Now Reading
Bad Indigo Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Bekas Isteri Terkejut Terima Berita

Bad Indigo Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Bekas Isteri Terkejut Terima Berita

“Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa padanya.” – Ashira Aziz

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Industri seni tanah air telah digemparkan dengan berita pemergian salah seorang ahli kumpulan Indigo iaitu Bad yang telah meninggal dunia, semalam (26 Oktober).

Bad atau nama penuhnya Badrul Izhan, 48, meninggal dunia lebih kurang jam 7 malam kerana serangan jantung ketika di tempat kerja di Ampang, Selangor.

Bekas isteri terkejut berita pemergian Bad Indigo

Berita pemergian bad itu turut membuatkan bekas isterinya yang juga penyanyi, Sharifah Nur Ashira Aziz terkejut serta tidak sangka.

Dia yang dikenali sebagai Ashira Aziz itu, memaklumkan telah menerima berita pemergian Bad daripada penyanyi Liza Hanim.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung semasa di tempat kerja.

“Arwah meninggal kena serangan jantung dekat tempat kerja. Difahamkan arwah masih ada di sana (tempat kerja) dan belum dibawa ke hospital,” ujarnya ketika menerima makluman tersebut, dipetik Kosmo.

Tahu Bad mempunyai masalah jantung ketika masih bersama

Jelas penyanyi itu, dia mengetahui Bad mempunyai masalah jantung kerana arwah ada memberitahunya ketika mereka masih menjadi pasangan suami isteri.

Malah bekas suami turut menunjukkan ubat-ubatan (untuk penyakit jantung) yang perlu diambil sekiranya mengalami serangan mengejut.

“Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa padanya.

“Tapi dia ada beritahu juga sudah lama tidak mempunyai apa-apa masalah pada jantungnya. Namun sudah ajalnya begitu,” ujar Ashira.

Dah lama tak berhubung & bawa haluan masing-masing lepas bercerai

Katanya lagi sejak berpisah pada Jun lalu mereka telah membawa haluan sendiri selain memaklumkan sudah lama tak berhubung dengan bekas suami.

Namun Ashira sebelum ini turut gembira apabila menerusi perkongsian di media sosial kelihatan keadaan Bad semakin membaik serta cergas, tidak seperti seperti sebelum ini.

“Saya sudah lama tidak berhubung atau berjumpa dengan arwah sejak berpisah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tapi saya nampak perubahan arwah semakin sihat dan baik menerusi perkongsiannya dalam TikTok.

“Tapi tidak sangka pula, hari ini arwah telah pergi buat selama-lamanya,” beritahunya lagi.

Untuk makluman, Ashira dan Bad merupakan bekas peserta Gegar Vaganza pada musim ke tujuh dan mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021.

Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada Jun lepas.

Liza Hanim menerusi IG Story miliknya pada malam tadi turut memaklumkan pihak keluarga Bad akan membawa arwahh ke Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) Seksyen 14 Petaling Jaya untuk pengurusan jenazah.

“Insya-Allah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara 27 Oktober (hari ini) selepas solat jumaat.

“Mohon sesiapa yang membaca untuk sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham dan didoakan semoga urusan dipermudahkan,” tulisnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd