Now Reading
[Video] Pelajar Nekad Berhenti Belajar Kerana Depresi, Tindakan Lecturer Bagi Semangat Buat Ramai Sebak

[Video] Pelajar Nekad Berhenti Belajar Kerana Depresi, Tindakan Lecturer Bagi Semangat Buat Ramai Sebak

Berdasarkan video tersebut,kata-kata semangat yang diberikan pensyarah itu pada pelajarnya membuatkan ramai orang berasa terharu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kerjaya sebagai seorang pendidik pastinya banyak cabaran yang harus ditempuhi terutamanya berhadapan dengan pelbagai masalah dihadapi pelajar.

Namun begitu, memegang amanah sebagai seorang guru atau pensyarah haruslah sentiasa sabar dalam menghadapi segala dugaan itu.

Bagi pelajar pula, pastinya akan beruntung jika mempunyai guru atau pensyarah yang memberi didikan yang sempurna serta sentiasa memberi semangat buat anak didiknya.

Pelajar nekad berhenti belajar, pensyarah bagi semangat

Begitulah yang dilalui seorang pelajar ini, apabila dia yang nekad berhenti belajar namun diberi semangat oleh pensyarahnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, akaun @_muhdallafez berkongsi perbualan bersama pensyarahnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai.

Pelajar dapat markah ‘0’,gagal kursus

Pada awalnya, lelaki terbabit yang juga penuntut di salah sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) telah mendapat markah kosong kerana tidak menghantar tugasannya.

“Salam Hafiz. Markah Hafiz ‘0’ untuk tugasan final. Ikut rekod saya, Hafiz tak submit tugasan final. Betul kan? Kalau ikut total marks memang Hafiz fail kursus ni,” kata pensyarah tersebut.

Tak siapkan tugasan kerana masalah kesihatan

Difahamkan, pelajar itu tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya kerana mengalami masalah kesihatan pada waktu itu.

“Betul Dr., Saya ada masalah kesihatan masa itu sebab itu saya tak jawab exam. Terima Kasih inform saya,” jawab pelajar itu.

Pensyarah terbabit yang memahami masalah yang dihadapi oleh pelajarnya itu cuba untuk memberi sedikit lagi waktu buat lelaki itu menyelesaikan tugasannya.

Namun pelajar itu tetap menolak kerana dia sudah tidak lagi menaruh harapan untuk melanjutkan pelajarannya.

Pensyarah bagi kata semangat

Apa yang mengharukan, pensyarah terbabit memberikan kata-kata semangat buat pelajarnya itu serta bersedia memberi bantuan jika diperlukan.

“Saya percaya setiap manusia dikurniakan kelebihan masing-masing. Tengok daripada ‘carry mark’ hafiz pun dah okay. Hafiz rehat dulu ambil masa.

“Fikir dalam keadaan tenang, kalau kita buat keputusan dalam keadaan stress, mungkin ia bukan keputusan yang terbaik. Setiap masalah ada penyelesaian, dan setiap ujian yang Allah berikan kepada makhluknya adalah mengikut kemampuan,” tulis pensyarah itu lagi.

Sumber gambar: TikTok/_muhdallafez

Ramai terharu dan memuji tindakan pensyarah itu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pensyarah tersebut yang dilihat cukup prihatin terhadap pelajarnya.

Malah, ruangan komen juga dipenuhi dengan perasaan sebak orang ramai dengan tindakan pendidik itu.

Sumber gambar: TikTok/_muhdallafez
Sumber gambar: TikTok/_muhdallafez
Sumber gambar: TikTok/_muhdallafez

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd