Netizen Dedah Realiti Sebenar ‘Budaya Malaysia’. Kedai Mamak Salah Satunya!
Antara ‘budaya Malaysia’ yang dikongsikan oleh netizen menerusi ciapan di laman X (Twitter) adalah tentang kedai mamak dan penggunaan perkataan ‘Cuba try’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terdahulu, media sosial kecoh dengan satu video yang tular menunjukkan seorang pelajar Malaysia di luar negara yang memberi pendapatnya tentang budaya meminum arak yang dikatakan berlaku selepas selesai sesuatu acara.
Menurutnya, budaya tersebut bukanlah amalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: Twitter Goes Wild Over Malaysian Student In UK Expressing Views On Nightclub Afterparty
Perbincangan mengenai perkara tersebut telah mencetuskan perdebatan yang cukup hangat dalam kalangan pengguna media sosial sehinggakan ada yang netizen yang mengajukan soalan tentang budaya sebenar masyarakat Malaysia.
what is MALAYSIAN culture actually
— malaytwt (@hourlymalaytwt) November 25, 2023
Ciapan berkenaan mula tular dan mendapat pelbagai respon dari orang ramai tentang apa itu ‘budaya Malaysia’.
Antaranya:
#1. Menghormati Budaya Kaum Lain
Umum sedia maklum, rakyat Malaysia hidup dalam latar belakang masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu, India, Cina, Iban dan sebagainya.
Jadi setiap perayaan yang disambut termasuk Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali, ia boleh diraikan tanpa sebarang masalah di negara ini.
Respecting everyone.
— mel (@i22amil) November 26, 2023
#2. Kepelbagaian Makanan
Kalau bercakap bab makanan, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kepelbagaian jenis makanan dari diversiti kaum.
Dari Nasi Lemak, Roti Canai dan Nasi Ayam, makanan akan sentiasa menjadi faktor yang menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa.
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Makanan Untuk Raja”- Penduduk Kampung Di Pakistan Beri Reaksi Jamah Hidangan Dari Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Duduki Tempat Kedua ‘Best Street Food’ Di Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras
Nasi Lemak
— Ben FMK (@mkfoong) November 26, 2023
Char Kuey Tiaw
Roti Canai
Nasi Ayam
Rojak
Chendul
Teh Tarik
I know it’s ala food but, what is culture without its food?
3. Penggunaan Perkataan ‘Weh’
Percaya tak, hanya rakyat Malaysia je yang ada bakat dalam mempelbagaikan satu perkataan dengan mengubah intonasi ketika pengunaannya.
Antara contoh perkataan itu adalah ‘Weh’, ‘Bro’ dan ‘Cha’.
Perkataan-perkataan ini kebiasaannya digunakan untuk menegur antara satu sama lain, menunjukkan rasa teruja dan terkejut atau meluahkan rasa marah.
Only malaysian use "weh" when talking that could lead to different meanings if you say it differently.
— ash (@YuraAsy) November 26, 2023
#4.Penggunaan Perkataan ‘Cuba try’
Ayat ‘cuba try’ adalah frasa yang paling banyak digunakan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kalau korang perasan, kedua-dua perkataan iaitu ‘cuba’ dalam bahasa Melayu dan ‘try’ dalam bahasa Inggeris membawa maksud yang sama.
Walaupun maksud yang sama, tapi rasa pelik pula kalau guna salah satu perkataan tanpa menggabungkannya.
Cuba try cakap.
Saying “cuba try” padahal maksud dua sama 😭 https://t.co/3BXCQz7SxP
— Nur Afifah (@nurafifah_93) November 26, 2023
#5. ‘Timing’ Rakyat Malaysia
Bila bercakap bab ‘timing’ dengan rakyat Malaysia, tak boleh percaya sangat kerana tidak dinafikan wujud sesetengah individu yang akan tiba lewat daripada masa yang dijanjikan.
Kalau kawan korang cakap dia tengah ‘on the way’, jangan terkejut kalau dia sebenarnya baru bangun tidur.
Kadang kala ada sesetengah pihak yang sengaja mencadangkan masa untuk berjumpa lebih awal kerana boleh menjangkakan ketibaan lewat individu tersebut.
otw tapi sebenarnya tgh bersiap
— nad murah rezeki amin (@naddy_dyo) November 25, 2023
#6. Kedai Mamak
Pergilah mana-mana tempat sekali pun, kedai mamak tetap menjadi lokasi kegemaran rakyat Malaysia.
Cakap je nak jumpa waktu sarapan, makan tengah hari, makan malam atau ‘supper’, kedai mamak sentiasa menjadi tempat pilihan masyarakat.
Bukan setakat tempat untuk menikmati hidangan, kedai mamak juga sering dijadikan lokasi untuk melepak bersama rakan-rakan dan menonton perlawanan sukan beramai-ramai.
Kalau tak berkesempatan untuk pergi ke stadium, datang kedai mamak pun sudah boleh merasai suasana meriah.
Satu lagi perkara unik di kedai mamak adalah ‘ikat tepi’ dan ‘bungkus mangkuk’.
Punyalah selalu pergi ke kedai mamak sehinggakan beberapa pekerja mereka juga sudah mengenali pelanggan setia dan meraikan hari jadi bersama-sama.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda LED Siap Ada Speaker
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Susah Nak Order Di Mamak, Lelaki Ini Sanggup Buat Papan Tanda LED Siap Ada Speaker
Lepak mamak tapi BUNGKUS MANGKUK is truly a Malaysian signature 😆
— 🇲🇾🇵🇸Suraya Othman/ثورايا عثمان (@SurayaOMJ) November 27, 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.