Now Reading
Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan? Jom Amalkan 8 Makanan Sunnah Ini

Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan? Jom Amalkan 8 Makanan Sunnah Ini

Makanan sunnah ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat, malah memberikan kita tenaga sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ramadan kini tiba dan umat Islam di seluruh dunia sedang berpuasa selama sebulan – bangun sebelum subuh untuk bersahur bagi menikmati hidangan pertama mereka pada hari itu, yang mana ia juga merupakan hidangan terakhir sehingga matahari terbenam apabila mereka berbuka puasa.

Makan dengan betul semasa Bulan Ramadan adalah kunci untuk mengekalkan kecergasan dan tenaga untuk melakukan aktiviti harian kita semasa berpuasa.

Sekadar info tambahan, sunnah di sini bermaksud adat dan amalan tradisi Nabi Muhammad (SAW) yang menjadi contoh ikutan semua umat Islam. Sebahagian daripada makanan ini digemari oleh nabi dan itulah sebabnya ia adalah sunnah.

Kami berbual dengan tukang masak dan Pakar makanan Timur Tengah iaitu Rouba Shahin tentang beberapa bahan ‘superfood’ kegemarannya untuk dimasukkan ke dalam hidangan sahur dan berbuka puasa. Bukan sahaja snek super ini mengekalkan tahap tenaga anda secara keseluruhan, ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan! 

Antara ‘superfood’ yang anda boleh amalkan adalah seperti berikut:

1. Kurma

Kita mulakan senarai ‘superfood’ dengan makanan yang tidak asing lagi dan menjadi ikon pada musim puasa – kurma! Disebut di dalam Qur’an lebih daripada 20 kali, kurma sangat dikenali dan merupakan buah yang sedap untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Sementara pepatah “sebiji epal sehari menjauhkan anda daripada doktor” adalah pepatah yang terkenal di Barat, setara dengan pepatah Muslim ialah “tujuh biji kurma sehari menjauhkan anda daripada doktor”.

Nabi (SAW) menetapkan makan tujuh kurma pada waktu pagi sebagai perlindungan terhadap racun dan sihir – tetapi diketepikan faedah mistik, banyak kajian juga telah mengatakan kurma sebagai ‘superfood’!

Dengan kandungan gula semulajadi dan penuh dengan serat, tidak boleh dipersoalkan lagi mengapa kurma menjadi makanan ruji Ramadan.

Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti kalium (satu kurma mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang!), kalsium, magnesium, besi dan fluorin serta pelbagai vitamin dan mineral yang lain. Kurma bukan sahaja memiliki kelazatan yang tersendiri, tetapi anda juga boleh menikmatinya dalam salad, pencuci mulut atau smoothie – sedap!

2. Habbatus Sauda (Jintan Hitam)

Habbatus Sauda atau jintan hitam mempunyai banyak manfaat yang membantu menguatkan sistem imun badan dan digunakan sebagai ubatan semula jadi dalam menyembuhkan pelbagai penyakit.

Habbatus Sauda telah dikaji secara meluas dan disebut-sebut kerana sifat antioksidannya yang kuat, khususnya thymoquinone yang menghapuskan radikal bebas dalam badan anda yang boleh membawa kepada keadaan kesihatan yang tidak baik.

Dalam masakan, ia digunakan sebagai campuran rempah dan perasa untuk menaikkan aroma hidangan.

Jintan Hitam mempunyai bauan yang harum seperti harum bawang goreng yang sesuai di dalam sup, hidangan kentang berempah, hidangan ikan dan sayur-sayuran – pelbagai kemungkinan untuk semua hidangan!

3. Buah Tin

Ini juga merupakan salah satu buah yang terkenal di Timur Tengah! Buah tin boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan, dipanggang atau yang telah disejukkan, dan ia sangat enak dihidangkan bersama salad atau pencuci mulut.

Buah tin ini telah terkenal berabad lamanya, sama seperti kurma. Mereka juga disebut dalam Al-Quran kerana memberi manfaat dalam kesihatan memandangkan makanan tersebut kaya dengan sumber kalsium, zat besi, magnesium, vitamin B6 dan kalium.

Buah tin bukan sahaja rendah lemak, tetapi juga tinggi serat untuk membantu proses penghadaman. Pengambilan buah tin telah terbukti menyokong bakteria sihat dalam usus, membantu untuk mengurangkan sembelit dan kembung perut.

4. Buah Delima

Buah Delima juga dikenali oleh umat Islam sebagai buah Jannah (syurga) kerana disebut dalam Al-Quran sebanyak tiga kali serta dalam hadis kerana baik untuk sistem pencernaan dan kesihatan rohani.

Buah yang mempunyai rasa manis dan sedikit rasa masam menyegarkan ini kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan asid folik.

Butiran buahnya seperti bentuk permata ini dijadikan sebagai hiasan yang mencantikkan untuk beberapa hidangan Timur Tengah, seperti dips, salad dan hidangan utama. Selain itu, ia juga boleh dinikmati begitu sahaja atau dengan sedikit yogurt!

5. Anggur

Anggur merupakan salah satu buah – buahan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran sebanyak enam kali dan ia merupakan salah satu buah – buahan yang terdapat di dalam Syurga.

Ibn al-Qayyim dalam karya agungnya “The Prophetic Medicine” berkata anggur adalah makanan yang baik untuk mencegah penambahan berat badan, serta menjadi sumber khasiat yang sangat baik. Anggur kaya dengan vitamin C, kalium serta antioksidan iaitu 20 kali ganda kuasa antioksidan daripada vitamin E dan 50 kali ganda lebih besar daripada vitamin C!

Buah ini memiliki kehebatannya yang tersendiri, dan enak dinikmati bersama salad buah segar.

6. Madu Semulajadi

Siapa sangka dengan menjadi sihat kehidupan menjadi sangat indah? Satu lagi buah sunnah yang menakjubkan dan pilihan superfood ketujuh kami ialah madu!

Madu penuh dengan sifat anti-bakteria dan anti-radang yang membantu meneutralkan bakteria berbahaya.

Selain daripada meminum air madu dengan perahan limau, kami juga menggemari madu yang disiram atas buah tin panggang, disapu pada roti bakar, atau sebagai topping pada Yoghurt Yunani dan granola yang lazat!

7. Kiwi

Setakat ini setiap senarai makanan sunnah yang dinyatakan adalah makanan kesukaan di Timur Tengah, tetapi di sini kami menyampaikan superfood yang tidak mungkin dapat dinikmati oleh nenek moyang Timur Tengah kami.

Mudah ditemui di bahagian buah – buahan pasar raya anda, buah Kiwi kaya dengan sumber serat, vitamin C dan K, dan khasiatnya mengatasi pisang, epal, strawberi dan juga oren.

Kiwi juga dikatakan sebagai buah – buahan yang mampu memperbaiki tidur dan meningkatkan mood dengan lebih baik.

8. Minyak Zaitun

Ramai orang sering mengadu tentang kulit kusam dan jerawat pada bulan Ramadan kerana kekurangan air.

Walaupun minum air yang mencukupi semasa waktu bukan bulan puasa adalah penting, pengambilan buah zaitun dan minyak zaitun ke dalam diet anda juga akan berfungsi dengan baik.

Bukan sahaja kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin E, minyak zaitun juga mempunyai pelbagai kelebihan dan boleh disiram pada hampir semua makanan untuk kelihatan segar dan berkilauan pada hidangan anda untuk menjadikannya ia lebih menyelerakan! 


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd