Now Reading
Lelaki Rebah Di Restoran Dipercayai Akibat Serangan Jantung Ketika Bersarapan

Lelaki Rebah Di Restoran Dipercayai Akibat Serangan Jantung Ketika Bersarapan

Isteri mangsa mengesahkan suaminya menghidap penyakit jantung dan darah tinggi sejak lima tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang pagi semalam (19 Januari).

Lelaki berusia 54 tahun itu dikatakan baru sahaja menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 pada 12 Januari lalu dan tidak mengalami sebarang alahan melainkan hanya lenguh-lenguh pada lengan sahaja.

Namun, tular apabila ramai yang menyalah anggap bahawa kematian tersebut berlaku disebabkan oleh suntikan dos vaksin berkenaan.

Kredit: Utusan

Dakwaan tersebut dinafikan oleh isteri lelaki berkenaan dan mengesahkan bahawa suaminya menghidap penyakit jantung dan darah tinggi sejak lima tahun lalu.

Berikutan itu, dia meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu tentang kematian suaminya.

Saya minta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti. Suami saya bukan meninggal dunia kerana pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19.

Isteri, Rabunah Abdu Rashid.

Penjelasan dari pihak polis

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin.

Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd