan menyebabkan seseorang berasa bahawa diri mereka mempunyai pelbagai kekurangan selepas melihat kehidupan individu lain yang lebih aktif dan produktif.

#7. Rasa Terkejar-kejar Dengan Kerja
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Kalau bab kerja pula, mereka yang tinggi hormon kortisol akan sentiasa rasa terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan di pejabat.

Walaupun tarikh untuk menghantarnya masih panjang, tetapi golongan ini akan berusaha sedapa upaya untuk menyelesaikan segala kerja dengan cepat.

#8. Sering Bermain Telefon Pada Waktu Malam
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Selain itu, mereka juga akan gemar untuk bermain telefon pada waktu malam dan sukar untuk ‘disconnect’ dengan teknologi berkenaan.

Perkara ini mungkin terjadi kerana waktu siang yang penuh dengan tugasan kerja, jadi mereka mengambil peluang untuk bermain telefon sepuas-puasnya pada malam hari.

#9. Tidak Sempat Untuk Mengutamakan Penjagaan Diri Sendiri
Sumber: TikTok @chunyanofficial/ Pexels

Mereka yang terlalu terikat dengan kerja akan sering melengah-lengahkan masa untuk mengutamakan penjagaan diri sendiri termasuklah makan, minum, tidur secukupnya, bersenam dan sebagainya.

Mungkin pada awalnya mereka akan berkata, “Lagi lima minit lah,”. Lama-kelamaan, penjagaan diri sendiri terabai dan bimbang jika ia boleh menganggu kesihatan tubuh badan.


Keadaan Stres Berlebihan Boleh Ubah Struktur Otak Secara Fizikal

Sebagai info, keadaan stres yang terlampau kronik dialami oleh seseorang boleh menyebabkan struktur otak berubah disebabkan oleh ketidakseimbangan Gray Matter dan White Matter.

Secara umumnya, otak kita mempunyai tiga kandungan yang penting bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik iaitu:

Apa perbezaan Gray Matter dan White Matter ini?

Sumber: Twitter @raydotmy

Gray Matter diperlukan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan manakala White Matter pula berfungsi untuk membenarkan komunikasi antara bahagian-bahagian dalam otak.

White Matter ini mempunyai sel berwarna putih disebut sebagai Myelin Sheath yang berfungsi untuk melajukan komunikasi dalam otak.

Tetapi sekiranya seseorang itu terlampau stres, penghasilan Myelin akan berlebihan.

Mungkin anda akan terfikir lebih banyak myelin, maka lebih laju komunikasi boleh berlaku dalam otak. Sebenarnya tidak.

Kandungan White Matter perlu seiring dengan Gray Matter kerana untuk memastikan badan kita kekal sihat mental dan fizikal, semuanya memerlukan keseimbangan.


Cara Untuk Kurangkan Hormon Kostisol Dalam Badan


Sumber gambar: Rukita/Diva

Kepada anda yang memiliki tanda-tanda di atas, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan hormon kortisol dalam badan. Antaranya:

  • Mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
  • Mengambil pemakanan yang sihat dengan cukup segala nutrien yang diperlukan untuk tubuh badan.
  • Mengamalkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
  • Mengenal pasti punca stres.
  • Belajar untuk menenangkan diri dengan bermain dengan haiwan peliharaan, mendengar lagu dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Stres Yang Kronik Boleh Jadi Punca Struktur Otak Berubah Secara Fizikal

Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah 4 Punca Pembuluh Darah Boleh Pecah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd