Now Reading
Karipap Tersenarai Sebagai 5 Pastri Paling Sedap Di Dunia

Karipap Tersenarai Sebagai 5 Pastri Paling Sedap Di Dunia

Senarai oleh TasteAtlas ini menunjukkan bahawa karipap lebih mendapat sambutan dalam masyarakat dunia berbanding hidangan Croissant dan Kunafa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis juadah yang sangat lazat seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, dan sebagainya.

Selain hidangan berat, terdapat macam-macam jenis menu yang dijamah ketika minum petang seperti lepat pisang, seri muka, pisang goreng dan karipap.

Bercakap tentang karipap, ada satu berita menggembirakan tentang kuih kegemaran rakyat Malaysia ini.


Karipap Tersenarai Sebagai 5 Hidangan Pastri Paling Sedap Di Dunia

Menerusi laman web TasteAtlas, kuih karipap telah disenaraikan sebagai antara hidangan pastri yang paling sedap di dunia.

Daripada seratus hidangan pastri yang tersenarai, kuih karipap menduduki tangga ke lima teratas ya!

Sumber: TasteAtlas

Tak sangka betul kuih yang kita selalu makan di Malaysia ini juga menjadi kegemaran seluruh masyarakat dunia.

TasteAtlas turut memaklumkan bahawa kuih karipap ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga sering dilihat di negara lain terutamanya Singapura dan Thailand.

Sumber: Resepi Che Nom/ MyMall

Hidangan kuih ini disifatkan sebagai menu yang popular ketika sarapan pagi atau snek tengah hari dengan inti yang pelbagai, seperti kentang, ayam, daging, ikan sardin dan sebagainya.

TasteAtlas juga telah menyenaraikan beberapa lokasi ikonik yang menjual kuih karipap, iaitu di:

  • Rolina Traditional Hainanese Curry Puff, Singapura.
  • HOMI Chicken Curry Puff, Petaling Jaya, Selangor.
  • Adam’s Famous Chicken Curry Puff, Georgetown, Pulau Pinang.
  • Kampong Kravers, Kuala Lumpur.
  • J2 Crispy Curry Puff, Singapura.

Senarai ini juga menunjukkan bahawa karipap lebih mendapat sambutan berbanding menu Croissant dari Perancis yang menduduki tangga kelapan dan pencuci mulut Kunafa dari Mesir yang berada pada kedudukan ke-10.

Sumber: Kuali/ Hanady Kitchen

Resepi Karipap Berinti Kentang Dan Ayam

Bila sebut tentang kuih karipap terutamanya pada waktu petang, tiba-tiba rasa macam nak makan karipap pula ya. Dapat pula air teh o panas, memang ‘ngam’.

Kepada anda yang mengidam karipap tapi malas nak keluar untuk membelinya, jom kami kongsikan resepi untuk membuat karipap inti kentang yang pernah dikongsikan oleh Che Nom.

Sumber: Resepi Che Nom
  • Bahan-bahan untuk kulit karipap:
    • 4 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 2 sudu besar marjerin
    • 1 cawan air sejuk
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 susu besar tepung beras
  • Bahan-bahan untuk inti:
    • 6-7 biji kentang
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 tangkai daun kari
    • 4 sudu besar serbuk kari
    • 1-2 sudu besar serbuk cili
    • 300 isi ayam
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • Sedikit air
    • 1 kiub pati ayam
    • 1-2 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa
    • Daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk masak inti karipap:
    1. Cincang halus bawang putih dan potong dadu bawang besar.
    2. Daun sup basuh bersih dan potong buang akar. Kemudian hiris halus daun sup.
    3. Kentang, kupas kulit dan basuh bersih. Kemudian potong dadu.
    4. Isi ayam, buang tulang dan cincang kasar.
    5. Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
    6. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai lembut dan layu.
    7. Masukkan bawang putih.
    8. Bila bawang dah naik bau, masukkan daun kari dan kacau sebati.
    9. Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan kacau sampai kering dan pecah minyak.
    10. Tambah 1-2 kali air dan ulang masak sampai kering balik.
    11. Masukkan isi ayam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
    12. Tambah kiub pati ayam dan kentang.
    13. Tambah sedikit air supaya kentang cepat empuk, serta garam dan gula. Kacau sebati dan masak sampai kentang empuk.
    14. Bila kentang dah masak empuk, tabur daun sup dan tutup api.
    15. Sejukkan inti sebelum buat karipap.
  2. Cara-cara untuk buat kulit karipap:
    1. Sukat dan masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk. Kacau sebati kesemua bahan.
    2. Cairkan majerin dan minyak masak.
    3. Tuang sedikit demi sedikit minyak dan majerin panas dalam tepung. Kacau sebati sampai dapat texture berderai macam serbuk roti (kacau dengan sudu sebab minyak masih panas).
    4. Tambah sedikit demi sedikit air sejuk dan uli sampai jadi doh.
    5. Rehatkan doh setengah jam.
    6. Apabila doh sudah kembang, keluarkan dan uli sikit doh.
    7. Kemudian bahagikan doh setiap satu.
    8. Bulat dan leperkan doh.
    9. Sudukan penuh inti dan letak di tengah doh.
    10. Tekan rapat bahagian tepi doh dan biarkan ada lebihan 1/2 cm untuk kelim.
    11. Kelim kemas karipap dengan cara menolak doh dengan ibu jari dan picit sehingga melekat.
    12. Panaskan minyak dan goreng karipap. Alih sekali sekala.
    13. Bila karipap dah perang, angkat dan toskan minyak.

Apabila sudah siap, boleh dihidangkan bersama minum panas. Selamat menjamu selera!

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Dumpling” – Tindakan Pelajar China Di Malaysia Tak Goreng Tapi Rebus Karipap Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd