Now Reading
Roti Canai Duduki Tempat Kedua ‘Best Street Food’ Di Dunia

Roti Canai Duduki Tempat Kedua ‘Best Street Food’ Di Dunia

Roti Canai disenaraikan sebagai makanan jalanan (street food) kedua yang terbaik di dunia dengan memperolehi 4.8 bintang daripada lima bintang keseluruhannya.

roti canai best street food kedua di dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali kawan atau ahli keluarga ajak keluar bersarapan, terus terfikir hidangan yang popular di Malaysia iaitu Roti Canai. Dapat pula Roti Canai dengan kuah Dhal dan kuah kari ‘banjir’, memang padu!

BACA JUGA: The Dhal You’re Eating At The Mamak Is Not Actually “Dhal”

Hidangan Roti Canai ini kebanyakannya dihidangkan di kedai mamak atau gerai makanan oleh kaum Melayu dan India.

Biasanya kita akan lihat Roti Canai yang ditebar berbentuk bulat, betul tak? Tapi anda jangan terkejut ya sebab ada sesetengah peniaga yang cukup kreatif membuat bentuk lain seperti biawak dan ular.

Lain macam ya Roti Canai bentuk haiwan reptilia.

BACA JUGA: [Video] Orang Ramai Terkejut Tengok Roti Canai ‘Biawak’. Unik Betul!

Sumber: TikTok @abangterbang

Roti Canai Tersenarai Tempat Kedua Dari 100 ‘Street Food’ Paling Sedap Di Dunia

Menerusi satu kajian yang dijalankan oleh Taste Atlas tentang makanan jalanan (street food) dari seluruh dunia, Roti Canai telah tersenarai di kedudukan kedua di antara 100 hidangan yang lain.

Roti Canai disifatkan sebagai hidangan tradisional di Malaysia yang mempunyai tekstur dalam yang lembut dan lapisan luaran yang rangup.

Hidangan Roti Canai ini juga memperolehi 4.8 bintang daripada lima bintang secara keseluruhannya.

Sebelum ini, Roti Canai pernah dinobatkan sebagai ‘juara’ makanan jalanan terbaik di dunia selepas menduduki tempat pertama dalam kajian yang sama dilakukan oleh portal Taste Atlas pada tahun 2022.

Namun kejuaraan tersebut pada tahun ini telah diberikan kepada hidangan dari negara China iaitu Guotie atau lebih dikenali sebagai Dumpling.

Antara hidangan lain yang turut tersenarai antara 10 makanan jalanan terbaik (street food) di dunia adalah:

  1. Guotie (China)
  2. Roti Canai (Malaysia)
  3. Tacos (Mexico)
  4. Carnitas (Mexico)
  5. Karaage (Jepun)
  6. Bánh mì (Vietnam)
  7. Pierogi (Poland)
  8. Esquites (Mexico)
  9. Cochinita pibil (Mexico)
  10. Siomay (Indonesia)

Gerai Roti Canai Popular Sekitar Lembah Klang Yang Anda Patut Cuba

Roti Canai merupakan hidangan popular di Malaysia yang diperbuat daripada tepung, air, telur dan ghee serta mempunyai tekstur rangup di di luar tetapi lembut di dalam.

Dari mana asalnya hidangan Roti Canai ini?

Mengikut sejarah, hidangan Roti Canai ini berasal dari negara India dan mula diperkenalkan di Tanah Melayu (Malaysia) selepas penjajah British membawa masuk pekerja dari negara India.

Walaupun hidangan Roti Canai sudah lama berada di Malaysia, tetapi ia masih menjadi menu kegemaran masyarakat sehingga ke hari ini.

Jadi kepada anda yang ingin menikmati sajian Roti Canai, berikut adalah beberapa lokasi popular yang menjual Roti Canai di sekitar Lembah Klang. Antaranya:

  • Roti Canai Halim
    • 31, Jalan PJS 10/32, Seksyen 19 Petaling Jaya, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
  • Kedai Roti Canai Pak Ali 
    • Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Restoran Hatinie
    • 8 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • Lan Roti Canai
    • 20, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Valentine Roti
    • Stor No. 1, Jalan Semarak Opposite Menara Celcom, 54000 Kuala Lumpur.
  • Mansion Tea Stall
    • Mansion Tea Stall, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Warung Pak Hassan
    • 45A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kalau anda tahu gerai yang jual Roti Canai sedap sekitar Lembah Klang, kongsilah dengan kami okey?

BACA JUGA: 17 Special Types Of Roti You Might Not Know At Your Malaysian Mamak Restaurant


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd