“Ingatkan Makanan Untuk Raja”- Penduduk Kampung Di Pakistan Beri Reaksi Jamah Hidangan Dari Malaysia
Salah seorang penduduk kampung dari Pakistan ini mengenali Malaysia kerana ia pernah dipimpin oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Salah satu perkara yang boleh menyatukan rakyat Malaysia adalah makanan.
Meskipun kita mempunyai pelbagai perbezaan seperti jenis kaum, agama dan bangsa. Tetapi bila sebut bab makanan, kita memang akan bersatu padu mempertahankan makanan yang menjadi kebanggaan semua.
Warga Pakistan Pertama Kali Jamah Hidangan Popular Dari Malaysia
Menerusi satu video di muat naik di laman YouTube Reactistan, sekumpulan masyarakat kampung di Pakistan dijemput untuk merasai beberapa hidangan dari Malaysia buat pertama kali.
Difahamkan, beberapa penduduk kampung yang dikenali sebagai Manzoor, Mehboob, Mustafa, Raadha dan Naseeba tidak pernah mencuba hidangan dari Malaysia.
Apabila ditanya sama ada mereka pernah mendengar negara bernama Malaysia atau tidak, Manzoor segera menjawab bahawa dia mengetahui negara tersebut pernah dipimpin oleh bekas perdana menteri yang hebat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ada juga yang tersalah dengar Malaysia sebagai Malaria.
Kemudian apabila diberitahu mereka akan dihidangkan makanan Malaysia, lelaki yang mengenali Mahathir meluahkan rasa kagum atas penghormatan untuk menikmati hidangan negara Mahathir Mohamad.
Masha Allah hidangan dari negara Islam.
Manzoor.
Disebabkan ia adalah negara Islam, mesti mereka akan menghidangkan menu daging.
Mehboob.
Nasi Lemak
Hidangan pertama diberikan kepada mereka ialah Nasi Lemak yang dihidangkan lengkap bersama ayam goreng, kacang, ikan bilis, timun dan sambal di atas pinggan.
Bukan nasi lemak bungkus ya.
Bagi rakyat Malaysia, Nasi Lemak adalah hidangan biasa kepada kita. Tetapi bagi penduduk kampung dari Pakistan ini, ia kelihatan seperti makanan yang sesuai untuk seorang raja.
Dari riak wajah mereka, kita dapat lihat mereka sangat teruja dan bersyukur dengan makanan yang diberikan.
Alhamdulillah, saya gembira sangat dihidangkan makanan diraja hari ini.
Mustafa.
Sementara itu, Manzoor pula tersalah dengar Nasi Lemak sebagai ‘naseeba lemon’. Dalam bahasa Urdu, ‘naseeba’ membawa maksud bertuah.
- Pendapat dari Mehboob tentang hidangan Nasi Lemak adalah ‘Fantastic, very good and mind-blowing’. Wow!
Roti Jala
Ketika pihak produksi menghidangkan menu roti jala bersama kuah kari, salah seorang dari mereka melihat juadah tersebut agak pelik apabila ia dipanggil sebagai roti.
Maksud mereka itu boleh difahami kerana roti yang biasa mereka gunakan kelihatan agak berbeza.
Mereka membuat roti jala seperti perangkap untuk menangkap orang. Tapi hidangan ini, mereka seolah-olah menangkap orang dengan roti.
Mustafa.
Saya suka sangat kuah kari yang dihidangkan bersama. Semoga Allah lindungi saya daripada menipu tetapi saya tak kisah sangat tentang roti tersebut.
Manzoor.
Rotinya tidaklah begitu ‘savoury’ tetapi masih sedap.
Raadha.
- Pendapat tentang hidangan Roti Jala adalah kurang diminati tetapi kuah kari berjaya memenangi hati mereka.
Teh Tarik
Minuman ini dikatakan hampir sama dengan apa yang ada di negara mereka. Cuma perbezaannya adalah Teh Tarik dari Malaysia ini mempunyai buih yang ditarik tinggi.
Bagi mereka, teh tarik itu agak sedap tetapi agak pahit dan tidak manis.
Malah, mereka juga ditunjukkan satu video tentang cara teh tarik dibuat di Malaysia termasuklah aksi menarik teh sambil pekerja restoran berpusing-pusing.
Video tersebut membuatkan mereka terhibur kerana menganggap jika perkara sama dilakukan, mungkin mereka akan basah terkena air tersebut.
- Pendapat tentang minuman Teh Tarik adalah sedap tetapi agak pahit.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, mereka semua menikmati hidangan dari Malaysia kecuali Roti Jala.
Selepas menikmati beberapa hidangan seperti Nasi Lemak, Roti Jala dan Teh Tarik, mereka juga berminat untuk menerokai Malaysia kerana menganggap masyarakat dari negara tersebut seperti saudara-mara mereka.
Kami sudah mencuba makanan mereka dan berminat untuk menerokai negara tersebut. Bagi kami, mereka ibarat keluarga dan mahu bertemu dengan mereka.
Mustafa.
Jika saya diberi peluang, saya mahu mencuba hidangan terbaik mereka, ada banyak jenis hidangan di sana yang saya boleh pilih.
Mehboob.
Semua hidangan sangat sedap kecuali yang berjaring itu (roti jala).
Naseeba.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.