Now Reading
Pekerja Kedai Mamak Pakai Baju ‘Pick Up Line’ Buat Pelanggan Terhibur

Pekerja Kedai Mamak Pakai Baju ‘Pick Up Line’ Buat Pelanggan Terhibur

Antara ‘pick up line’ yang tertulis pada bahagian belakang baju pekerja kedai mamak itu adalah “You’ll always be my Best-Teh”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila lapar tengah malam, memang dalam kepala terus terfikir kedai mamak kerana kedai makan ini kebanyakan akan dibuka selama 24 jam. Dapat order roti canai dengan teh ‘o ais pun sudah cukup.

Boleh kata kedai mamak ini tempat makan popular yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan umur.

Kadangkala kita pun sudah kenal dengan pekerja di kedai mamak kerana selalu datang makan di sana.

Pekerja Kedai Mamak Pakai Baju ‘Pick Up Line’

Baru-baru ini, seorang pelanggan di sebuah kedai mamak iaitu Restoran Fatimah Ghous, Taman Nirwana berhampiran Ampang Jaya tertarik dengan kreativiti baju yang dipakai oleh pekerja mereka.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (@vernaeyyoo), gadis berkenaan menunjukkan bahagian belakang baju kesemua pekerja mamak tersebut yang tertulis ayat ‘pick up line’.

Antara ‘pick up line’ yang dijumpai adalah seperti:

  • You’ll always be my Best-Teh
  • Oh Telur…without you, I kosong
  • Never a Dhal moment at Fatimah

Tak pasal-pasal ada yang tersengih seorang diri pula sambil makan mi goreng mamak di situ.

https://www.tiktok.com/@vernaeyyoo/video/7153226544683568411?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai Terhibur Baca ‘Pick Up Line’ Baju Pekerja Kedai Mamak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat kreativiti cetakan ayat ‘pick up line’ di bahagian belakang baju pekerja kedai mamak tersebut.

Siap ada yang minta link untuk membeli t-shirt tersebut ya. Kelakar betul!

Sambil-sambil makan roti telur dengan kawan, bolehlah hilangkan tekanan baca ‘pick up line’ tertulis di baju pekerja kedai mamak.

Kedai mamak dan rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan, betul tak?

BACA JUGA: 17 Special Types Of Roti You Might Not Know At Your Malaysian Mamak Restaurant


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd