Now Reading
[Video] Pekerja Kedai Mamak Jagakan Anak Sementara Pelanggan Makan Raih Perhatian Netizen

[Video] Pekerja Kedai Mamak Jagakan Anak Sementara Pelanggan Makan Raih Perhatian Netizen

Pekerja kedai mamak itu dilihat membawa anak kecil berkenaan ke hulu ke hilir sambil membawa makanan pelanggan di sebelah tangannya.

[Video] Pekerja Kedai Mamak Jagakan Anak Pelanggan Raih Perhatian Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia dan kedai mamak memang tidak dapat dipisahkan meskipun mempunyai latar belakang kaum yang berbeza.

Kalau lapar tengah malam dan nak makan makanan yang jimat, kedai mamak adalah lokasi tumpuan ramai. Kadang kala tak nak makan apa pun, cuma nak lepak minum dengan kawan-kawan.

Sampai tahap kita pun sudah kenal dengan pekerja di kedai mamak kerana selalu datang makan di sana, betul tak?


Pekerja Kedai Makan Mamak Tolong Jagakan Anak Kecil Pelanggan

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@eijaaaazmi), kelihatan seorang pekerja kedai makan mamak sedang mendukung bayi perempuan dipercayai anak kepada salah seorang pelanggan mereka.

Lebih menghiburkan lagi, pekerja itu dilihat mendukung anak kecil berkenaan ke hulu ke hilir sambil membawa makanan pelanggan di sebelah tangannya.

Bukan itu sahaja, pekerja yang lain juga kelihatan mesra dan sempat menghiburkan anak kecil tersebut ketika sedang bekerja.

Difahamkan, situasi berkenaan berlaku di sebuah kedai makan mamak bernama Sayed Bistro di Adda Heights, Johor Bahru, Johor.

Sikap mesra pekerja kedai mamak itu dengan anak kecil berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga video itu meraih 302,800 jumlah tontonan.

https://www.tiktok.com/@eijaaaazmi/video/7202469799207652635

Ramai Netizen Anggap Pekerja Kedai Mamak Itu Rindu Pada Anak Mereka

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat pekerja mamak tersebut melayan karenah bayi perempuan sambil menjalankan tugasnya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial yang lain pula memuji sikap ramah pelanggan yang memberikan kebenaran kepada pekerja mamak untuk mendukung dan menjaga anaknya buat sementara waktu.

Malah, ramai juga netizen yang beranggapan mungkin pekerja kedai mamak itu juga mempunyai anak kecil di kampung halaman dan ingin mengubati rasa rindu kepada cahaya mata mereka.

Kalau anda perasan, kebanyakan pekerja di kedai mamak akan ramah dengan kanak-kanak, betul tak? Mungkin betul lah, mereka rindu dengan anak-anak mereka di kampung halaman yang sudah lama tidak berjumpa.

BACA JUGA: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak

BACA JUGA: Pekerja Kedai Mamak Pakai Baju ‘Pick Up Line’ Buat Pelanggan Terhibur

BACA JUGA: [Video] Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda LED Siap Ada Speaker


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd