Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras
Untuk anda yang berada di Jepun dan tiba-tiba mengidam nasi kandar, kedai ini terletak berhampiran Otemachi dan Chiyoda di bandar Tokyo.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Nampaknya fanatik nasi kandar Pulau Pinang popular di Malaysia telah sampai ke jalan yang agak sibuk di Tokyo, Jepun.
“Zero Two Nasi Kandar Tokyo” baru-baru ini dibuka pada bulan Januari lalu dan dikreditkan oleh laman web makanan Jepun, Japanese Heart sebagai kedai istimewa pertama yang menyajikan masakan asli Malaysia-India, iaitu nasi kandar di negara ini.
Hidangan utama restoran tersebut adalah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan dengan sekurang-kurangnya enam jenis pilihan kari berbeza dan lauk kegemaran seperti telur rebus, ayam goreng, udang goreng, sotong, potongan kambing, bendi dan banyak lagi.
Hidangan ini juga disajikan di atas daun pisang asli serta pinggan plastik klasik berwarna terang yang boleh dilihat di mana-mana gerai tepi jalan di Malaysia.

BACA JUGA: Did You Know That Nasi Kandar Literally Meant Rice Carried On A Pole?
Kesemua barangan di kedai tersebut dikatakan halal dan mereka juga mempunyai pilihan menu vegetarian. Sayur-sayuran yang digunakan dalam hidangan milik Zero Two adalah segar dan diperoleh secara organik daripada petani di Jepun.
Walaupun tiada banyak butiran mengenai kedai ini, tetapi kami difahamkan restoran itu dikendalikan oleh seorang lelaki bernama Tateda yang tertarik dengan keenakan nasi kandar semasa melancong ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Selain dilengkapi perhiasan dan mural Malaysia di dinding, kesemua kakitangan warganegara Jepun juga kelihatan sangat mesra dan teruja dengan kerja yang lakukan.

Berdasarkan laman sosial restoran tersebut, kedai itu dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan. Boleh tahan ramai juga yang beratur untuk makan hidangan tersebut sepanjang hari.
Restoran nasi kandar ini juga selalu kehabisan hidangan yang dijual sebelum mereka menutup perniagaan pada hari tersebut.
Untuk anda yang berada di Jepun dan tiba-tiba mengidam nasi kandar, kedai ini terletak berhampiran Otemachi dan Chiyoda di bandar Tokyo.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.