Now Reading
Doktor Ini Perjelas Perbezaan Antara Cardiac Arrest & Heart Attack

Doktor Ini Perjelas Perbezaan Antara Cardiac Arrest & Heart Attack

Faktor yang menyebabkan jantung terhenti adalah kerana kegagalan sistem elektrik untuk mengepam darah manakala serangan jantung berlaku oleh sebab kolesterol yang menyumbatan salur darah pada jantung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahukah anda, penyakit jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia?

Statistik Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2023 menyatakan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyifatkan penyakit jantung iskemik merupakan kematian utama pada tahun 2022 dengan 20,322 kematian atau 16.1% daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan.

“Penyakit jantung iskemik adalah sebab kematian utama sejak lebih dua dekad lepas kecuali pada 2021 iaitu Covid-19 menjadi sebab kematian utama,” menurut DOSM.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan juga berkata, penyakit berkaitan jantung ini telah menjadi kematian utama dalam kalangan individu berusia 41 hingga 59 tahun iaitu sebanyak 20% dan 16.7% bagi mereka berumur 60 tahun ke atas.

Baca Artikel Berkaitan: 16% Kes Kematian Di Malaysia Kerana Sakit Jantung. So Please, Jaga Hati

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Rebah Di Restoran Dipercayai Akibat Serangan Jantung Ketika Bersarapan

Gambar sekadar hiasan.

Apa Beza ‘Cardiac Arrest’ Dan ‘Heart Attack’?

Baru-baru ini, doktor kesihatan Ahmad Samhan telah memuat naik bebenang di laman X (Twitter @DoktorSamhan) dengan berkongsi tentang perbezaan antara jantung terhenti (Cardiac Arrest) dan serangan jantung (Heart Attack).

Menurutnya, masyarakat sering keliru dan tertukar penggunaan dua terma masalah kesihatan ini.

Apa Itu Cardiac Arrest?

Cardiac Arrest merupakan masalah melibatkan sistem elektrik yang merangsang degupan jantung dan ia secara tiba-tiba berhenti mengepam darah walaupun jantung seseorang tidak mengalami salurah darah tersumbat.

Sebagai info, jantung kita mempunyai sistem elektrik dan nod sinus yang berada pada atrium kanan berfungsi sebagai perentak jantung semula jadi bagi mengawal denyutan serta mengepam darah secara teratur.

Tetapi apabila sistem elektrik jantung ini mengalami masalah, ia akan mengakibatkan denyutan tidak seragam atau dipanggil sebagai aritmia.

Keadaan aritmia ini berisiko menyebabkan jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan sekali gus mengakibatkan berlakunya Cardiac Arrest, satu keadaan yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk golongan ahli sukan.

Antara contoh masalah jantung yang berpunca dari aritmia adalah Ventricular Fibrillation (VF) atau Pulseless Ventricular Tachycardia (VT).

Keadaan ini sangat bahaya kerana darah akan berhenti mengalir ke bahagian otak serta organ lain sehingga boleh menyebabkan mangsa tidak mampu bernafas dan tidak menyedarkan diri secara tiba-tiba.

Gambar sekadar hiasan.
Tanda-tanda Cardiac Arrest

Kebanyakan mereka yang terkena Cardiac Arrest ini tidak mengalami tanda sakit kerana mereka akan secara tiba-tiba berhenti bernafas dan tidak menyedarkan diri.

Sekiranya perkara ini terjadi, mereka perlu diberikan rawatan CPR dengan segera sebelum dibawa ke hospital.

Sekiranya CPR lambat diberi, berkemungkinan akan menyebabkan kematian kerana jantung terhenti dan darah tidak dipam untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Punca Cardiac Arrest

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi masalah Cardiac Arrest. Antaranya kegagalan nod sinus untuk berfungsi dengan baik.

Punca lain adalah kerana penyakit Arteri Koronari yang telah mengakibatkan kematian hampir 80% kes.

Selebihnya adalah melibatkan masalah seperti obesiti, merokok dan fibrosis.


Apa Itu Heart Attack?

Serangan jantung atau heart attack pula berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah kepada jantung tersumbat dan menyebabkan sel-sel otot jantung tidak mendapat bekalan darah untuk dipam.

Situasi ini akan menyebabkan sel-sel otot jantung menjadi lemah.

Jika masalah ini tidak dirawat dengan segera sehingga mengakibatkan sebahagian besar sel-sel otot tidak menerima oksigen, organ berkenaan tidak lagi dapat berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Gambar sekadar hiasan.
Tanda-tanda Berlaku Serangan Jantung

Kebanyakan pesakit yang mengalami serangan jantung ini akan mengadu sakit di bahagian dada dan kesakitan itu bergerak ke bahu kiri atau leher.

Pesakit perlu direhatkan supaya jantung tidak terus berdegup kencang dan menaikkan tekanan darah pada saluran tersumbat.

Mereka juga perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan terapi trombolitik atau Percutaneous Coronany Intervention(PCI).

Punca Serangan Jantung

Serangan jantung secara umumnya berpunca daripada kolesterol yang terkumpul dan membeku dalam saluran darah pada jantung.


Tips Untuk Mengelakkan Risiko Penyakit Jantung

Mencegah lebih baik dari merawat.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk anda mula mengambil berat tentang kesihatan diri dengan melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup bagi membantu mencegah atau mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung yang dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’.

Antara tips yang boleh dilakukan adalah:

  • Perbanyakkan aktiviti fizikal.
  • Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
  • Berhenti merokok.
  • Kurangkan tahap stres dalam diri.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Selain daripada perubahan gaya hidup yang boleh membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, langkah pertama boleh dibuat untuk mula memantau kesihatan jantung adalah dengan menjalani peperiksaan saringan kesihatan yang merangkumi penilaian risiko jantung.

Semoga tahun 2024 ini menjadi tahun permulaan untuk anda lebih peka dan prihatin dalam menjaga kesihatan diri.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Kongsi Kisah Masalah Kesihatan, Ajak Orang Ramai Buat Medical Checkup


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd