Now Reading
[Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak

[Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak

Pekerja mamak itu menunjukkan reaksi terkejut dan gembira ketika terlihat kek berkenaan di atas meja sambil mereka sekeluarga menyanyikan lagu hari jadi buatnya.

[Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Mamak Kegemaran Keluarga Buat Ramai Sebak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan kedai mamak adalah tempat makan popular yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan umur setiap kali mereka lapar pada waktu tengah malam.

Kadangkala kita pun sudah kenal dengan pekerja di kedai mamak kerana selalu datang makan di sana.

BACA JUGA: Pekerja Kedai Mamak Pakai Baju ‘Pick Up Line’ Buat Pelanggan Terhibur

Selain itu, kedai mamak juga akan menjadi lokasi golongan muda untuk melihat sebarang perlawanan seperti bola sepak dan badminton beramai-ramai dengan lebih meriah.

Video-Pelanggan-Sambut-Hari-Jadi-Mamak-Kegemaran-Keluarga-Buat-Ramai-Sebak-2
Sumber: Twitter @Jea

Keluarga Pelanggan Sambut Hari Jadi Mamak Kegemaran Sebelum Pelayan Itu Balik Kampung

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@nasikerabu77), seorang gadis dikenali sebagai Amelia berkongsi suasana ketika dia dan keluarganya meraikan sambutan hari jadi seorang pekerja di sebuah kedai mamak.

Katanya pekerja mamak itu merupakan pelayan yang sering mengambil pesanan mereka setiap kali menjamu selera di kedai tersebut dan menjadi pekerja kegemaran mereka sekeluarga.

Difahamkan pelayan warga asing bernama Sankar itu hendak pulang ke kampung halamannya tidak lama lagi.

Jadi, mereka sekeluarga bercadang untuk membuat kejutan dengan membeli sebuah kek bagi menyambut hari jadinya sebelum dia balik ke kampung

Dalam video tersebut, Sankar menunjukkan reaksi terkejut dan gembira ketika terlihat kek berkenaan di atas meja sambil mereka sekeluarga menyanyikan lagu hari jadi buatnya.

Sankar juga sempat memeluk bahu bapa Amelia sebagai tanda terima kasih atas kejutan dan kek sempena menyambut hari jadinya.

Video tersebut telah meraih 255,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@nasikerabu77/video/7189274936786144538?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Ramai Luah Rasa Sebak Lihat Keluarga Tersebut Sambut Ulang Tahun Pekerja Kedai Mamak

Di ruangan komen, ramai netizen yang tersentuh selepas melihat layanan yang diberikan oleh keluarga berkenaan kepada pekerja di kedai mamak itu.

Malah, boleh kata ramai juga yang menangis kerana sebak melihat video itu ditambah pula dengan latar belakang muzik yang agak sedih.

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan yang baik-baik untuk Amelia sekeluarga kerana telah baik hati menggembirakan orang lain.

Walaupun sambutan ini hanya biasa-biasa, tetapi percayalah ia merupakan sesuatu yang cukup bermakna dan akan diingati selama-selamanya oleh individu tersebut.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk membahagian keluarga dan orang lain juga.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd