Dari 89KG Ke 57KG. Gadis Ini Kongsi Tips Turun Berat. Inspiring!
Nasihatnya, kalau tak larat tak apa. Boleh ambil hari berehat atau ‘cheat day’ untuk makan makanan kegemaran. Yang penting, konsisten kena ada waktu diet.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tips kurus di media sosial sangatlah banyak. Anda boleh pilih, dan cuba ikut perlahan-lahan. Yang pentingnya, kena pasang niat dan sentiasa konsisten.
Ye lah, nak kurus kenalah ‘berpantang’ sikit.
Walaupun ianya sukar, anda perlu ada keyakinan, semangat, serta motivasi yang secukupnya. Hasilnya nanti memang akan berbaloi.
Just, keep going okay?
Tips diet untuk yang liat.
Satu perkongsian di Twitter baru-baru ini berjaya meraih perhatian netizen di mana seorang gadis @aliaffauzi telah berkongsi melalui rangkaian tweets bagaimana cara untuk turun dari 89KG ke 57KG.
Tips ini juga disediakan khas buat mereka yang susah turun berat dan cepat berputus asa, seperti dirinya.
From 89 kg to 57 kg 🥺😭 Few more kgs to shed to reach my goal weight like finally!!
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
For those yang struggle mcm i, jenis susah nak turun or jenis cepat give up, this THREAD is for you!! Hope this helps 💫 pic.twitter.com/WZcD3a4qyr
Pertama sekali, tetapkan Goal Weight setiap minggu dan bulan.
Kiranya dalam seminggu, berapa KG anda nak hilang. Lebih elok jika anda boleh sediakan timetable untuk tengok progress diri sendiri.
First, set your GOAL WEIGHT weekly, monthly & ultimate goal weight 🔥 Dalam seminggu nak hilang berapa kg, sebulan berapa kg & your ultimate goal weight! Mcm i nak 55 kg for my ultimate goal weight. Berat i yg kiri tu 89 kg. So i nak seminggu hilang 2 kg & sebulan dlm 6-8 kgs.
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Second, i ada my own table utk tgk progress i 🙈 I tulis date, aim i & berapa actually i turun setiap hari. So that i takkan berada dalam keadaan selesa plus mudah utk i track jugak. I letak aim high sbb nak push myself sikit. Then i record calories berapa yg i burnt in a day 🔥 pic.twitter.com/Ju02xCStwZ
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Yang penting, permulaan nak diet ini jangan terus potong kesemuanya.
Contohnya, minuman manis, makanan segera, nasi dan sebagainya. Cuba untuk potong satu per satu mengikut tempo yang betul dan tak terlalu tergesa-gesa.
Rushing nak pi mana kan?
Lepastu baru i berani cut terus nasi. Then from here baru start buat atkin diet which kena makan 20 g carbs per day. Nasi semua i tak ambik, cuma i makan protein like telur, ayam, ikan mcm tu. Plus sayur wajibb even i tak suka sayur 🤣 Then…
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Then bila my atkin diet dah stabil (which low carbs), i buat calories deficit serentak. Means i buat low carbs & low calories. Awal2 i start mmg takde energy tapi lama2 buat ok je. Cuma dua2 diet ni tak boleh dlm masa yg lama sbb end of the day your body need carbs and calories.
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Menurutnya lagi, minuman penting yang sering diamalkan di waktu pagi dan malam adalah teh hijau dan teh detox.
Air kosong pun jangan lupa minum sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari.
Forth, pagi i minum green tea & malam detox tea. Both ni i rasa sgt berguna. If both ni takde, i blh rasa badan i mcm tak buat kerja sgt. Tapi mmg kita tau green tea can increase metabolism which bagus utk proses pembakaran. Cuma this one you cari tea apa yg sesuai dgn you ok? 😍
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Fifth, MINUM AIR KOSONG PLEASEE!! Ni paling penting yg ramai susah nak buat. Betul tak? 🤪 So i mmg everyday 3 litres wajib minum. Kalau takde motivation nak minum, guna botol cute @flonerch ni pls (sempat lagi promote 🤣) tapi mmg ramai ckp jadi lagi semangat minum sbb cantikk pic.twitter.com/FTk3WKccL8
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Exercise tu WAJIB, katanya.
Dia juga akan mengamalkan senaman di waktu malam sekurang-kurangnya 30 minit, dan perlahan-lahan dinaikkan kepada satu jam.
Jelasnya, lepas bersenam otaknya akan lebih mudah untuk berfungsi.
Sixth, wajib EXERCISE! Keluarkan peluhmu 😂 Awal2 i exercise 30 mins je tiap malam. Then up jadi 1 jam. Now, 1 jam pagi before kerja & 1 jam setengah malam before tido! I rasa lepas exercise otak i lagi berfungsi & paling penting i serba salah nak cheat sbb i dah penat exercise!
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Those yg tanya i exercise apa. Sbb i tak suka keluar jog 😂 So i buat indoor cycling, star jumping & skipping. Ikut mood i time tu. If bnyk kerja, i buat kerja sambil indoor cycling. Simple kan? Boleh beli indoor cycling kat shopee price RM 150 – RM 500 ikut bajet youu 😍
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Seterusnya, dia akan melihat kembali progress yang dicapai olehnya sehingga kini. Banyak perubahan ketara yang boleh dilihat, dan dia turut menyeru orang ramai untuk sentiasa percaya kepada proses.
Seventh, i akan tgk my progress. Ni salah satu gambar yg i selalu tgk balik kalau i rasa nak give up sbb gambar ni position i sama which pegang phone pandang bawah 😂 So i boleh nampak perubahan yg ketara from the same angel. Sooo, korang kena always trust the process ok? 😍 pic.twitter.com/G3Cd7OUucB
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Rehat beberapa bulan.
Menurut gadis ini, selepas 2-3 bulan diet, anda boleh ambil semula makanan berkarbohidrat dengan jumlah yang mencukupi. Ianya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada diri sendiri.
Contohnya pengsan, seperti apa yang pernah dihadapi olehnya.
Korang boleh try guna all the tips 😍 Cuma after 2-3 months diet kena ambik balik a proper amount of carbs. Kalau tak nanti jadi mcm i sbb buat regime diet, so i pernah rasa nak pitam then doc suruh i makan carbs inc nasi balik on off. So i rest utk bulan 6 & 7 then bulan 8…
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Then by the time bulan 8, berat i naik sikit sbb once makan nasi i mcm teringin makan mcm2 haha and plus coffee! Tapi i kuatkan diri balik and start exercise tapi makanan i add carbs which is roti gardenia colour purple. Siapa yg follow i tahu yg now i diet but with carbs sbb…
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Sbb atkin diet or calories deficit tak boleh buat lama2 bcoz ada satu tahap badan you akan lemah. So now i ambik carbs & sometimes i minum meal replacement waktu pagi nak bagi energy & increase metabolism. I suka diet i yg skrg sbb…
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Sbb i rasa pemakanan i lagi balance. Tapi sbb i rasa i nak reach my goal weight sbb tu i tak push myself dah. I amalkan balanced diet. Cuma nasi i try tolak dulu & ganti dgn carbs mcm roti & if i need extra energy, i go for meal replacement 😍 Or sometimes i makan jugak nasi hehe
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Itu sahaja tips berguna dari gadis ini.
Nasihatnya, kalau tak larat tak apa. Boleh ambil hari berehat atau ‘cheat day’ untuk makan makanan kegemaran.
Lepas itu boleh sambung semula.
Okayy that’s all from me! Goodluck semua yg still on diet journey or yg baru nak start or tgh struggle. Ingat, if tak larat its okay to rest or ada cheat day, makan apa yg you suka. Then sambung balik after few days 😍 Dont push yourself too hard ok? Yg penting consistent 💫
— Alia Flonerch 🌸 (@aliaffauzi) September 29, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.