Now Reading
Nak Kuatkan Paru-paru? Ini 5 Langkah Efektif Untuk Anda Praktik

Nak Kuatkan Paru-paru? Ini 5 Langkah Efektif Untuk Anda Praktik

Salah satu cara untuk meningkatkan kekuatan paru-paru anda adalah dengan bersenam dan mengamalkan teknik pernafasan yang optimum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat kini menjadi keutamaan setiap orang. Tetapi tidak ramai yang mempertimbangkan cara untuk mengekalkan kesihatan paru-paru.

Mungkin tak ramai yang terfikir tentang kanser paru-paru. Tetapi percayalah anda kena ambil perhatian juga tentang masalah kesihatan ini kerana organ tersebut menjadi ‘kunci’ jika anda ingin hidup lebih lama.

Boleh dikatakan hampir 99% masyarakat tidak tahu cara untuk meningkatkan kesihatan paru-paru mereka. Jadi, jom ikut lima teknik di bawah bagi meningkatkan kekuatan organ penting ini.

Antaranya:

1. Lakukan Kardio Jantung Dengan Maksimum

Senaman ini melibatkan sebarang pergerakan yang boleh membuatkan jantung anda berfungsi dengan maksimum.

Apa-apa sahaja pergerakan senaman yang boleh meningkatkan kadar jantung ke tahap maksimum sudah dianggap sebagai sesi kardio kadar jantung.

Tak kisahlah nak buat selama 30 saat atau 20 minit pun boleh. Dapat buat senaman ini sekali seminggu pun sudah memadai. Dapat buat lebih lagi bagus.

Sumber: Freepik/tawatchai07

2. Kardio Zon 2

Kardio Zon 2 adalah jenis senaman kardio yang memerlukan lebih sedikit usaha mengatasi kemampuan anda.

Dapat buat 150 hingga 180 minit untuk setiap minggu pun sudah memadai.

Sumber: Freepik/pressfoto

3. Pernafasan Dari Bahagian Diafragma

Cara pernafasan melalui diafragma boleh dilakukan dengan cara berikut:

  1. Tarik nafas dengan mendalam melalui hidung sehingga perut mengembang selama empat saat.
  2. Tahan nafas selama enam saat.
  3. Hembuskan nafas melalui hidung selama lapan saat.

Lakukan teknik pernafasan ini selama empat hingga 13 minit.

Sumber: Freepik/benzoix

4. Pernafasan Melalui Hidung

Teknik pernafasan melalui hidung cukup berkesan untuk membekalkan sumber oksigen kepada tubuh badan.

Malah, ia dapat menapis sebarang kekotoran sebelum dibawa masuk ke dalam badan anda.

Ketika anda membuat senaman kardio seperti yang dicadangkan di atas, cuba bernafas melalui hidung untuk meningkatkan kapasiti paru-paru.

Sumber:  Freepik/cookie_studio

5. Betulkan Postur Badan Anda

Percaya tak, paru-paru hanya akan mengambil ruang mengikut apa yang kita sediakan kepadanya.

Naikkan paras bahu, letakkan lidah di bahagian atas dan lakukan posisi mendada ketika sedang duduk atau berdiri bagi membolehkan paru-paru anda mengembang dengan sepenuhnya.

Sumber: Freepik

Di antara umur 30 hingga 50 tahun, kita telah kehilangan sehingga 15% daripada kapasiti paru-paru kita. Apabila menjelang umur 80 tahun pula, kita sudah kehilangan sehingga 30%.

Jadi untuk meningkatkan tahap penjagaan paru-paru anda, cuba lakukan lima teknik ini setiap hari. Selalu bersenam, hadkan tubuh badan anda daripada terdedah kepada pencemaran, sebarang jangkitan dan tarik nafas dalam-dalam.

Dengan sedikit usaha yang dilakukan bermula hari ini, sudah pasti ia dapat membantu paru-paru anda berfungsi dengan lebih baik sepanjang hayat.

BACA JUGA: Doktor Ini Kongsi Cara Periksa Tekanan Darah Dengan Betul


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd