Now Reading
Uyaina Arshad Kongsi Kisah Masalah Kesihatan, Ajak Orang Ramai Buat Medical Checkup

Uyaina Arshad Kongsi Kisah Masalah Kesihatan, Ajak Orang Ramai Buat Medical Checkup

Menurut pengacara itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala perlulah dilakukan khususnya buat mereka yang mencecah umur 30-an sebagai langkah berjaga-jaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesihatan tubuh badan merupakan satu nikmat yang tidak ternilai. Kalau kesihatan diri anda tidak dijaga dengan baik, terdapat risiko menghidap pelbagai penyakit berbahaya.

Seperti di Malaysia, antara penyakit utama yang sering dihidapi masyarakat adalah penyakit jantung, kanser, radang paru-paru dan banyak lagi.

Namun begitu, segelintir individu dilihat tidak begitu mengambil berat tentang kesihatan diri di mana mereka jarang melakukan pemeriksaan kesihatan. Tidak kisahlah di hospital swasta mahupun kerajaan.


Uyaina Arshad Nasihat Orang Ramai Buat Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon wanita tempatan Uyaina Arshad telah berkongsi kepada orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala khususnya buat mereka yang sudah mencecah umur 30-an.

Katanya, membuat pemeriksaan kesihatan sebanyak dua kali dalam masa setahun sudah pun memadai. Malah, dia turut menyarankan warganet untuk membeli alat bagi memeriksa kandungan gula dalam badan yang dikenali sebagai glukometer.

Menerusi bebenang yang dimuat naik di laman X (Twitter @UyainaArshad), pengacara itu telah berkongsi beberapa kisah yang dilaluinya sebelum ini apabila dia telah kehilangan ahli keluarga tercinta pada usia muda akibat penyakit kronik.

Menurut Uyaina, abang sulungnya telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 35 tahun ketika sedang berbasikal. Walaupun merupakan seorang doktor tentera yang aktif dan fit, namun Uyaina tidak sangka abangya telah meninggal dunia disebabkan komplikasi di bahagian jantung.

“Kalau dalam sejarah keluarga ada penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan lain-lain, lagi lah kena check selalu dan lebih jaga kesihatan,” ujarnya.

Malah, situasi hampir sama pernah berlaku pada ayahnya apabila telah meninggal dunia pada usia muda iaitu 35 tahun.


Masalah Kesihatan Dihidapi Uyaina Beri Kesan Ketika Sedang Hamil

Tambah Uyaina, dia juga telah disahkan menghidapi dua jenis masalah kesihatan iaitu Takikardia Supraventrikular (SVT) dan penyakit jantung kongenital yang jarang didengari iaitu Quadricuspid Aortic Valve.

Buat anda yang kurang tahu, SVT berlaku apabila jantung berdenyut terlalu cepat, menyebabkan organ itu tidak dapat diisi dengan darah sepenuhnya. Kebiasaannya, jantung akan berdenyut sekitar 60-100 bpm tetapi keadaan SVT menyebabkan jantung seseorang berdenyut 150-250 denyutan per minit.

“Kalau at rest, saya punya degupan jantung ni macam orang sedang lari. Sebab itu saya tak boleh dah naik roller coaster atau apa-apa yang involve speed,” katanya.

Manakala penyakit Quadricuspid Aortic Valve atau QAV pula adalah keadaan di mana injap antara ruang pam utama jantung (ventrikel kiri) dan arteri utama ke badan (aorta) tidak dapat berfungsi dengan betul.

Uyaina juga mendedahkan bahawa masalah kesihatan yang dialami telah membawa kepada komplikasi ketika sedang hamil sebelum ini.

Di akhir perkongsian itu, dia menegaskan agar orang ramai untuk ambil cakna tentang tubuh badan selain melakukan pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.


Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Uyaina Tentang Pemeriksaan Kesihatan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna laman X berterima kasih kepada Uyaina kerana memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Beberapa posting buat saya sedar tentang pekara yang telah diabaikan. Thank you Uyaina for the reminders,” kata seorang lelaki.

Influencer Ceddy dalam masa sama turut menasihati orang ramai agar mengambil perhatian tentang penjelasan Uyaina.

“I hope people really do take your advice to heart. Tolong jangan main-main dan berhenti cakap ‘kurus mesti sihat’. Tidak kisah berapa berat, anda masih boleh mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi,” katanya.

Sumber: X (Twitter @UyainaArshad)

Baca Artikel Berkaitan: Nak Buat Ujian Kesihatan? Ini 7 Lokasi Yang Anda Boleh Pergi

Baca Artikel Berkaitan: Air Kencing Berbuih? Mungkin Ini Tiga Petanda Masalah Kesihatan Pada Badan Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd