Stres Yang Kronik Boleh Jadi Punca Struktur Otak Berubah Secara Fizikal
Ketidakseimbangan Gray Matter dan White Matter berpotensi untuk kekal lama dan boleh mengakibatkan struktur otak berubah jika stres berlebihan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selain penjagaan organ dalaman badan, kesihatan mental juga perlu diberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan kehidupan kita lebih positif.
Salah satu perkara yang mempengaruhi kesihatan mental kita adalah cara mengawal stres dalam kehidupan seharian.
Stres yang berlebihan boleh mempengaruhi tahap produktiviti seseorang dan menjadikan kehidupan anda tidak berjalan lancar.
Stres Berlebihan Boleh Mengakibatkan Struktur Fizikal Otak Berubah
Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@raydotmy), dia memberikan penjelasan tentang bagaimana stres boleh merosakkan struktur otak secara fizikal.
Secara umumnya, otak kita mempunyai tiga kandungan yang penting bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik iaitu:
Apa perbezaan Gray Matter dan White Matter ini?
Gray Matter diperlukan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan manakala White Matter pula berfungsi untuk membenarkan komunikasi antara bahagian-bahagian dalam otak.
White Matter ini mempunyai sel berwarna putih disebut sebagai Myelin Sheath yang berfungsi untuk melajukan komunikasi dalam otak.
Tetapi sekiranya seseorang itu terlampau stres, penghasilan Myelin akan berlebihan.
Mungkin anda akan terfikir lebih banyak myelin, maka lebih laju komunikasi boleh berlaku dalam otak. Sebenarnya tidak.
Kandungan White Matter perlu seiring dengan Gray Matter kerana untuk memastikan badan kita kekal sihat mental dan fizikal, semuanya memerlukan keseimbangan.
Kesan Ketidakseimbangan Ini Boleh Menjadi Faktor Kepada Penyakit Mental
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik, masalah Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) merupakan salah satu kesan apabila Gray Matter dihasilkan secara berlebihan.
Ketidakseimbangan ini juga berpotensi untuk kekal dalam tempoh yang agak lama dan boleh mengakibatkan struktur otak berubah.
Penghasilan White Matter yang terlampau banyak pula dikaitkan dengan potensi penyakit lain termasuklah masalah mental.
Dan salah satu kesannya juga adalah stres yang kronik.
Stres yang kronik ini adalah sangat bahaya kerana tempoh tertekan yang terlalu lama menyebabkan tiada apa-apa simptom yang dikeluarkan sehingga kita sudah terbiasa dengannya.
Apabila kita sudah terbiasa, ia akan membuatkan kita juga tidak berusaha untuk mencari ubat kepada masalah tersebut.
Kesannya, masalah itu akan semakin berpanjangan dan mengakibatkan struktur otak berubah dan lebih terdedah kepada penyakit mental yang lain.
Cara stress rosakkan otak (literally)
— Ray 🇲🇾 (@raydotmy) December 15, 2022
Stress ni ibarat nasik dalam hidup aku. Setiap hari ada, at least 2-3 kali sehari
Dan aku yakin — aku ada chronic stress
I gain nothing writing this.
But hopefully it'll be helpful to someone, somewhere reading this
A thread pic.twitter.com/bQPZPY56Fw
Aktiviti Untuk Menguatkan Kesihatan Mental
Terdapat beberapa jenis aktiviti yang boleh dilakukan bagi memperbaiki kesihatan mental seseorang agar kekal aktif walaupun sudah berusia.
Antaranya:
- Menari
- Mendengar lagu
- Menggunakan laluan jalan yang berbeza daripada kebiasaan
- Mempelajari bahasa baharu
- Bermain permainan kad
BACA JUGA: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.