Now Reading
“Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!

“Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!

Kesemua pelancong dari Korea Selatan itu tidak menyangka Roti Tisu yang dipesan di kedai mamak itu kelihatan menjulang tinggi seperti menara berbanding gambar di menu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali bila lapar tengah malam, memang dalam kepala terus terfikir kedai mamak kerana kebanyakan kedai makan ini akan beroperasi selama 24 jam.

Boleh dikatakan makan di kedai mamak adalah salah satu budaya di Malaysia yang jarang dilihat di negara-negara lain.

Sesetengah pelancong yang datang ke Malaysia mesti akan berasa agak pelik dengan budaya masyarakat kita ini dan ada juga yang tidak turut ketinggalan untuk cuba lepak di kedai mamak.

Belum cuba belum tahu kan?


Pelancong Korea Terkejut Tengok Ketinggian Roti Tisu Di Kedai Mamak

Baru-baru ini, sebuah saluran YouTube dari Korea Selatan telah menyiarkan satu travelog membabitkan beberapa rakyatnya yang melancong ke Malaysia.

Menerusi video tersebut, kelihatan kumpulan pelancong itu turut tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di sebuah kedai mamak.

Kelima-lima daripada mereka memesan hidangan yang sama iaitu Roti Tisu.

Seperti yang diketahui, sesetengah kedai mamak akan menghidangkan menu tersebut dengan cara yang agak unik iaitu dimasak dan dibentuk seperti menara yang tinggi.

Sumber: YouTube

Disebabkan pertama kali mahu mencuba makanan tersebut, kesemua pelancong berkenaan terkejut sebaik Roti ‘Menara’ dihidangkan kepada mereka.

Ternganga ya semua selepas tengok keadaan Roti Tisu tersebut kerana ia tidak sama seperti gambar di dalam menu yang dipaparkan berbentuk segi tiga.

Sumber: YouTube

Apa yang menghiburkan adalah apabila mereka terfikir bagaimana untuk menikmati hidangan berkenaan dan keadaan menjadi lebih kecoh ketika salah satu Roti Tisu hampir terjatuh dan berterabur.

Kalau korang tengok cara mereka makan Roti Tisu itu, memang kelakar betul!

Sumber: YouTube

Situasi mereka itu secara tidak langsung menarik perhatian pelanggan lain yang turut berada di kedai mamak berkenaan.

Kalau korang nak tengok video penuh rancangan ini, boleh tonton video di bawah.


Netizen Pun Tergelak Tengok Gelagat Pelancong Korea Makan Roti Tisu

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat pelancong-pelancong dari Korea Selatan itu yang pertama kali mahu mencuba Roti Tisu di kedai mamak.

Netizen juga tergelak apabila melihat setiap seorang daripada mereka memesan hidangan yang sama, jadi banyaklah ‘menara’ Roti Tisu di meja makan mereka.

“Gelak besar aku tengok diorang duk pegang Roti Tisu ramai-ramai,” kata netizen.

Namun ada pula sesetengah rakyat Malaysia yang mempersoalkan mengapa mereka tidak menerima saiz yang sama ketika memesan menu berkenaan di kedai mamak.

“Aku makan Roti Tisu pun tak adalah tinggi sampai macam tu sekali. Ini dah melebih dari rekod Menara Kuala Lumpur dia bagi,” ujar netizen.

Malah, netizen turut terhibur melihat cara segelintir daripada mereka menikmati hidangan berkenaan dengan cara menyuap antara satu sama lain.

Sumber: TikTok

Keunikan Yang Ada Di Kedai Mamak Di Malaysia

Pergilah mana-mana tempat sekali pun, kedai mamak tetap menjadi lokasi kegemaran rakyat Malaysia.

Bukan setakat tempat untuk menikmati hidangan, kedai mamak juga sering dijadikan lokasi untuk melepak bersama rakan-rakan dan menonton perlawanan sukan beramai-ramai.

Satu lagi perkara unik di kedai mamak adalah ‘ikat tepi’ dan ‘bungkus mangkuk’.

Sumber: Jom Explore

Jadi kalau korang ada kawan-kawan dari luar negara yang mahu melancong ke Malaysia, bolehlah cuba bawa mereka untuk merasai pengalaman lepak di kedai mamak. Best!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak 

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda LED Siap Ada Speaker

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda LED Siap Ada Speaker


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd