Now Reading
[Video] Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda LED Siap Ada Speaker

[Video] Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda LED Siap Ada Speaker

Mereka berdua siap buat papan tanda dengan lampu LED berwarna-warni dan bertulis “Ane tengok sini” untuk menarik perhatian pelayan di kedai mamak itu.

Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda Siap Ada Speaker

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah tak bila anda dah sampai di kedai makan tapi terpaksa tunggu satu jam sehingga pelayan restoran datang ambil pesanan?

Dapat pula tempat duduk paling hujung sekali, memang penat juga asyik angkat tangan tapi tidak dilayan. Pada masa sama, perut dah berbunyi tanda lapar. Macam mana ni?

Sumber: Malay Mail

Buat papan tanda dan pasang speaker untuk tarik perhatian pekerja mamak

Baru-baru ini, seorang YouTuber berbangsa Cina dikenali sebagai Leeroy Wong turut berdepan situasi sama ketika ingin menjamu selera di sebuah kedai mamak di Restoran Sultan berhampiran Bukit Jalil.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di TikTok (Leeroy Wong), dia bersama rakannya dilihat sedang memegang papan tanda bertulis “Ane tengok sini” untuk memanggil pelayan restoran bagi membuat pesanan makanan.

Papan tanda itu memang cukup meriah siap ada lampu LED berwarna-warni dan ditampal juga dengan dua buah speaker kecil di kiri dan kanan.

Sumber: YouTube/ Leeroy Wong

Lebih menghiburkan, speaker tersebut mengeluarkan lagu parodi yang diambil daripada Bohemian Rhapsody nyanyian Jaster Fong dan diubah menjadi lagu parodi berjudul Mamak Rhapsody.

Lagu tersebut berbunyi seperti:

“Aku nak buat order tapi customer banyak you tak dengar.”

Bukan setakat itu sahaja, lelaki tersebut juga siap ajak pelanggan di meja sebelah untuk membuat pesanan menggunakan pembesar suara sepertinya.

Sumber: YouTube/ Leeroy Wong

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 536,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@royroy1228

Cara nak order anne di Malaysia, full version kat Leeroy Wong’s youtube channel, link in bio #viral #tiktokmalaysia

♬ original sound – Leeroy Wong – Leeroy Wong

Orang ramai terhibur tengok inisiatif kreatif mereka berdua

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat inisiatif yang dilakukan oleh dua orang lelaki itu untuk menarik perhatian mamak semata-mata ingin membuat pesanan makanan.

Siap ada yang nak pinjam lagi tu!

Tak pernah nampak orang buat macam ini. Lain macam effort mereka berdua. Kalau ‘ane’ tu tak nampak juga, tak tahulah nak cakap apa.

BACA JUGA: [Watch] ‘Flying’ Roti Canai Lands On Customer’s Face, Gets RM50 In Compensation


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd