Now Reading
Suka Makan Kacang? Doktor Dedah Kebaikannya Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Suka Makan Kacang? Doktor Dedah Kebaikannya Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Kekacang mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah dan membuatkan anda tidak cepat berasa lapar.

kacang boleh turunkan berat badan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut tentang diet, mesti seseorang itu mempunyai niat untuk lebih kurus dan bergaya dalam penampilan mereka.

Zaman sekarang ini kalau nak turunkan berat badan, semuanya di hujung jari kerana banyak tips yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial. Tinggal rajin atau tidak sahaja untuk melakukannya.

Perkara utama untuk menurunkan berat badan adalah dengan menjaga pemakanan dan juga gaya hidup seperti perlu kerap bersenam.

Senaman itu tidak semestinya yang berat-berat, buat yang senang seperti berjalan setempat pun sudah memadai.

kacang-boleh-turunkan-berat-badan-1
Sumber: Times of India

Manfaat Kekacang Dalam Membantu Menjaga Kesihatan Jantung Anda

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan), beliau menjelaskan tentang bagaimana kekacang boleh membantu seseorang untuk menjaga kesihatan jantung mereka.

Berdasarkan satu kajian yang dibuat dengan cara memantau tahap kesihatan 200,000 orang responden selama tiga dekad, hasilnya menunjukkan bahawa mereka yang makan kekacang mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung.

Antara jenis kekacang yang bagus untuk dimakan adalah seperti:

  • Walnut
  • Kacang tanah
  • Hazelnut
  • Macademia
  • Pecan
  • Gajus
  • Pistachio
  • Badam
kacang-boleh-turunkan-berat-badan-1
Sumber: Motherhood

Menurut Ketua Pengkaji Penyelidikan itu Dr Marta Guash-Free dari Universiti Harvard, memakan kacang walnut sebanyak sekali atau tiga kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%.

Ini kerana kekacang dikategorikan sebagai ‘superfood’ yang kaya dengan nutrien seperti serat, galian, protein dan antioksidan.

BACA JUGA: Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan? Jom Amalkan 8 Makanan Sunnah Ini

Kajian terbaharu yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology adalah yang terbesar dijalankan untuk meninjau perkaitan antara memakan kacang dan risiko penyakit jantung.


Kekacang Juga Boleh Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan

Kacang juga mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah dan boleh membuatkan seseorang tidak mudah berasa lapar.

Penggantian jenis snek yang tidak sihat kepada hidangan kekacang boleh mengelakkan peningkatan berat badan sebanyak 0.41 sehingga 0.7 kilogram dalam tempoh empat tahun berikutnya.

Selain itu, pengambilan separuh hidangan kacang setiap hari juga boleh mengurangkan risiko anda sebanyak 23% untuk mendapat penyakit obesiti.


Jenis-jenis Makanan Diet Untuk Menurunkan Berat Badan

Sebenarnya ada banyak jenis makanan sesuai dijadikan sebagai menu diet seseorang untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Walaupun jenis makanan itu memberi khasiat kepada tubuh badan, namun pengambilannya juga perlu dijaga ya.

Antara makanan yang sesuai untuk diambil bagi menurunkan berat badan adalah seperti:

  • Telur
  • Coklat gelap (Dark chocolate)
  • Buah epal
  • Yogurt
  • Avokado
  • Biji selasih
  • Madu
  • Kentang
  • Ikan salmon
  • Lemon
  • Teh hijau
  • Pisang
  • Oat

BACA JUGA: Dari 89KG Ke 57KG. Gadis Ini Kongsi Tips Turun Berat. Inspiring!

BACA JUGA: Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat. Berat Dari 89 KG Turun Kepada 57 KG!

BACA JUGA: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd