Now Reading
‘Ipoh White Coffee’ Duduki Tempat ke-10 Dalam Senarai 39 Kopi Terbaik Di Dunia Oleh TasteAtlas

‘Ipoh White Coffee’ Duduki Tempat ke-10 Dalam Senarai 39 Kopi Terbaik Di Dunia Oleh TasteAtlas

‘Ipoh White Coffee’ itu juga telah menandingi kedudukan minuman kopi Flat White dari Australia dan Espresso dari Itali.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya terkenal sebagai ‘syurga makanan’ bagi sesetengah pelancong luar negara.

Antara hidangan yang popular di negara kita adalah seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, dan sebagainya.

Selain hidangan berat, terdapat macam-macam jenis menu yang dijamah ketika minum petang seperti lepat pisang, seri muka, pisang goreng dan karipap.

Dapat pula minum dengan air Teh Tarik, Kopi O yang masih panas, memang cukup lengkap.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!


‘Ipoh White Coffee’ Antara 10 Kopi Terbaik Dunia

Menerusi laman web Taste Atlas, ‘Ipoh White Coffee’ telah disenaraikan sebagai salah satu kopi yang popular dalam kalangan masyarakat dunia.

Minuman tersebut telah menduduki tempat ke-10 dalam senarai ’39 Kopi Terbaik Di Dunia’ yang diterbitkan pada 15 Mac lalu.

Kopi yang mendapat tempat pertama dalam senarai berkenaan adalah Espresso Freddo dari Greece yang menggabungkan espresso dan ais sehingga kopi itu menjadi sedikit sejuk dan berkrim.

Campuran tersebut kemudiannya ditapis serta dituang ke atas ais dan dimaniskan secukup rasa.

Antara jenis-jenis kopi lain yang tersenarai dalam kedudukan 10 teratas adalah seperti berikut:

  1. Espresso Freddo (Greece)
  2. Café Cubano (Cuba)
  3. Indian Filter Coffee (India)
  4. Freddo Cappuccino (Greece)
  5. Café Bombon (Spain)
  6. Cappuccino (Italy)
  7. Turkish Coffee (Turkiye)
  8. Ristretto (Italy)
  9. Frappe Coffee (Greece)
  10. Ipoh White Coffee (Malaysia)

‘Ipoh White Coffee’ itu juga telah menandingi kedudukan minuman kopi Flat White dari Australia dan Espresso dari Itali.

Sumber: TasteAtlas

Kedudukan senarai jenis kopi itu dilakukan berdasarkan penilaian penonton TasteAtlas dengan menggunakan satu siri mekanisme yang mengiktiraf pengguna sebenar dan mengabaikan penilaian bot, nasionalis atau patriotik tempatan.

Senarai ’30 Kopi Terbaik di Dunia’ itu mencatatkan sejumlah 3,878 penilaian, tetapi hanya 2,559 sahaja yang diiktiraf oleh sistem sebagai sah.

TasteAtlas turut menyatakan tujuan senarai ini adalah untuk mempromosikan makanan tempatan yang berkualiti, menyemai sifat bangga terhadap hidangan tradisional dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang hidangan yang anda belum cuba.


Apa Itu ‘Ipoh White Coffee’?

Sumber: Asian Inspiration

Seperti namanya, ‘Ipoh White Coffee’ ini berasal dari Ipoh, Perak di Malaysia dan difahamkan ia dihasilkan dengan cara memanggang mengikut kaedah pendatang Hainan di Malaysia.

Biji kopi berkenaan dipanggang di dalam marjerin sebelum dikisar dan dibancuh untuk menghasilkan minuman kopi yang lebih lembut dan berkaramel.

Minuman ini biasanya akan diletakkan bersama susu pekat dan ditambah dengan buih ringan.

Walau bagaimanapun, minuman ini tidak sama seperti ‘white coffee’ yang lain, iaitu merujuk kepada mana-mana kopi yang dihidangkan dengan tambahan susu atau krimer.

Baca Artikel Berkaitan: Karipap Tersenarai Sebagai 5 Pastri Paling Sedap Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Hidangan Apam Balik Duduki Tangga Ke-35 Dalam Penkek Paling Sedap Di Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd