Now Reading
Air Kencing Berbuih? Mungkin Ini Tiga Petanda Masalah Kesihatan Pada Badan Anda

Air Kencing Berbuih? Mungkin Ini Tiga Petanda Masalah Kesihatan Pada Badan Anda

Antara petandanya mungkin badan anda dehidrasi, diabetes ataupun ada masalah buah pinggang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Air kencing merupakan hasil tapisan yang terjadi daripada buah pinggang.

Air kencing yang terhasil sebenarnya boleh memberi petanda kepada tahap kesihatan kita berdasarkan keadaan dan jenis warna cecair tersebut.

Antara penyakit yang boleh dikaitkan dengan air kencing adalah seperti penyakit batu karang, jangkitan saluran kencing, dan sebagainya.

Penting juga untuk kita semak keadaan urin yang keluar daripada tubuh badan kita. Pernah tak anda perasan seperti ada buih-buih terbentuk selepas membuang air?

Perubahan pada air kencing itu mungkin terjadi disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti berikut:

1. Dehidrasi

Kredit: Suara.com

Air kencing boleh kelihatan seperti berbuih apabila warnanya menjadi sangat gelap dan keruh.

Perkara ini mungkin memberi petunjuk bahawa badan anda kekurangan air. Bahaya tau kalau badan kurang air ni.

Jangan lupa amalkan minum air lapan gelas sehari untuk memastikan badan sentiasa hidrasi.

2. Penyakit buah pinggang

Kredit: Keluarga

Ginjal merupakan organ penting untuk menapis protein dalam darah.

Tetapi sekiranya seseorang itu mengalami masalah pada organ tersebut, protein tersebut berisiko untuk bocor dan terus ke saluran air kencing.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘Proteinuria‘ di mana terdapat protein di dalam air kencing.

Wujudnya protein di dalam cecair kumuhan itu boleh menyebabkan ketegangan permukaan air kencing sehingga terjadinya buih-buih.

Antara tanda awal Proteinuria adalah seperti berikut:

  • Kerap membuang air kecil
  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Kegatalan kulit

3. Diabetes

Kredit: Tododisca

Kencing berbuih juga boleh berpunca daripada penyakit kencing manis.

Individu mempunyai tahap gula yang tinggi di dalam badan kebiasaannya mengandungi lebih banyak molekul glukosa di dalam darah.

Saiz glukosa juga boleh tahan besar sama seperti protein.

Apabila terlalu banyak glukosa di dalam badan, buah pinggang agak sukar untuk menapis molekul tersebut dan mungkin akan membiarkannya keluar ke dalam air kencing.

Lebihan glukosa juga boleh menyebabkan air kencing berbuih.

Selain air kencing berbuih, penghidap diabetes juga boleh mengalami simptom seperti berikut:

  • Kerap ke tandas
  • Kerap rasa dahaga
  • Mulut kering
  • Kerap lapar
  • Keletihan
  • Kegatalan kulit

Sekiranya anda mengesan sebarang simptom pada tubuh badan, lebih baik segera berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan selanjutnya.

Risau kalau dibiarkan lama-lama nanti makin melarat pula. Bak kata orang tua, lebih baik mencegah daripada mengubati.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd