Now Reading
Komen Negatif Undang Depresi, Pakar Nasihat Netizen Fikir Dahulu Sebelum Jadi ‘Hakim’ Di Media Sosial

Komen Negatif Undang Depresi, Pakar Nasihat Netizen Fikir Dahulu Sebelum Jadi ‘Hakim’ Di Media Sosial

Jelas Prof Madya Jessica Ong Hai Liaw, pandangan berunsur negatif yang dilontarkan oleh netizen kepada mana-mana pihak tentang sesuatu isu mampu memberi kesan terhadap emosi serta mengakibatkan kemurungan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan internet tidak lagi asing di kalangan masyarakat. Bukan sahaja golongan muda, malah orang dewasa juga dilihat semakin giat menggunakannya dalam rutin harian.

Buat sesetengah pihak, mereka menggunakannya bagi tujuan urusan kerja, namun sebahagian daripadanya menganggap media sosial adalah platform hiburan semata-mata.

Kadangkala, sikap segelintir warga siber dalam media sosial juga melampau apabila dilihat suka mengecam dan mengatakan perkara berunsur negatif kepada orang lain tanpa mempedulikan perasaan mereka.


Komen Unsur Negatif Mampu Menyebabkan Depresi

Masyarakat pada masa kini dinasihatkan untuk menjadi warganet yang lebih prihatin dan bertimbang rasa sebelum mengemukakan sebarang pandangan di media sosial.

Pakar Psikologi Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Jessica Ong Hai Liaw berkata, pandangan berunsur negatif yang dilontarkan oleh netizen kepada mana-mana pihak mampu memberi kesan terhadap emosi dan keperibadian seseorang dalam jangka masa panjang.

“Apabila adab dan etika yang ditulis di media sosial itu boleh memberikan pengaruh besar kepada emosi, ini menyebabkan kebencian merebak dalam diri mereka sebagai individu matang ataupun yang tidak dalam kalangan demografi netizen,” katanya, lapor Astro Awani.

Malah kebencian yang diterima dari orang ramai juga akan menyebabkan seseorang itu berisiko kemurungan (depresi).

Sumber: Pexels

Netizen Perlu Jaga Adab Dalam Berkomunikasi

Jelas Jessica, fenomena ‘mahkamah’ netizen yang wujud di platform media sosial bukanlah satu tiket buat golongan itu untuk menghukumi seseorang.

Sebaliknya, mereka harus periksa dahulu kenyataan atau isu dengan lebih mendalam berdasarkan maklumat diterima.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk menjaga adab dalam berkomunikasi menerusi alam maya. Hal ini bagi mengelakkan sikap mengherdik dan menghina menjadi satu bentuk norma serta budaya pada masa akan datang.


Fikir Dahulu Sebelum Jadi ‘Hakim’ Di Media Sosial

Jessica dalam masa sama menegaskan warganet supaya sentiasa berfikir sejenak sebelum mengambil sebarang keputusan untuk menjadi ‘hakim’ atau ‘peguam’ terhadap sesuatu isu.

“Kalau banyak-banyak akta mereka persoalkan, apa salahnya jika saya lontarkan pandangan saya. Kita boleh lontarkan pendapat cuma saya mohon netizen fikir semula dari segi niat yang baik sama ada kita ikhlas terhadap pandangan.

“Cuba bayangkan jika kita berada di tempat netizen itu sebelum kita ingin melontarkan apa-apa sahaja pandangan. Cuba kita fikir sejenak kalau kita berada di situasi seseorang itu, dalam keadaan yang sangat tertekan. Adakah perkataan tersebut memberi implikasi kepada netizen tersebut,” ujarnya.


Hukum Cari & Sebarkan Aib Seseorang

Sebelum ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga pernah membahaskan tentang situasi lebih kurang sama iaitu isu menyebarkan aib seseorang di media sosial.

Kata beliau, keinginan untuk berkongsi, mencari dan menyebarkan aib seseorang individu merupakan perbuatan ‘tajassus’.

Hukum amalan perbuatan tajassus adalah haram di sisi agama Islam seperti mana firman Allah SWT:

“وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا”

Maksudnya: Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain.

[Surah Al-Hujurat: 12]

Baca Artikel Berkaitan: Hentikan Amalan ‘Spill The Tea’, Dr Zulkifli Perjelas Hukum Sebarkan Aib Di Khalayak Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Puji, Kita Buka Aib Pula” – Ibu Ayah Perlu Henti Sikap Malukan Anak Di Hadapan Orang


Hubungi Pihak Ini Jika Mempunyai Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau kenalan terdekat mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami kongsikan beberapa pihak yang boleh dihubungi untuk membantu. Antaranya:

1. Malaysian Mental Health Association (MMHA)
2. Befriends
  • Nombor telefon (Kuala Lumpur): +60379568145
  • Nombor telefon (Ipoh): +6055477933
  • Nombor telefon (Pulau Pinang): +6042815161
  • E-mel: sam@befrienders.org.my
  • Website: https://www.befrienders.org.my/
3. All Women’s Action Society (AWAM)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Nekad Berhenti Belajar Kerana Depresi, Tindakan Lecturer Bagi Semangat Buat Ramai Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd