Now Reading
16% Kes Kematian Di Malaysia Kerana Sakit Jantung. So Please, Jaga Hati

16% Kes Kematian Di Malaysia Kerana Sakit Jantung. So Please, Jaga Hati

Penyakit jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hari ini, 28 September merupakan Hari Jantung Sedunia.

Jadi, kami ingin memberikan maklumat lebih lanjut tentang penyakit jantung yang direkodkan telah meragut sebanyak 16% nyawa rakyat Malaysia setakat 22 September 2021.

16% itu bukan sikit.

Tahukah anda, penyakit jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia?

Kredit: DietFit Malaysia

Untuk pengetahuan umum, serangan jatung akan berlaku apabila aliran darah ke otot jantung terganggu akibat penyempitan atau penyumbatan saluran darah.

Pengumpulan lemak (kolestrol) di dinding salur darah menyebabkan lama-kelamaan salur darah akan menjadi sempit dan tersumbat, lalu sel jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dan mati.

Faktor risiko:

  • Merokok.
  • Stres.
  • Obesiti.
  • Sejarah keluarga.
  • Kurang bersenam.
  • Diabetes (kencing manis).
  • Hiperlidemia (tinggi kolestrol).
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi).
  • Peningkatan usia (35 tahun dan ke atas).

Tanda-tanda berlakunya serangan jantung:

  • Berpeluh.
  • Keletihan.
  • Loya.
  • Sesak nafas.
  • Pening atau pitam.
  • Sakit di ulu hati.
  • Jantung berdebar-debar.
  • Sakit dada di bahagian kiri atau tengah yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu, dan belakang badan.

Oleh itu, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan serangan jantung ini daripada berlaku kepada diri sendiri.

Antaranya:

  • Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan gaya hidup yang aktif.
  • Urus stres dengan baik.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Dapatkan tidur yang cukup. Ini penting!
  • Ambil makanan yang baik untuk jantung.

Interesting facts.

Tahukah anda, jika anda berjalan 15 minit setiap hari juga boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat sakit jantung di kalangan warga emas?

Jadi, kalau ada waktu lapang anda boleh mula ajak ibu bapa keluar untuk ‘power walk’ di kawasan rumah.

Sekejap pun tak apa, asalkan dapat berjalan.

Antara fakta menarik lain pula; penggunaan pedometer atau aplikasi berjalan dan menetapkan sasaran harian juga boleh meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 3 kali ganda.

Yang ada smartwatch tu bolehlah guna sebaiknya dan tetapkan tanda aras untuk diri sendiri.

Kredit: Exercise

Untuk pengetahuan anda, setiap 5 unit peningkatan BMI mampu meningkatkan risiko kematian akibat sakit jantung. Manakala obesiti pula mampu meningkatkan risiko 2 kali ganda untuk mendapat tekanan darah tinggi.

Sekian, laporan kesihatan daripada kami. 😉

#WorldHeartDay2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd