Now Reading
Hidangan Apam Balik Duduki Tangga Ke-35 Dalam Penkek Paling Sedap Di Dunia

Hidangan Apam Balik Duduki Tangga Ke-35 Dalam Penkek Paling Sedap Di Dunia

Carta ini juga menunjukkan bahawa Apam Balik lebih mendapat sambutan berbanding menu penkek tradisional dari Kanada yang sering dimakan dengan sirap mapel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya syurga makanan yang bukan sahaja digemari oleh masyarakat tempatan, malah pelancong asing dari luar negara.

Cakap sahaja apa jenis juadah dari segi makan berat mahupun pencucui mulut, pelbagai jenis juadah yang ada di negara kita seperti Roti Canai, Karipap, Cucur Udang, Nasi Kandar dan sebagainya.


Taste Atlas Senaraikan Apam Balik Sebagai Penkek Ke-35 Paling Sedap Di Dunia

Menerusi laman web TasteAtlas, kuih Apam Balik telah disenaraikan sebagai antara hidangan penkek yang paling lazat di dunia.

Apam Balik menduduki tangga ke-35 daripada 50 jenis penkek yang wujud di seluruh dunia dengan nilai skor 4.2 daripada 5.

Bagi kategori hidangan penkek di seluruh dunia, TasteAtlas telah menobatkan menu ‘crepe’ dari Perancis sebagai tempat pertama diikuti oleh penkek dari Austria-Hungary iaitu Kaiserschmarrn di tempat kedua manakala Jianbing berada di tempat ketiga.

Sumber: TasteAtlas

Carta ini juga menunjukkan bahawa Apam Balik lebih mendapat sambutan berbanding menu penkek tradisional dari Kanada yang sering dimakan dengan sirap mapel.

Apam Balik bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga terkenal di negara jiran kita iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.

Menurut TasteAtlas, hidangan ini juga mula diperkenalkan di negeri Pulau Pinang oleh kaum Cina yang berhijrah dari wilayah Fujian, China.

Sumber: Resepi.com

Lokasi Yang Menjual Apam Balik Terbaik Di Malaysia

Bila bercakap tentang Apam Balik di kala waktu petang ini, memang agak terliur. Sedap juga kalau dapat makan Apam Balik bersama teh panas, kan?

Kalau tekak anda tiba-tiba rasa nak makan Apam Balik, bolehlah cuba membeli dari beberapa kedai yang disenaraikan oleh TasteAtlas sendiri.

Antaranya:

  • Apong Guan (Georgetown, Pulau Pinang).
  • Gerai Apam Balik Jalan Hang Lekir (Petaling Street, Kuala Lumpur).
  • Apam Balik Nusantara Jalan Hamzah (Kuala Lumpur).
  • Apom Chooi (Georgetown, Pulau Pinang).
  • Swee Kong Coffee Shop (Georgetown, Pulau Pinang).
Sumber: Keluarga

Sebelum ini, menu karipap juga telah disenaraikan oleh TasteAtlas sebagai pastri kelima paling sedap di dunia.

Lebih membanggakan lagi, karipap juga telah ‘kalah’ dengan menu Croissant dari Perancis yang menduduki tangga kelapan dan pencuci mulut Kunafa dari Mesir yang berada pada kedudukan ke-10.

Baca Artikel Berkaitan: Karipap Tersenarai Sebagai 5 Pastri Paling Sedap Di Dunia


Ini Asal Usul Sejarah Apam Balik

Apam Balik merupakan sejenis kuih apam yang berkulit tebal dan dibakar dengan lapisan mentega menggunakan kuali khas berbentuk bulat. Kemudian ia ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan dilipat dua.

Di Indonesia, ia dipanggil sebagai Terang Bulan atau Martabak Manis manakala di Brunei pula ia populara dengan nama Kuih Malaya.

Sumber: Resepi Che Nom

Kalau anda nak tahu, Apam Balik ini berasal dari negara China ya. Bukan Malaysia.

Ia diasaskan pada tahun 1855 ketika tentera Taiping Heavenly Kingdom telah menyerang wilayah Fujian dan Jenderal Tso dilantik untuk memimpin tentera untuk melawan pemberontak.

Jenderal Tso bercadang untuk beralih dari roti kosong yang dimakan bersama bawang merah dan sambal ke penkek gula tebu dan kacang tanah untuk memberi makanan kepada tentera tanpa mengganggu kehidupan penduduk tempatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd