Now Reading
Wanita Makan Banyak Gara-gara Stres Digelar ‘Emotional Eaters’. Ini Sebabnya

Wanita Makan Banyak Gara-gara Stres Digelar ‘Emotional Eaters’. Ini Sebabnya

Golongan ’emotional eaters’ dikatakan mengalami perubahan hormon akibat pelbagai fasa yang dilalui dalam kehidupan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai di kalangan orang ramai yang kini sedang berdepan dengan masalah berat badan. Kadangkala, anda sudah mencuba pelbagai cara untuk mengatasinya, namun masih tidak pasti apa punca sebenar terhadap berat badan yang melampau.

Adakah anda tahu stres merupakan antara punca kenaikan berat badan?


‘Emotional Eaters’ Dalam Kalangan Wanita

Baru-baru ini, Pensyarah Kanan Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil Dr Tengku Norbaya Tengku Azhar menjelaskan pola pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan wanita adalah disebabkan hormon.

Jelasnya, golongan wanita lebih cenderung mengalami stres berbanding lelaki. Hal ini disebabkan oleh tugasan harian di rumah atau tempat kerja yang banyak sehingga menyebabkan mereka jadikan makanan untuk menghilangkan tekanan.

Golongan tersebut dikenali dengan panggilan ‘emotional eaters’ di mana mereka akan mengambil makanan tidak seimbang dalam kuantiti yang banyak seperti snek, manisan tinggi kandungan lemak, gula serta garam.

Sumber: Pexels

Serat & Vitamin Penting Untuk Kekalkan Berat Badan Ideal

Tambah Dr Tengku Norbaya, golongan ’emotional eaters’ yang mengamalkan pemakanan tidak seimbang perlu mendapatkan vitamin dan serat daripada buah-buahan dan sayuran.

Pengambilan makanan sihat amatlah penting bagi mengekalkan berat badan ideal. Tabiat tidak mengambil pemakanan sihat juga dikatakan antara asbab golongan wanita sukar menurunkan berat badan.

Sumber: Pexels

Wanita Alami Banyak Fasa Dalam Kehidupan

Menurut pakar tersebut, golongan wanita juga mengalami pelbagai fasa dalam kehidupan mereka seperti mengandung dan melahirkan anak.

Ujarnya, pola pemakanan wanita dalam fasa berkenaan adalah tidak stabil dan selalu berubah mengikut fisiologi dan keperluan badan.

Sumber: Unsplash

“Sebagai contoh, pertambahan 500 kalori di dalam diet seharian ibu ketika mengandung serta menyusu penting untuk penghasilan susu yang berkualiti dan mencukupi selain memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan yang baik.

“Bagaimanapun, bukan semua wanita beradaptasi dengan baik dalam fasa ini. Sebahagian mereka mengalami obesiti dan berat badan berlebihan sehingga sukar menurunkannya semula ke berat badan yang ideal,” tegas Dr Tengku Norbaya.

Memetik Hello Doktor, satu kajian dijalankan oleh American Psychological Association (APA) mendapati wanita bujang dan wanita sudah berkahwin mempunyai kadar tekanan yang berbeza. Menurut kajian tersebut, wanita yang sudah berkahwin mengalami stres lebih tinggi.

Sumber: Unsplash

Golongan itu juga meletakkan markah tekanan mereka pada skala 7, 8, dan 9 daripada 10 berbanding wanita bujang iaitu skala 1 hingga 5.


Golongan Wanita Tak Dapat Rehat Yang Cukup

Seterusnya, faktor tidur dan rehat yang tidak mencukupi juga mendorong kepada masalah berat badan dilalui oleh golongan hawa.

Bagi wanita berkerjaya keluar seawal 6 pagi setiap hari dan kembali hanya ketika senja sudah pastinya tiada peluang untuk beriadah. Ini disokong oleh dapatan kajian dari Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia (NHMS) (2022), iaitu empat daripada lima orang dewasa tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang aktif seperti bersenam dan bersukan.

Dr Tengku Norbaya.

Perlu Kawal Berat Badan Demi Kesihatan

Pensyarah tersebut dalam masa yang sama berharap semua pihak lebih-lebih lagi golongan wanita untuk cakna tentang kepentingan mengawal berat terhadap kesihatan tubuh badan.

Kita makan berdasarkan diet seharian. Bukan mudah menjadi konsisten dan bermotivasi dalam usaha menurunkan berat badan, namun berbaloi diusahakan kerana berat badan ideal menjamin kesihatan yang baik.

Dr Tengku Norbaya.

Namun begitu, kami percaya ramai wanita di luar sana sedang berusaha bagi menjaga berat badan masing-masing. Buat mereka yang sedang bergelut dengan masalah berat badan, kami harap anda tidak berputus asa.


Betul Ke Wanita Lebih Senang Gemuk Berbanding Lelaki?

Sebelum ini, seorang doktor kesihatan menerusi hantaran di laman X (Twitter @DoktorSamhan) juga pernah berkongsi satu kajian dijalankan oleh University of New South Wales (UNSW) tentang sebab kaum hawa lebih mudah naik berat badan daripada golongan lelaki.

Perkara itu berlaku kerana wanita mempunyai Kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang lebih rendah berbanding lelaki.

Tambah doktor itu, wanita hanya membakar jumlah kalori yang sedikit untuk mengekalkan fungsi asas kehidupan mereka seperti proses pernafasan, penghadaman, dan penyingkiran bahan buangan.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Wanita Lagi Cepat ‘Naik Badan’ Dari Lelaki. Ini Sebabnya!


Makanan Untuk Turun Berat Badan

Kepada anda yang sedang menurunkan berat badan, pelbagai makanan boleh diambil walaupun sedang berdiet. Antaranya adalah seperti berikut:

Sumber: Pexels
  • Coklat gelap (dark chocolate).
  • Buah epal.
  • Yogurt.
  • Avokado.
  • Ikan salmon.
  • Pisang.
  • Madu.
  • Biji selasih.

Baca Artikel Berkaitan: Suka Makan Kacang? Doktor Dedah Kebaikannya Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd