Now Reading
“Orang Puji, Kita Buka Aib Pula” – Ibu Ayah Perlu Henti Sikap Malukan Anak Di Hadapan Orang

“Orang Puji, Kita Buka Aib Pula” – Ibu Ayah Perlu Henti Sikap Malukan Anak Di Hadapan Orang

Mungkin sesetengah ibu bapa anggap dengan cara membuka aib anak dapat mewujudkan rasa rendah diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila dah dua tahun tak dapat raya bersama, mesti ada yang lama tak berjumpa dengan ahli keluarga lain yang tinggal berjauhan.

Dulu masa kali terakhir jumpa, masih bujang. Sekarang tahu-tahu dah ada dua orang anak. Jadi, musim perayaan inilah baru dapat kenalkan cahaya mata dengan kenalan dan ahli keluarga yang lain.

Namun dalam sesi perkenalan itu, mungkin ada sesetengah individu yang kurang beri perhatian terhadap layanan mereka terhadap anak-anak terutamanya mereka yang baru bergelar ibu bapa.

BACA JUGA: [Video] Anak Hanis Zalikha Teruja Dapat Duit Raya RM1 Dipuji Netizen

Jangan buka aib anak depan orang lain

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter (aindzaya), dia telah berkongsi kisah yang boleh diambil pengajaran oleh semua ibu bapa di luar sana dalam menjaga perasaan anak-anak.

Kisahnya bermula apabila si suami memberi teguran secara spontan di dalam kereta tentang tindakan membuka aib anak di hadapan orang lain.

Bila diingat semula, ramai yang memuji sikap anaknya bernama Dahlia yang baru sahaja berusia 11 bulan tetapi sudah pandai menjaga tingkah laku seperti tidak merengek, mengutip segala benda kecil yang dijumpai dan sebagainya.

Namun secara tidak sengaja, wanita tersebut membalas pujian berkenaan dengan membuka aib anaknya yang dikatakan hanya bersikap baik di hadapan orang sahaja.

Sebagai ibu bapa, sikap membuka aib anak di hadapan orang pastinya ingin dielakkan supaya tidak dibiasakan sehingga mereka sudah dewasa. Ingat, anak-anak pun ada hati dan perasaan juga. Risau kalau mereka terasa.

Ibu bapa juga perlu jaga maruah anak

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan menjaga maruah mereka. Biarlah kelemahan mereka hanya kita sahaja yang tahu.

Mungkin sesetengah ibu bapa membuka aib anak ketika mereka mendapat pujian kerana tidak mengetahui cara yang tepat untuk memberi respon jika dilontarkan dengan kata-kata manis daripada orang ramai.

Tanpa disangka, sikap merendah diri dengan cara membuka aib anak itu telah mengguris hati dan perasaan cahaya mata kita.

Cara untuk beri respon bila anak dipuji orang ramai

Solusi kepada masalah ini adalah ibu bapa perlu mempelajari cara untuk memberi respon yang baik ketika anak-anak dilontarkan dengan pujian dari orang ramai.

Antaranya adalah seperti berikut:

  • Ucap terima kasih dan alhamdulillah.
  • Puji semula anak secara bersederhana dan peluk mereka.
  • Samakan sikap rajin anak dengan individu lain.
  • Senyum sahaja.
  • Tukar topik lain.
  • Diam kalau tak tahu nak beri respon apa.

Bila orang lain puji anak kita, sebagai ibu bapa patutnya gembira dan bersyukur kerana keberadaan anak kita memberi kegembiraan kepada orang lain. Anak pun cerminan ibu bapa, ya tak?

Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak dan membentuk keluarga yang bahagia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd