Now Reading
Nak Buat Ujian Kesihatan? Ini 7 Lokasi Yang Anda Boleh Pergi

Nak Buat Ujian Kesihatan? Ini 7 Lokasi Yang Anda Boleh Pergi

Pemeriksaan kesihatan ini penting sebagai langkah pencegahan awal sekiranya ada berpotensi untuk menghidap sebarang penyakit.

Nak Buat Ujian Kesihatan? Ini 7 Lokasi Yang Anda Boleh Pergi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kesihatan tubuh badan kita tiada nilainya. Kalau ia tidak dijaga dengan baik, pasti banyak penyakit akan mula menyerang tubuh badan kita.

Memetik laporan Utusan pada Oktober lalu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) melaporkan seramai 18.4 juta orang rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol.

Jumlah tersebut merupakan 69.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

Oleh kerana itu, rakyat Malaysia disarankan untuk kerap membuat pemeriksaan kesihatan, sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui tahap kesihatan terkini.

Risau sekiranya ada penyakit yang ‘hidup’ secara senyap di dalam badan kita tanpa diketahui.

masuk-wad
Sumber: emilinda

Antara Lokasi Yang Anda Boleh Pergi Untuk Melakukan Pemeriksaan Kesihatan

Kepada anda yang mempunyai azam tahun baharu untuk lebih menjaga tahap kesihatan tubuh badan mulai tahun ini, langkah pertama yang anda boleh buat selain menjaga pemakanan adalah dengan membuat pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan ini penting sebagai langkah pencegahan awal sekiranya ada berpotensi untuk menghidap sebarang penyakit. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@hsaytoc) telah membantu memudahkan orang ramai yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan dengan menyenaraikan beberapa lokasi yang anda boleh pergi.

Antaranya:

1. ANDORRA

ANDORRA-hospital
Sumber: ANDORRA

ANDORRA merupakan hospital swasta terletak di Seri Kembangan dan juga menjadi salah satu pilihan golongan wanita hamil untuk melahirkan anak mereka.

Untuk pengetahuan anda, ANDORRA juga menawarkan servis pemeriksaan kesihataan dengan dua jenis pakej RM279 serta RM429.

Bagi Pakej Basic Tulip berharga RM279, antara pemeriksaan yang dilakukan adalah seperti:

  • Tekanan darah
  • Pemeriksaan darah
  • Pemeriksaan payudara
  • Pemeriksaan penglihatan
  • X-ray dada
  • Pap Smear
  • Resting ECG
  • Indeks Berat Badan (BMI)
  • Ujian air kencing
  • Pemeriksaan hati
  • Pemeriksaan tahap glukosa dan kolesterol

Bagi Pakej Premium Rose berharga RM429 pula, pemeriksaan yang ditawarkan adalah hampir sama dengan Pakej Basic Tulip tetapi mempunyai tambahan yang lain seperti:

  • TSH (Penyakit Tiroid)
  • Penyakit berjangakit seperti HIV dan Hepatitis B
  • Pengesanan tumor

Lokasi: 19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari selama 24 jam.

2. Hospital Pakar KPJ Tawakkal

KPJ-Tawakkal
Sumber: KPJ Tawakkal

Hospital Pakar KPJ Tawakkal juga menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan mengikut pakej yang disediakan seperti:

Pakej General Executive Screening Basic

Antara pemeriksaan yang ditawarkan bagi pakej berharga RM295 ini adalah:

  • Blood Executive Profile (GP61M)
  • Full Blood Count
  • Pemeriksaan buah pinggang
  • Syphilis Screen (VDRL)
  • Diabetic Screen (FBS)
  • Hepatitis A lgG
  • X-ray dada
  • Ujian air kencing
  • Resting ECG
  • TSH (Penyakit Tiroid)
  • Pemeriksaan HIV

Pakej Pemeriksaan Bawah 40 Tahun

Pemeriksaan yang ditawarkan bagi pakej berharga RM700 ini hampir sama seperti pakej RM295 tetapi mempunyai tambahan yang lain seperti:

  • Rheumatoid Arthritis Screen
  • Hepatitis B Screen
  • Ultrasound Abdomen Pelvis
  • Pemeriksaan jantung

Lokasi: KPJ Tawakkal Specialist Hospital, No 1, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari selama 24 jam.

3. PATHLAB

pathlab
Sumber: PATHLAB

Sejak penubuhannya pada 1952 di Singapura dan 1974 di Malaysia, kumpulan syarikat PATHLAB telah menyediakan perkhidmatan perubatan kepada orang awam bagi membantu mengekalkan kesihatan mereka.

PATHLAB menyediakan pelbagai jenis pakej pemeriksaan kesihatan bermula dari RM130 sehingga RM250.

Antara pemeriksaan kesihatan yang akan dilakukan adalah seperti:

  • Haematology
  • Pemerikasaan buah pinggang
  • Pemeriksaan diabetes
  • Pemeriksaan hati
  • Pengesanan tumor
  • Penyakit berjangkit
  • Pemeriksaan Tiroid
  • Ujian air kencing
  • Rheumatoid Arthritis Screening
  • Lipid Profile

PATHLAB mempunyai banyak cawangan dan salah satunya adalah di Pudu.

Lokasi: 410, Jalan Pudu, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9:00AM – 5:00PM)

4. LifeCare

LIFECARE
Sumber: LifeCare

Pusat Diagnostik Medikal LifeCare ini turut menyediakan beberapa pakej pemeriksaan kesihatan bermula RM1,480 sehingga RM7,130.

Pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan kepada semua golongan daripada remaja sehingga warga emas adalah berbeza harganya mengikut faktor umur.

Antara pakej yang ditawarkan adalah:

  • Health Screening Gold Female Packages
  • Health Screening Diamond Male Packages
  • Health Screening Platinum Female Packages
  • Health Screening Platinum Plus Female Packages
  • Health Screening Super Platinum Plus Male Packages

Lokasi:  5, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (8:00AM – 5:00PM)

5. Megaklinik Zahran

Sumber: Megaklinik Zahran

Megaklinik Zahran juga mempunyai saringan kesihatan dengan harga yang berpatutan iaitu serendah RM109 sehingga RM288.

Saringan kesihatan yang ditawarkan meliputi pemeriksaan seperti:

  • Ujian glukosa
  • Pemeriksaan buah pinggan
  • Pemeriksaan hati
  • Ujian Asik Urik
  • Pemeriksaan kolesterol
  • Ujian Hemoglobin A1c

Megaklinik Zahran mempunyai banyak cawangan dan salah satunya adalah di Bandar Baru Bangi.

Lokasi: No. C-06-G, C-07-G, C-08-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari selama 24 jam.

6. Klinik Uzma Kelana Mall (KUKM)

Sumber: Klinik Uzma Kelana Mall

Bukan sahaja hospital, klinik juga menyediakan saringan kesihatan dengan harga yang berpatutan.

Di Klinik Uzma Kelana Mall (KUKM), mereka menawarkan pemeriksaan kesihatan serendah RM80 termasuklah dengan melakukan ujian darah Hemoglobin A1c.

Berdasarkan pengalaman pelanggan, mereka memberitahu masa untuk menunggu juga tidak lama.

Lokasi: Klinik Uzma, 31M-01 & 31N-01, Kelana Mall, Jalan SS 6/12, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari selama 23 jam. (Rehat pada jam 6:30AM sehingga 7:30AM).

7. Klinik Kesihatan Kerajaan

Sumber: wpkl

Untuk pengetahuan anda, di klinik kesihatan kerajaan juga boleh melakukan pemeriksaan kesihatan. Menurut sumber, individu yang berumur 40 tahun ke bawah perlu membayar sejumlah RM40.

Boleh walk-in di mana-mana cawangan klinik kesihatan. Tetapi kalau nak lebih mudah, boleh buat tempahan slot menerusi aplikasi MySejahtera di ruangan National Haealth Screening Initiative (NHSI).


Kalau boleh, berpuasa dahulu selama enam hingga sembilan jam sebelum anda membuat pemeriksaan.

Pastikan juga anda menghubungi pihak klinik atau pusat kesihatan terlebih dahulu untuk membuat tempahan slot untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Nasihat kami, jagalah kesihatan anda selagi anda masih bernyawa kerana kesihatan kita tiada nilai ganti.

BACA JUGA: Air Kencing Berbuih? Mungkin Ini Tiga Petanda Masalah Kesihatan Pada Badan Anda

BACA JUGA: Doktor Ini Kongsi Cara Periksa Tekanan Darah Dengan Betul

BACA JUGA: Doktor Ini Gesa Hentikan Trend Makan Menu Pedas Melampau. Bahaya Untuk Kesihatan!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd